Thursday, June 11, 2009

Home » » 157 Update pokok sutera & pokok anggur

157 Update pokok sutera & pokok anggur

lewat juga daku mengupdate blog hari ini... macam-macam yang daku nak stori kan.. dan ade juge entri yang masih dalam draft... terutama entri tutorial @ tips blog yang ingin daku kongsikan dengan kawan-kawan. Tapi yang tutorial tu esok lusa lah yer..

Hari ni nak update sket pasal pokok sutera @ mulberi dan pokok anggur dalu. Masa memula dapat benih pokok ni kan main excited lagi daku.. * sila refer entri ini yer..* selepas 2 bulan pokok2 tu di tangan daku.. sedey lah juger sebab benih epal satu pun tak menjadi... mati diserang dek kutu bena... garupale

mohon ampun maaf sebab tuan punya blog ni suka tepek foto besor-besor!!
Pokok sutera yang asalnya dicacakkan oleh adik ku (suami puan Miela77), setelah sebulan, ia telah berdaun dengan lebatnya & ia juga telah mengeluarkan buah. Tidak sempat ku snap foto buahnya yang kecil comel itu, sebab sudah dipetik oleh makbonda & diberi makan kepada Anis.. daku pun tidak tahu bagaimana rasanya.

Pokok anggur itu pula sepatutnya daku ikat tali supaya ia boleh melilit dan menjalar ke atas.. tapi en ayah asyik dok fikir pasal bocat & puyu, maka anggur ku masih juga begitu.. kata adik (suami puan miela77) * eila kena bagi pengeras ni.. dah banyak kali tolong promo blog niiihhh... * kalo diikat tali, pokok akan menjalar ke atas & akan lebih banyak daun tumbuh... betui kaaa... opppss, miela77.. pasni tolong upload pokok anggur yang kat rumah kome tu.. kakyong nak tengok... buat le entri yer... promo sket pokok anggur... ohya, daun anggur ku juga semakin meriah.. baru semalam ku gunting daun2 yang tua, sebab bila pucuk baru naik, daun yang lama seperti menghalang jer.

Daku sebenarnya memang sudah berkira-kira untuk mengalihkan pokok sutera yang rimbun dalam pasu besor itu ke pasu yang lain.. biarlah tinggal 2 @ 3 batang sahaja dalam pasu besor itu. Kalo boleh ku nak tinggalkan 1 batang sahaja dan semuanya ingin ku alihkan ke pasu yang lain.

Masalahnya, en ayah yang selalu lupa untuk ambil tanah hitam.. sedangkan dalam plastik poli telah hampir seminggu ku isikan pasir.. takkan nak cacakkan atas pasir semata-mata.

Daku telah sempat jalan2 ke blog Anak Pak Utuh... ku teruja melihat beliau menanam benih2 sutera... cuba jengah sini.. Menyemai pokok mulberi

Dan pembelajaran yang daku rasa lebih advance untuk daku adalah dari blog ini.. Khazanah Alam... best nya daun sutera boleh dibuat teh..

Ini adalah benih keratan anggur yang juga ku terima pada 2 bulan yang sudah. Asalnya keratan-keratan ini juga telah diserang oleh kutu bena. Sungguh daku sedih.. dek kerana daku ni mahu juga menyelamatkan keratan anggur itu, maka daku telah men'spray' semburan ridsect ke arah keratan. Kubiarkan semalaman, esoknya daku buang @ kikis bena2 tersebut, ku basuh dengan air paip.. lalukan air jer. Kemudiannya ku pacakkan ajer dalam pasu, tanpa harapan yang tinggi dan satu keratan lagi ku patahkan 2.. hangin punya pasal. Tapi tidaklah ku buang.. ku pacakkan juga dalam pasu besar sekali dgn pokok sutera.. konon2 nak sedapkan hati..

Baru seminggu lepas, ku perasan keratan anggur yang ku patah 2 itu telah berdaun.. macam tak percaya pula.. sebab sebelum ni ku lihat seperti batang yang dah mati.. begitu juga keratan yang satu lagi.. dan sekarang ni sedang berdaun dengan lebatnya...

Foto benih epal ini daku ambil pada 17 April 2009. Setelah 10 hari benih2 ini berada di rumah daku... hampir ke semua telah diserang oleh kutu bena. Nampak tak yang warna putih, yang daku bulat2 kan itu... memang satu pun tidak dapat diselamatkan. sedey sangat.. tak dapat lah daku nak perasan jadi tokey pokok epal... harus juga ku beli epal dari pasaraya.

Tapi benih epal adik ku yang di FRIM itu kata nya tumbuh dengan jayanya... huhhh, jeles sungguh daku.. lupa pula daku nak minta dia snapkan foto.

SEkian sahaja update pokok mulberi & pokok anggur daku.. tunggu la sebulan dua lagi... akan ku update perkembangannyer lagi.

Kredit harus diberi kepada Ayahnde Pengasas kerana memberi peluang kepada daku untuk menanam anggur. dan dengan tak malu nya ku umumkan nama ku sudah ada dalam senarai KEPEPAM. senyumkenyit


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

15 kawan ibu yang hebat:

U-jin said...

rajin k.yong menanam..tp dah rusak ke pokok tu...buleh selamat dak lagi...

kepepam ni apa...

MiszMama said...

Tahniah kakyong, sekarang dah jadi penganggur..penanam anggur lah..:))

MiszMama said...

kenape emoticon tak jadi..hukhukhuk

Pija Madzlan said...

Teringin bebeno nak menanam...tak dpt pokok bunga, boleh tanam serai, kunyit, halia, lengkuas, nenas, pandan, bunga kantan jadikla...;))

sya said...

wah, rajinnya kak yong bercucuk tanam..
kitorang dulu pernah juga tanam anggur..
tapi, rasanya masam yang amat..
nanti lah dah ada rumah sendiri, boleh lah (husband) saya bercucuk tanam... hehehe

Unknown said...

salam & selamat pagi.. *hari ni dpt bersiaran di pagi hari, sbb anak2 masih tidur..*

u-jin,
belajar2 utk merajinkan diri.. tp tu lah en ayah malas nak carikan tanah *actually amik jer kat rumah MIL* pastu nak menambah pasu pun, en ayah cam liat jer...
pokok epal seme dah mati.. yg dlm foto tu just nak tunjuk benih epal yg diserang dekkutu bena

Miszmama,
baru nak bermula..
emoticon jadik.. cuma dia amik masa sket nak berfungsi... ;;)

sitisifir,
yer tak rugi berbudi pada tanah.. dulu ade tnm pokok kunyit.. rimbun, tp sbb jrg dok guna.. abis daun2 layu & mengering.. pastu tnm utk kali ke2.. merajuk kot.. masih tak naik2 lagi..
kalo boleh memang nak tnm seme tu.. nak memasak pun senang.. tp en ayah lah malas nak cari pasu...
*kami kat sini cari jer pasu reject2.. *

syayassir,
ade rahsia utk buat anggur jd manis.. tak boleh citer sini *tok guru marah kang..* nanti bila dah nak tnm anggur lagi, kita sembang... :))

Ummu Mishkah said...

baguslah kak yong berbudi pada tanah..
kami pun menanam tapi selalu di cabut2 oleh si Muhammad tu.. terbantut lah hasrat berkebun.. frust baba... ehehehe

Diver Mom said...

first time dengar pokok sutera ni.. :)

anggur tu tak silap kena tanam macam tanam timun.. kena ada tempat melilit dia.. kak yong bagi baja apa..? ari tu ada org jual kat saya, dia kata kena bagi baja tahi ayam.. ye ke..? :)

SyahNur said...

dasyat la kak yong ni.. bukan shj pakar masak memasak n pakar ttg ikan, tp jugak pakat bercucuk tanam! chaiok!

attyfir said...

salam kyong..rajin kyong bercucuk tanam..

Unknown said...

ummumishkah,
anis pun suka cabut2 kan daun pokok.. tp lepas 2,3 kali kena jentik tgn.. & beritahu tak boleh cabut2 & rosakkan daun.. baru le dia tak cabut2 kan.. kalo tak, mahu togel dibuatnya..

zuhaini,
betui3x.. mcm yg kakyong tulis dlm entri.. harus di buat @ diikat tali pd btg nya supaya dia boleh memanjat... pastu kena buat teduhan sket.. tp tu lah en ayah, dok bz dgn ikan,.. takkan lah daku plak yg nak buat koje panjat memanjat ni.. cukup le sekali dulu jatuh terduduk.. so la ni koje nak panjat2 & lasak2 ni bg kat en ayah jer... bila dia lambat nak buat tu, daku sabor jer lah... kalo leter2 pun tak guna...

Syahnur,
kakyong ni masih level average jer.. memasak/asuh anak/buat koje rumah/bercucuk tanam dsb.. semua masih dlm peringkat awalan... belum nampak apa2 hasil lagi.. tp sebb mengenangkan 1000 langkah bermula dgn langkah pertama.. jadi coba2 lah melangkah... hihihhii.. sbb dah dok rumah kan, kalo kakyong masih kerja, rasanya tak terbuat.. tp bila otg ramai ibu2 bekerja juga boleh multitasking dlm plbgai prkr, naper tdk daku kan... ;)

kty,
mekasih... :D

silversarina said...

Rajinnya bertanam pokok ..akak memang give up lama dah, asyik mati je pokok yang tak dijaga elok oleh akak.

Masa duduk Jordan ada pokok anggur kat belakang rumah tapi tak banyak buah jugak sebab akak tak bubuh baja,pokok anggur uncle sebelah rumah lebat bukan main buahnya,semua lebat daun diletakkan atas para dan bergayut buahnya.

Selamat bercucuk-tanam.

Unknown said...

kak rina,
terima kasih.. baru belajar2 jer ni.. belum pro lagi.. buat catatan ni pun sbg motivasi diri... ;;)

masa bujang dulu, seme pokok yg ditanam mati belaka.. sbb nya selalu lupa nak siram.. g keja selepas subuh, sblm pegi lupa nak siram.. pastu balik ekrja dah lewat mlm.. dah letih terus ingat nak rehat jer.. so pokok bunga tak dijengah juga.. sudahnya seme mati...

Yan said...

ermm umah yanpun patut kene cucuk tanam.. tp masalahnye kata nenek yan tanah sini tak sesuai.. byk batu.. susah pokok nak idup..
kesian pokok rambutan ngan mempelam yg bapak mertua tanam... macam tak panjang je umurnye..

yan ske minum air kelapa dan makan isi kelapa.. nenek tanam gak pokok kelapa.. ade 2 pokok.. tp satu jek idup.. ermm siankan pokok2 tu..

tanam cili.. daunnye kene bahan dek burung gagak plak..

paling berjaya... tanam lalanglah..ahahahhahaa

Unknown said...

Yan,
kalo tak sesuai tanam atas tanah.. tanam ler dalam pasu.. ;)

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .