Tuesday, June 30, 2009

Home » , » 177 Aliya 11 bulan

177 Aliya 11 bulan

18 Jun 2009 yang lepas, Aliya telah genap 11 bulan. Dalam tempoh 18 hari lagi, ALiya akan sambut besday yang pertama.

Aliya masih lagi nenen susu ibu. Lewat malam hingga awal pagi, memang koje nya bergantung kat ibu jer lah.

Aliya baru tumbuh 2 batang gigi bawah. Alhamdulillah, Aliya tak demam.. la ni suka gigit2 ibu jari Ibu.

Aliya baru dapat berjalan 2,3 tapak. Sekarang (30 Jun 2009), sudah lebih 5 tapak. Tapi Aliya sangat malas menapak. Aliya tak setekun Anis. Anis dalam tempoh 2 minggu dapat berdiri terus berusaha berjalan semahu-mahunya.

Aliya sudah pandai panjat-memanjat, naik atas meja kerja ibu.. *meja kerja ibu ni ala2 meja jepun jer*

dalam foto ni memang Aliya naik sendiri. Ni baru 10 bulan lebih. Pandai naik & duduk atas tu, tapi tak reti nak turun sendiri.

Aliya dah pandai nak makan sendiri... :D tapi dengan kadar penumpahan yang maksimum.. setiap kali makan, harus sediakan piring kecil untuk dia. Dia dah tak berapa mau nasi blend. so ibu harus masak nasi lembut untuk aliya. sayur & ikan ibu carik2kan jer. Jadi la ni, ibu suap dia makan & masa yang sama dia juga nak piring sendiri.

Dalam foto tu, aliya makan roti canai telur dan kuah dalca. Kan main seronok lagi dia. Ayah lah yang melayan, ibu terkujat gak memula.. anak dara kecil ku baru 11 bulan dah ngada2 macam2 ni..

Ibu ada baca somewhere, lupa nak book mark link tu.. baby yang dah reach almost 1 year dah boleh mula makan makanan keluarga. Kalau nak bagi dia rasa kari, atau apa juga makanan, boleh aje, asal kan dia mahu & dalam kuantiti yang sedikit. Tapi takde lah ibu nak bagi aliya makan sambal belacan @ asam pedas ker... tengok juga lah kan, jenis makanan nyer.. kalo pedas2, mau melalak anak daku. ;;)

Aliya sudah mahu mandi berendam. :D Aliya memang dari kecil tidak diajor mandi berendam, tak macam fikri & anis. Jadi Aliya ni memang lambat lah 'menguasai' kemahiran berendam nih. Lately ni jer baru Aliya rasa sonok bila berendam. Masa memula introduce kat dia, dok melalak jer, langsung tak nak dok dalam besen. Asyik nak kuor besen jer.

Aliya juga sudah mula belajar conteng-conteng. Dah pandai pegang pen, walaupun cara pegang masih tak berapa betul, tapi dah boleh lah nak memulakan menconteng di dinding.. *ohhh.. ibu belum sempat nak snap foto aliya menconteng dinding * sebenarnya tak le betui2 menconteng, lebih kepada aksi meniru gaya si kakak menconteng... ;)

Foto atas tu, konon2 sesi melukis lah tu.... :D tu kira rutin xtvt harian. Sampai nak habis kertas A4 ibu yang 1 rim tu, mujur ade 1 rim lagi untuk ibu guna buat kerja akaun nanti. Perasan tak yang bertanda anakpanah merah itu.. itu adalah salah satu bantal busuk fikri. Jenuh ibu sarungkan, konon2 nak bagi Aliya guna.. tapi aliya pun tak hingin bantal busuk abang dia.. :))

Anis memang sangat tekun dalam apa jua aktiviti. Memanjat pun tekun. Memunggah laci pun tekun. Berendam pun tekun. Makan lagi lah tekun. Cara dia pegang pen tu memang kemas, walaupun letih dok ajor pegang cara yang betul. Dan cara dia menconteng pun memang tekan sehabis mahu, kalo pensil tajam memang boleh patah.

Ni adalah foto terakhir untuk catatan entri ini. Memula kan main hepi, sebab aliya ingat ibu nak amik dia. Tapi ibu tinggalkan dia main golek-golek dengan ayah, sebab ibu nak siapkan kerja kat dapur. Apa lagi, melalak la lepas tu. Ni yang ibu tak tahan nih, asyik nak melekap dengan ibu jer. Lawo tak tocang aliya yang tegak jegang tu.. ;)

Semalam pakcik Aju (adik kakyong yg dok KL), singgah rumah jap *sebab nak bertenet... :)) *, nampak jer pakcik Aju, terus ALiya melalak semahu-mahunya. Ibu pun tak tahu lah pakcik Aju ni aura tak ngam kot dengan anak sedara yang masih baby nih... dedulu fikri & ANis pun takut kalo pakcik Aju datang rumah. ke pakcik Aju ni kena kahwin cepat2 nih, bior cepat ade baby sendiri..

.

.

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

19 kawan ibu yang hebat:

Fid said...

kak yong
dah besar dah aliya.,....tapikan..betoi ni anak kak yong??bukan anak patung??hahaha...comey!!!

NyIzd said...

suka ah tgk bentuk muka alia..diamond shape..quite beautiful and unique..and her chubby cheeks tu...gerammmm

Lily@MamaZaraZareef said...

Bijaknye aliya. baru 11 bulan dh pndai buat macam2. n geram sgt tgk dagu tirus die. tu yg plg mahal tuh..hehehe..

UmmiKhayra said...

Salam kak yong...

Ala geramnya tengok aliya... toncet tu sama macam Khayra.. tegak je.. hikhikhikhik

Eta LaZiM said...

she so cute & amazing!!!

10 said...

ishhhh...isssshhhhh.... aliya ni... pandainyer dia... conteng betul2 tau... nanti bleh jadikan ia lukisan... menarik tau...

Pengasas said...

Salam KakYong,
Dah 11 bulan cucu atuk Aliya. Bucuk-bucuk-bucuk hmm hhhmm.

Anonymous said...

kejap je kan...tak lame lg Aliya setahun..taknak tmbh lg ke?:D

ctzura said...

Happy be coming besday Aliya....
Cepat masa berlalukan, kak yong...

Pasni ada lagi ke adik Aliya??

Precious said...

Hih .. comel lote ... Kiut miut ... Seronok baby baya ini ...

Nadiah Sidek said...

seronok ye tgk anak membesar dpn mata :X

nadnye said...

Ala..comei-comei..pipi tembamnya.. sekejap jea kan anak kita besar.. dah nak setahun...

Unknown said...

akak, samela ngn balqis, dia dah conteng sofa niee huwaaaaaa.. pasnie saya nak bagi pensel je. nak sorok pen... huhu. tp dia tahu, kalau pensel dia takmo, sbb dakwat tak pekat. dia buang je.

btw, bila anak yang bawah2 ni kan, cepat belajar kan kak. sbb dia ada abg akak yang influence dia..

kak, kish kan pipi aliya utk shaye... huhee.. gewam jek.. bulat..

♥MAMASYAZA♥ said...

dah besar pun aliya...geram kat pipi dia..rasa cam nak cubit2 ja

Unknown said...

Fid,
anak patung?! :-?
pakcik Aju & pakcik Ee panggil Aliya., "teddy bear".

Noy,
diamond shape yer.. hmm, tak perasan lah pulak.. ke ibu nya yg memng tak amik port.. :))

Mama Zara,
pandai macam2... ;;) tu yg letih tu, demand pun byk.. suka nak melekap kat ibu jer... :D

UmmiKhayra,
hahah, sama kan dgn Khayra.. rambut lurus, toncet pun jegang jer.. ;)

MamaQaypo,
mekasih mekasih *kembang jap ibu nyer*... :))

10 @ aten,
tak lama lagi memang makin 'lawo' lah dinding rumah daku.. :D

QQ,
sama lah dgn sara kan.. sara dah pandai jalan..

ctzura,
adik aliya :-o
huhuuuhhh,,, letih 3 tahun berturut2 bawa perut tak habis lagi...

kak Precious,
Alhamdulillah, buat masa ni memang best, seme kecik2 lagi.. asyik tahu nak main jer.. :)

Nadnye,
tu la cam rasa baru jer semalam dok meneran dia kuor... :D

Leen,
betui Leen. aliya ni byk dpt influence dr fikri & anis.. kalo ikutkan fikri & anis 14 bulan baru berjalan..
dah kisshh kan on ur behalf... heee :D

Mamasyaza,
pipi dia dah tak byk isi dah.. aliya ni kecik & halus compare to Anis.. ;;)

MAMADANISH78 said...

comel aliya ni...pandai..:-*

Anonymous said...

saya nak gigit aliya..sekian..hahahaa

ummuabdullahsyaakir said...

suka saya tengok anak2 kak yong,rajin buat keja macam ibunya juga ^_^

Kak yong,kiranya Aliya n Abdullah tak jauh bezakn umr diorng...Abdullah skrg pun dah masuk 11bulan...eem rindu nak tengok dia membesar...huhu

Kak yong pandai bagi masa keja2 kak yong...kak yong memang serba boleh.

Unknown said...

mamadanish78,
seme bb dalam umur cam ni memang chomel.. ;)

FId,
sudah gigit on ur bhalf... hahah, pipi dia tak leh bulat sgt.. tp memang port sedap utk geget2.. :))

Ummu AS,
camana perkembangan AS skrg? dah pandai apa?
mesti makin hensem kan... hihi.. :D sory, sajer mencucuk rindu ibu yg terpisah benua dgn anak kesayanagn nih...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .