Thursday, April 30, 2009

116 Hari yang sibuk... & selamat bercuti untuk semua

Salam buat semua kenalan & sahabat maya kakyong,

Hari ni tidak dapat nak sambung entri Bertemu jodohnya - Part 3.. Insya Allah, nanti bila senang akan dibuat sehari dua lagi.. hari ni banyak kerja nak buat.. kain baju banyak tak berlipat, & aktiviti kemas-mengemas & mengelap habuk2 di sekitar mahligai kecil ku ini... Almaklum le, hari sabtu ni nak buat jamuan @ makan-makan sikit... jemputannya adik-beradik & jiran-jiran jer... Jadi hari ni memang tidak dapat 'menggedik-gedik' ke blog kawan-kawan...

percubaan pertama.. ajar anis bergaya depan kamera... sporting jer dia layan apa yang ibu suruh buat... tengok le tangan tu... btw, ni foto hiasan jer.. tiada kena-mengena dengan tajuk entri..

Apa2 pun kakyong ambil kesempatan untuk membalas beberapa message/komen/pesanan kawan-kawan :

Kaknik , Terima kasih ya ukhti... Syukran wa jazakumullah... tapi kakyong nak minta ampun maaf sebab ikan puyu kering masih lagi dalam peti ais.. che abe lupa nak pos @ bawa masa dia kuor niaga.. jadi kakyong tangguh kan ke minggu depan.. boley yer.. maaf sangat-sangat...

Salam baipower , terima kasih sebab sudi berkunjung ke blog Catatan Ibu.. Nanti kakyong sudah dapat bersiaran seperti biasa, kakyong akan balas ziarah ke blog baipower. Usah putus asa, Insya Allah, nanti ada lah rezeki tu.. ambil anak angkat pun baik juga.. sebab Allah suka pada orang-orang yang penyayang.. Insya Allah, semakin kita taburkan kasih sayang & mengasihi anak-anak kecil, walau bukan darah daging sendiri.. akan datang kasih sayang Allah untuk kita & pasti akan dikurniakan anak-anak dari darah daging sendiri... Kakyong teringat kata-kata seorang ustaz ni, katanya kalau hati kita ni tiada punya rasa kasih sayang pada anak-anak, mungkin lambat sedikit Allah kurniakan rezeki anak untuk kita.. ada lah hikmah disebaliknya..

Sepupu suami kakyong pun setelah 8 tahun kahwin, tergerak nak ambil anak angkat.. selepas setahun, disahkan mengandung... apa-apa pun semua ni dalam kekuasaaan Allah. Jangan putus harap & bersangka baik lah dengan Allah & orang-orang disekitar kehidupan kita... *wahhh, jadi ustazah plak dah kakyong..*

SyahNur ~ ini memang masalah yang biasa dialami oleh kawan-kawan kakyong. Ni lah antara sebab kenapa ramai kawan kakyong yang tidak berdaftar dengan MIA. Satu kerugian sebenarnya.. & ade juga kes.. di mana berhenti kerja di tempat sekarang, cari kerja baru di mana bos adalah ahli MIA.. so mungkin selepas 1 tahun kemudian baru dapat berdaftar dengan MIA. I'm not encouraging you to quit your current job now, tapi kalo ade peluang, intai-intai lah.. & makesure your bos is MIA members.

You boleh bertanya semasa sesi temuduga untuk pastikan your reporting bos/head is a MIA or not, tak salah.

Kakyong selalu cuba untuk nasihati siswazah lulusan perakaunan, jika ingin jadi Akauntan & berdaftar dengan MIA.. bermula lah dengan bekerja di Firma Audit. Kerja di firma audit memang perit, tapi untuk berjaya tiada resepi yang mudah.. harus lalui jerit-perih, belajar semua hal yang remeh-temeh.. sebab yang remeh temeh itu lah yang akan menjadikan you Akauntan yang teliti & cerewet.. *makkk aiii.. panjang pulak daku membebel... daku lupa daku kini hanya suri rumah sepenuh masa... heehhhh.. tapi masih punya hati untuk buka firma akaun ku sendiri... bila kah itu... selagi keinginan ku ada, bermula umur 40'an nanti pun daku rela...*

Bekerja di syarikat swasta selalun firma audit juga okay.. tetapi cuba cari bakal ketua/bos/head yang juga ahli MIA. ANda hanya layak dipanggil Akauntan setelah anda berdaftar dengan MIA @ mana-mana organisasi professional @ badan perakaunan berdaftar seperti CIMA, MICPA , MIT dan yang berkaitan.

Sekian.

Labor Day 1Labor Day BeachLabor Day BBQLabor Day TypingLabor Day 2

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, April 29, 2009

115 Bertemu jodohnya - Part 2

Entri kali ni layan foto jer lah yer...

Foto ini diambil sebelum bertunang.. ini lah workstation daku dulu.. sungguh daku sangat merindui tempat kerja ku yang bersepah dan semak pandangan mata ini.. waktu ini, sudah jadi HOD.. merasa lah jugak jadi HOD walaupun hanya setahun. Sepatutnyer kena pindah ke bilik khas, tapi kakyong lebih suka dok sekali dengan staff.. senang nak memantau kerja staff.. konon2 nyer lah..

Teman-teman yang memeriahkan hari pertunangan kakyong pada 10 April 2005. Lihat lah wajahku yang putih melepak bagai tepung gomak.. dikerjakan teman2 ku.. ntah apa yang depa tepek, ku ikut jer... naive bab2 mekap ni...

pastu ramai yg komplen make-up ku tak lawo.. hmmm bior le..

Hantaran nyer.. 13 berbalas 9.. tak ingat dah apa yang ku beri.. heheh.. tapi yang pasti belah Perak ni, masa bertunang banyak kuih-muih dan barang makanan.. yang ade buah anggur itu daripada pihak perempuan.. kakyong deco sendiri dibantu oleh adik.. hentam jer buat ikut kepala sendiri, simple-simple jer.. pastu ade juga hantaran yang dibuat @ dihadiahkan oleh kawan-kawan mak, memula plan asal nyer 9 jer, lelaki 7.. tapi dah jiran-jiran bagi takkan tak terima.. rezeki usah ditolak... perasan tak che abe pun pakai baju melayu warna merah.. heheh, dalam dok gaduh-gaduh, kalut-kalut.. sempat juga tempah baju di tailor yang sama.. feveret tailor kakyong is Che DIn.. kat Tasek ni sure orang kenal dia.. kakyong buat kurung biasa jer, cuma tambah labuci sikit jer.. sampai sekarang masih boleh pakai lagi.. warna merah pilihan kakyong.. fenin la che abe dengan warna merah, tapi dah tak larat nak gaduh, ikut jer lah..

Acara yang dinanti.. sebelum sarung cincin, ade acara suap gula.. sampey 3 orang yang suap gula.. manis lah darah ku.. heheh.. masa sarung tu.. tetiba sangkut plak kat jari.. aiikk, 'gemuk' plak ker jejari ku.. jurukamera pun kan main ramai.. udah le bilik tu sempit.. semua orang nak masuk.. tapi jurukamera pun semua nya sepupu-sepapat belah lelaki.. depa ni ramai anak2 dara, keturunan ramai perempuan..

Foto feveret daku.. mujur adik sempat rakam detik ni.. kakyong bertunang jugak mak, sampai jugak jodoh kakyong.. maaf lah mak, kalo dulu kakyong selalu cakap kakyong tak nak kahwin & malas nak pikir pasal kahwin... selalu buat mak sedih bila cakap pasal kahwin.. Alhamdulillah.. akhirnya..

Rombongan dari pihak lelaki.. heheh, macam nak kenduri kahwin jer.. memang ramai sedara-mara belah lelaki yang datang.. penuh la meja makan.. walaupun mertua dok di UluKinta, tetapi sedara-mara (bibik2 & paman2) dok di Kg Seri Klebang & Kg Chepor.. dekat jer dgn rumah kami... memang itu jer lah kampung yang dekat dengan perumahan kami..

Sesi perbincangan orang tua.. dipersetujui hantaran RM6.5 ribu, mas kahwin RM501.

Anak-anak sedara yang memeriahkan majlis.. ni selepas dah habis majlis.. yang hujung sekali baju merah ialah Ainun, adik kakyong yang bongsu..

Kebanyakan foto-foto ni kakyong reshoot.. snap semula guna digital kamera.. kakyong guna Canon PowerShot A580.. baru-baru ni jer pun baru reti teknik2 nak reshoot semula foto.. Persediaan untuk majlis tu memang dibuat sejak depa datang merisik pada pertengahan Feb 2005. Boleh kata selang sehari kami kuor, cari barang, tengok barang.. macam-macam lah, walhal baru kenal.. kira satu Ipoh jugak le kami ronda, window shopping.. memang letih & penat buat persediaan nyer.. payah juga nak capai kata sepakat, sebab dah le baru kenal.. kita suka macam ni, dia nak macam ni.. pastu kakyong plak memang susah nak mengalah.. nampak jer cam lembik @ baik hati @ menurut kata.. heheh...


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, April 28, 2009

114 Bertemu jodohnya.... part 1

Salam sahabat dan kenalan kakyong, semoga sihat sejahtera hendaknya kalian semua.

Memandangkan ulangtahun perkahwinan yang ke-4 semakin menghampiri hari nya.. jadi kakyong la ni tengah mood ala2 macam baru kahwin gitu.. heheh..

So entri kali ni, sajer lah nak mengimbau semula detik perkenalan dengan suami daku. Kami kenal tak lama pun.. kenal melalui tepon/sms pada penghujung Januari 2005. Jumpa @ bertentang mata pada 5 Februari 2005. 2 minggu selepas itu, keluarga che abe datang merisik.. dapat lah sebentuk cincin belah rotan. 10 April 2005, kami bertunang.. dan 30 April 2005, kami nikah. 1 May 2005 kenduri belah perempuan di rumah kakyong (rumah yang duduk sekarang ni) dan 2 May 2005 kenduri di Ulu Kinta.

Sebenarnya ade kakyong catatkan perkenalan dengan suami di blog satu lagi, tapi blog tu kakyong 'private'kan, malahan di'sembunyi'kan.. kalo lihat di profile memang tak nampak blog tu. Blog itu kakyong namakan "Semalam yang panjang". Memang tidak bersedia untuk dikongsi dengan sesiapa lagi.. sebab daku malu, bahasa yang diguna agak brutal & memang tak banyak entri pun.. Apa2 pun kakyong tepek kan disini sedikit catatan tentang perkenalan dengan suami.. tak banyak 2,3 perenggan ajer.. selebihnya biar lah kakyong simpan hikhikhik...

Masa memula kenal tu, selalu gaduh.. sebabnya kakyong runsing sangat dengan fe'el dia yang setiap masa dok sms. Kita ni dah le kat opis busy yang teramat sangat.. pepagi dah meeting jabatan, pastu meeting pengurusan pulak.. kakyong masa tu Assistant HOD (Head of Department), jadi selalu diwakilkan untuk attend mesyuarat menggantikan HOD. Abis mesyuarat dah kena buat minit mesyuarat pulak.. kakyong memang sentiasa kena buat minit, GM suka benor membuli daku.. katanya daku siapkan cepat.. mahu nya tak dibuat cepat-cepat.. kalo ditangguh, mahu terus tak terbuat. Dah abis siap minit, nak kena semak kerja staffs pulak. Masa tu tak silap, kakyong ade 8 orang staff, 3 kerani, 1 eksekutif akaun, 2 senior officer & 2 officer. Kerja depa ni semua perlu dipantau.. walaupun ade Eksekutif Akaun tapi dia pun kekadang selalu 'overlook'.. oppss, dah terkeluar topik ni..

okay, balik kepada cerita jejaka yang baru dikenali itu. Dengan tahap kerja yang segitu menimbun & kekadang kepala kakyong pun ala2 nak mereng plus rasa nak meletup.. jadi cuak pulak bila ade 1 orang ni yang macam tak reti bahasa. Sampai kekadang tu, kena silentkan handphone, sebab setiap jam, sms akan masuk. Memang tensen sungguh masa memula kenal tu. Jejaka itu memang sungguh ANGAU.. walhal tak jumpa lagi, dalam tempoh 2 minggu tu hanya sms & dengar suara jer.

Bila dikenangkan semula kali pertama jumpa jejaka itu, pada hari Sabtu jam 2 petang. Sebaik masuk dalam kereta, disambut dengan senyuman manis nyer.. ehehehh.. orang nyer hitam manis, kurus & ramping.. *berat nya waktu itu 55 kg, setelah 4 tahun, sekarang berat sudah hampir 70 kg.. * Dia ajak makan, so kakyong pun memang lapor, so ajak dia pegi makan kat foodcourt Jusco, Ipoh. Daku waktu itu memang akauntan tahap gerai2 makan & foodcourt ajer..

Yang pasti kakyong memang lapor, sebab hari tu meeting dari pagi.. jadi kakyong beli mee rebus utara, memang feveret daku kalo makan di foodcourt jusco, itu lah sahaja yang daku berkenan. Dia plak order mee goreng.. Ntah aper2 jer ruper mee goreng nyer.. dia langsung tak makan. daku juga yang kenyang. Jumpa kali pertama tu memang lawak, dia tak berhenti cerita itu ini.. naik rimas pun ade.. tup tup bila sampai part dia kondem perempuan.. selamba jer kakyong cakap, "kalau tak suka perempuan, jangan berkawan dengan perempuan.. kalo nak kondem-kondem, saya pun tak hingin awak.. saya pun bukannyer nak sangat jumpa awak!"

Adakah daku jual mahal?!

Kakyong waktu itu umur pun dah 33 tahun, bukannyer muda lagi.. so bab-bab nak terasa @ nak polite2 dengan lelaki ni memang kureng sikit lah. Bior le dia tengok buruk kita, kalo dia suka, dia suka lah. Kalo tak suka, kita pun tak sakit hati.

Lagipun ini bukan kali pertama kenal lelaki. Dah macam-macam ragam lelaki yang jumpa. Ade yang baik, nampak macam alim,, tapi bila tahu kakyong ni adik-beradik ramai, dia boleh kata "bankrupt lah saya kalo kahwin dengan awak!" Masa tu muda lah lagi, baru 26, kenal dekat 1 tahun dengan mamat ni, seorang juru analisis sistem (SA). Sudah nya, kakyong yang stop contact dia.. sedih sangat. Kakyong ni jenis yang cepat buat keputusan, suka kat orang pun cepat & nak benci orang pun cepat, lebih lagi kalo jumpa lelaki yang dok kondem & rendah2 kan kita.. lagi lah cepat daku datang perasaan tak hingin itu.

Kemudian, selepas dengan mamat SA tu, ade le kakak2 kenalan mailinglist (muslimah.net) tolong2 kenal kan dengan seorang cikgu ni... * heheh.. kakwani pun tahu citer nih... * dipendekkan citer memang bukan jodoh.. so kenal dari awal tahun 2001, (umur ku 29 tika itu).. mainly kenal dalam email, ade le 1,2 kali dia call.. pastu somewhere Jun/Jul baru le dapat jumpa.. tu pun ditemani oleh kakNorliza..* terima kasih kakNor (kaknor mungkin tak baca blog ni) sebab sudi jadi orang tengah.. dan masak sedap2... *

Actually masa jumpa tu, perasaan kakyong pun dah jadi 1 macam.. rasa tak sedap hati.. rasa macam mamat tu tak suka. * dalam hati ni berkata2 seperti dia ni ade orang lain.. berbasa-basi dengan kakyong pun mungkin kerana abang dia kot * Tapi kaknor dok insist kata OKAY.. so dok pujukkan hati.. yer le masa tu pun kita dah suka, tapi lepas jumpa tu, terasa seperti bertepuk sebelah tangan.. susah juga nak gambarkan perasaan tu.. sudahnya memang dah bukan jodoh.. somewhere in Aug 2001, he made the decision... sedey lah sangat... Terima kasih kakwani jadi penasihat terbaik untuk saya. dan jangkaan daku memang tepat, penghujung Dec 2001, cikgu ni kahwin dengan orang Pahang. *jadi percayalah dengan gerakhati anda..*

Selepas itu, pada tahun 2003 pun ade juga dikenalkan oleh abang angkat dengan adik nyer... keh keh keh.. abang angkat daku memang nak sangat daku ni jadi adik ipar nyer... Tapi memang takde jodoh juga, kalo jadi.. jadi orang negori la anak2 den... Orang Gemencheh weeiiihhh.. Ni part yang lucu, tak silap dalam bulan April 2003, abang angkat, adiknyer tuh & sorang lagi adik nyer bertandang ke rumah makbonda di Ipoh.. so hari tu, kakyong pun beriya2 lah nak masak.. menu nyer daging masak dendeng, ikan masak taucu & pecal. Nak tahu, semua tu memang lah sudah biasa di buat@dimasak, tapi hari tu tah apa ler yang tak kena.. seme nyer jadi tak sedap.. Ni seme gara-gara si A'am silap beli asam jawa.. *heheh, dah ler masakan tak sedap.. nak salah kan A'am pulak.. tapi memang sungguh tidak sedap masakan daku hari itu* Pastu depa makan pun sikit jer... sah lah tak sedap... Hmmm, hancus lah reputasi saku di mata mereka.. kwang kwang kwang... dah bukan jodoh kan, ade jer yang tak kena.

Dan si adik abang angkat itu pun satu macam jer perangai nyer.. terlampau dingin, nak buka mulut pun susah.. abang nyer plak yang hari-hari dok sms daku bertanyakan perkembangan adik nyer.. dan kakyong selalu jawab.. 'kayu lah adik abg nazri tu.. tak penah lagi saya jumpa orang camni.. cool semacam jer... ' sudah nya kakyong yang buat keputusan.. selalu orang yang tinggalkan daku, kali ni daku yang tinggalkan dia. Apa2 pun tahniah Azman, sebab hujung bulan May 2009 ni dia akan makan nasi minyak.. tunang nyer muda hampir 20 tahun... wahhh.. dah jodoh dia kan. Alhamdulillah, Akhirnya sampai juga jodoh dia.. orang n9 juga. Tu pun kata abang nazri, jenuh orang tua nya yang carikan.. yer le tahun ni dia dah nak masuk 40 tahun. orang tua mana lah tak riso kan, anak teruna nyer tak kawin-kawin.

Oppppss... sudah panjang kakyong menghikayatkan kesah-kesah sebelum bertemu suami.. hihiiii.. semoga terhibur membaca nyer.. nanti akan disambung kisah perkenalan singkat dengan suami di entri yang akan datang...


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, April 27, 2009

113 Projek Anis & Aliya... dan menjawab tag lagi..

Akhirnya dapat juga ibu mengupdate entri baru & berjalan2 ke blog kawan-kawan. Alhamdulillah, Aliya sudah sihat. Malam kedua dia demam, pukul 5 pagi dia terjaga.. terus bangun berdiri. Berdiri tanpa berpaut. Hmmm, rupernya baru lah ibu tahu.. rupenya demam ade makna..

Malam minggu kami ke Ulu Kinta, rumah MIL. Memang sudah sangat lama ALiya tidak menjejakkan kaki ke rumah opah UluKinta.. Anis & Fikri memang kerap ke sana, di bawa oleh ayah tiap kali ayah nak ambil stok kelapa. Aliya mana boleh ikut ayah, sebab 'botol susu' ALiya pada ibu..

baru jer sampai, opahnyer dah tegur.. "naper yang halus benor ni.." *halus tu maksudnya kurus ler..* Ya, memang betui si Aliya sudah tidak semontel dulu.. nak kata tak makan, hmm.. boleh tahan juga kuat makan si Aliya.. mungkin terlalu banyak 'training'.. berdiri, berpaut, jatuh tergolek.. Walaupun Aliya nampak semakin kecik tetapi Aliya sudah ade skil baru la opah.. haaa. opah pun terkezut tengok Aliya sudah berdiri tanpa berpaut..

Yahooo.. Aliya sudah boleh berdiri pada usia 9 bulan 5 hari.. *mungkin influent fikri & anis kot.. *

Ini adalah projek terbaru Anis & Aliya. LIhat lah wajah-wajah mulus yang dek seperti tidak bersalah langsung. itu sahajalah lipstik ibu yang ade.. nampaknyer tinggal kenangan ajer lah... uhukkkk.. bertuah sungguh anak2 ku ini.. baru jer kejap ibu tinggalkan..*inilah nasib ibu yang tiada pembantu, nak g toilet pun kdg2 kena tunggu ayahnye balik.. kalo dah tak tertahan tuh.. terpaksa jugalah tinggal depa jap.. bila dah ditinggal.. ini lah antara aktiviti kreatif yang dibuat... * sekali imbas orang mesti kata ibu tak reti jaga anak, ibu pun dah lali dengor semua ni.. ibu suka juga nak tahu, kalo depa jaga anak 3 orang seorang diri tanpa pembantu.. adakah semuanya sempurna... huhhhhuuuhh.. daku benci dengan orang yang mencemuh tanpa usul-periksa.. *bior le kan, kita tak boleh buat depa faham keadaan kita, so kita terima jer seadanya.. masuk telinga kanan, kuor telinga kiri. usoh penin kan pala, nanti satu koje pun tak leh siap*

Menjawab tag le pulak yer.. usah nimbun hutang tag ni.. Ni kakyong menjawab tag daripada UmmiAbQari & kaknik

Nama Timangan anda:~

kakyong, Bib, Maklong

Anda seorang yang:~

Garang, tegas, pendiam, peramah.. *hanya kerana fizikal ku kecil, jangan ingat daku lembik erkkk.. hhiiihhhii*

Insan teristimewa??Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:~

selain makbonda.. suami daku ler.. sebab dia sudi kahwin dengan daku yang garang & degil ini..

