Malam ni, nak tunjuk sikit beberapa lauk pauk yang dimasak beberapa hari yang lepas. Di Ipoh malam ni hujan. Bila hujan memang sedap kalo layan makanan. Suami pulak dah keluar ke Ulu Kinta untuk ambil kelapa, Anis pun dibawa sekali. Fikri pulak sejak semalam sudah diambil oleh makcik nya (adik suami) bermalam di rumah opah/atok Ulu Kinta.
ini sup ayam hutan. liat rupernya ayam hutan ni, macam ayam kampung juga, perlu di masak lama.. walau sudah lama bertenggek atas api, masih juga liat. Fikri berusaha keras mengunyah kerana isi ayam yang liat. Walaupun liat, hampir nak habis dimakan nya.. maklum lah, fikri memang pantang kalau masak sup ayam. Ayam hutan tu pemberian kawan suami. Orang memberi, fikri merasa. Ibu pun tak dapat rasa.
ni ayah melayan Anis makan.. petang tu hujan, jadi ayah pun ajak anak-anak berkelah depan sliding door (pintu rumah).. kalo orang tua mesti bising kalo makan depan pintu ni!.. Aliya tu sajer jer dia ngocah.. suka nak nyebuk time kakak nyer makan..
sekian cerita sup ayam hutan.. jap lagi (kalo sempat) nak sambung citer ikan pulak..
.
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
4 kawan ibu yang hebat:
kak yong nih mmg rajin masakla..mcm2 lauk dah.xmcm ummi nih.hehe
kalau arwah ma dulu nk masak ayam kampung...guna slow cooker...lagi empuk dan enak rasanya ;)
salam UmmiSalsabila,
:)) masa anak 1 jarang masak, sbb kerja.. lagipun, masa tu tak berapa pandai nak bahago masa lagi.. lagipun bila kerja, balik rumah selalu dah lepas maghrib.
skrg pun tak le hari2 masak.. kdg2 beli juga 1 2 lauk..
yatie chomeyl,
kakyong takde slowcooker.. tp memang lauk2 kg ni, tak leh masak api kuat2.. kena slow gitu, lambat tp bila makan sedap.. itu ler bila dah berkejor dgn anak2 ni, kena masak cepat2.. tak leh lelama di dapur.. ;))
Post a Comment