Lagu kesukaan anda:~

sekarang suka lagu berbentuk ketuhanan seperti nasyid.. yang suka dengar untuk masa ini adalah lagu-lagu kumpulan Opick

Makanan kesukaan anda:~

yang sedap mesti lah suka.. nasi/mee/keateow goreng buatan sendiri.. *lately ni makan kat kedai macam dah tak ummpp kecuali * mee kari mak jah *yang sedap & sentiasa menjadi ingatan daku*

Warna kesukaan anda:~

merah hati, biru,hijau, kuning..

Tiga benda mesti ada dlm beg anda:~

purse walaupun la ni takat ade RM10 jer.. buku 35 (555) *untuk tulis senarai barang nak beli & bil perlu bayar* tisu@sapu tangan *sejak ade anak2 ni kena spare tisu byk2*

Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:~

sebaik tahu pregnant lagi.. masa tu Anis baru 4 bulan... *menangis yang teramat sangat, sedih teramat pilu... nanti lah kalo daku ade masa daku buat satu entri khas pasal ini*

Tag rakan anda:~

macam ramai jer yang dah buat tag ni.. siapa yang sudi buat, sila lah yer.. mungkin mereka ini belum buat kot.. heheh.. *daku ingin juga shorlisted mereka yang bertuah ni*

1/UmiIna@Hez, 2/Reen, 3/Yan, 4/mamaZara, 5/Su (MamaSyaza), 7/Salwa@IbuKauthar, 8/Noy, 9/Dayah, 10/ladyQay, 11/miela77 *meh belajor buat tag pulak*


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, April 25, 2009

112 Musim award belum berakhir

Musim memborong award belum berakhir. Ini adalah award-award yang daku borong daripada kakyong-Alynxz


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, April 24, 2009

111 Aliya demam .. cuti berblogging..

Malam tadi Aliya demam.. melalak jer kojernyer... pagi ni nampak macam dah sihat sikit. tapi merengek2 jer.. tu la dah lama sangat tak demam & sakit..

cuaca beberapa hari ni memang sangat panas & terik.. ikan kering ku pun sudah mula mengering.. tapi anak-anak nampaknyer dah tunjuk tanda2 tak sihat.. susah juga melayan kerenah anak-anak yang jarang sakit ni..

so hari ni ibu nampaknye tak dapat nak jalan2 di alamaya.. jadi jika tiada daku membalas komen @ beramahmesra di blog kawan2.. bermakna daku memang betul2 tidak dapat beronline..

buat kawan2.. selamat berhari jumaat.. selamat berhujung minggu..

terima kasih.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, April 23, 2009

110 Baby Cute Contest : VOte for ALIYA, please...!!!

Ni Aliya nak merayu UNDIAN mommies/ibu2/mak2... UNDILAH ALIYA.. ALIYA yang chomeyl ini....

cara-caranya:

1/ klik ke sini http://damiaqish.blogspot.com/2009/04/vote-for-them-baby-cute-contest.html

2/ kemudian tinggalkan undian anda di kotak komen(bukan kotak komen blog Catatan Ibu yer!!)dengan menaipBCC_girl's_19_5 bintang

Funny 2 step sahaja.. senangkan...!! Aliya perlukan UNDIAN ini mulai hari ni 17 April 2009 hingga 23 April 2009. Undian anda sangat-sangat ALIYA hargai... dan diucapkan terima kasih... Thank You

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

109 Tips beramah mesra di kotak komen

Salam sahabat-sahabat & kenalan kakyong semua,

Bebaru ni MamaEmma telah buat satu entri yang HOT... PANASSS..

Tapi kakyong bukan nak ulas apa yg mama emma tulis.. kalo nak tahu citer boleh klik kat link entri yang HOT... PANASSS.. seperti diatas yer.. kakyong cuma nak highligt pada 1 point mama emma.. iaitu.. :

Sejak dah kerap-kerap berjalan-jalan ke rumah maya kawan-kawan.. so banyak lah yang kakyong perhatikan..

1/bagi yang dah lama berblogging tu, memang ada yang rajin & cepat respond kepada komen kawan-kawan.. malahan kotak komen nya sentiasa meriah seperti 'mesyuarat tingkap' gitu.

2/bagi yang baru dalam dunia blogging, kakyong perasan ada yang tak pernah reply pun komen-komen yang diberi.. camana kakyong tahu.?!! heheh, senang jer.. setiap kali kakyong memberi komen, kakyong akan klik 'subcribe' @ 'Langgan melalui email'. Jadi semua komen daripada kawan2 akan masuk ke mailbox gmail kakyong.

kakyong tak pasti samada semua apply teknik yang sama, atau yang baru berblog belum begitu tahu fungsinya.

Memandangkan adik ipar kakyong (Miela77) pun baru belajar berblog, & untuk sesiapa juga yang ingin tahu.. kakyong kongsikan sedikit tip nak beramah mesra di kotak komen ni.. pada yang dah expert tu, sila beritahu kalo ade yang fakta tak betui... hihii..

1. setiap kali On @ log-in ke blog @ buka blog, buka sekali gmailbox.

2. setiap kali post entri baru, tuan punya blog jadilah orang pertama yang 'melanggan' kotak komen entri tersebut.

cara-caranya : klik ke ruangan komen.. dapat yang macam foto ni (ini blog Catatan Ibu punyer).. klik pada 'subscibe by email' @ 'langgan melalui email' bagi yang guna BM
kemudian akan keluar message 'Follow-up comments will be sent to YOUREMAIL address'. YOUREMAIL address itu merujuk pada alamat email gmail anda. Bila anda memberi komen di blog kawan-kawan, buat ler juga step ini. Nanti anda boleh follow-up komen dari gmailbox.

Selepas dah buat step ni, tak perlu nak check kotak komen dah... sesiapa jua yang meninggalkan komen akan terus sampai ke gmailbox anda.. dan anda boleh terus menjawab dari gmailbox.. tak perlu susah payah nak masuk blog. Kadang2 lambat juga nak loading blog.

-klik foto utk image lebih besar-

untuk reply komen, klik pada post, yang dibulatkan merah itu... seterusnya.. 'pop-up kotak komen' akan muncul..

seperti ini.. dan beramah-mesra lah dengan kawan-kawan anda di sini.. tak perlu nak buka blog untuk jawab komen.. tapi perlu juga jenguk2 blog, mana tahu ade yang tinggalkan pesan di kotak sembang @ cbox @ shoutmix.

Harap-harap lepas ni, ramai lah yang akan rajin @ ramah di kotak sembang.. tak mau lagi dengar alasan "tak tau nak follow up camaner..!! " apa2 pun kakyong sangat faham & maklum dengan kesibukan setiap ibu2.. ibu2 yang bekerja punya kesibukan tersendiri, gitu juga ibu2 yang SAHM@WAHM.. semua orang sibuk, cuma jangan lah biarkan kami yang rajin menyebuk memberi komen ni, dibiarkan terkontang-kanting tidak dilayan.. seolah2 macam bercakap dengan dinding @ syok sendiri.. !! huhuuuu.. sian kan, lebih lagi yang rajin macam mama emma... banyak blog yang daku berkunjung, nama dia jer yang ngetop dok beri komen...

Btw, ada 2 orang yang daku perlu masuk selalu ke blog nyer untuk daku membaca komen-komen lanjutan... iaitu blog Mommy Lyna (My Super Kids) & cik pun Fid (Yiutsumuni-the only one). Bagaimanakah caranya untuk daku melanggan kotak komen kalian berdua.. melanggan artikel sudah ku buat & sudah boleh ku baca di Google Readers.. tapi komen2 itu yang tidak dapat ku langgan... Dizzy

Sekian tips untuk kali ini. Semoga bermanafaat. Sila tambah jika ada yang kakyong tertinggal.

TAMBAHAN

memandang ade sebahagian sahabat/kenalan kakyong yang menghadapi masalah untuk mengkopipes maka..

jika tidak berjaya untuk kopipes.. boleh klik pada sampul putih (yang dibulatkan merah itu).. dan hantar lah ke email anda. Ini sajer lah jalan penyelesaian yang kakyong nampak untuk atasi masalah tersebut.

semoga berjaya!!


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .