Tuesday, July 7, 2009

Home » , , » 184 3 yang meriah

184 3 yang meriah

Pepatah omputeh ade yang berbunyi camni 'two's company, three's a crowd', macam foto kat bawah ni. Tak selesa & tak best bila jadi orang ketiga.

Tapi di rumah ibu ni, ketiga-tiga anak ibu ni lah yang selalu memeriahkan rumah. Anak2 ibu pun berkawan, bermain dan bersosial ber3 orang ni jer lah. Kalau ade tetamu yang pertama kali datang rumah & sedara-mara yang dah lama @ tak pernah depa tengok, anak2 ibu ni mulalah masing2 buat perangai 'sombong' dan 'pemalu' tak bertempat. Tetiba mulut jadi terkunci, dan telatah yang ligat tetiba jadi 'beku'.

Disadvantage bagi anak2 yang 24 jam mengadap ibu adalah :

  • tidak begitu pandai bersosial,
  • pemalu kan main, kelu seribu bahasa
  • dia takkan bergerak kalau dipanggil @ disuruh duduk @ apa sahaja.. dia 'stonecold' jer..
  • dia akan mula memerhatikan sahaja gelagat tetamu, kalau ada anak kecil, dia akan jadi cuak kalau anak kecil itu ambil permainan dia
  • dia tak mau minum mahupun makan, walaupun ibu yang pelawa.. bukan setakat kelu lidah, mulut pun tak mau buka

Ini adalah pemerhatian kasar ibu terhadap ketiga2 orang anak ibu ajer... dah banyak kali dah jadi camni. Masa pergi rumah opah (MIL) hujung minggu lepas pun anak2 ku jadi 'stonecold'. Fikri yang selalu riuh & rumah opah tu memang macam rumah ke2 fikri, pun jadi pemalu tak terkata. Ibu pun fenin, apesal ler anak ku jadi camni.. :-/

Tapi kalau di rumah... Ya Allah, tuhan sahajalah yang tahu.. tak reti dok diam.. sabor jer lah ibu. Kalo bermain tu, memula okay, sorang amik satu mainan.. tapi at the end, seme mainan abang yang punya, abang yg kelek semua kat dia. Anis plak jenis tak reti mengalah, maka berlangsung lah adegan tarik menarik @ berebut mainan. *mainan memang seme fikri yang punya* ntah le anak2 dara ibu ni, ibu bagi menan teddy & doll, depa berkenan kat 'red-fire-truck' & 'the-green-crane-pekhoe' tu jugak.

Kalau part berendam, 3-3 ni memang juara main air. Aliya baru je belajor2 berendam, tapi kejap jer dah expert. Ni ibu tunggu depa main pool depan rumah ni pun hampir 1 jam lebih. As long anak2 hepi & cergas dan tak meragam, ibu ikutkan jer lah aktiviti depa ni... *ish, kalo buleh ibu pun nak join sekali.. :)) *

part nak kaco ibu melipat kain & mengemas, memang suka sangat lah depa. depa lagi pandai nak tolong buat koje. tengok le anis, sampai terjenket2 nak meng'iron'. aliya pulak apa lagi, menjelajah lah ke mana2 area yang boleh di'jajah'. Foto fikri yang ternganga luas tu... itu adalah aksi anak rimau gedik.. fikri ni lately ni, asyik suka rimau jer.. sampaikan VCD "ethelbert the tiger" *hadiah dari Hanz* tu entah berapa kali dah diulang. La ni ibu stop kan dia tengok VCD tu.

bila sesi membaca buku, ini lah yang jadi, 3-3 nak jadi tukang selak. Bila ibu kata biar ibu yang buat, si abang dok sebuk tarik buku tu. pastu anis plak tarik. kemudian datang plak aliya terus naik atas buku... mula lah time tu si abang jadi rimau garang..

Buku tu wildlife discovery, kakyong beli sebelum kahwin lagi. Masa tu melanggan readers digest, jadi memang banyak juga buku2 terbitan readers' digest yang dibeli. yang bagusnya setiap helaian adalah untuk satu haiwan, semua maklumat yang berkaitan haiwan itu ada. Yang penting sesuai untuk anak2 sebab banyak gambar. Tapi tu lah, anak2 ku ini telah men'cedera'kan beberapa helaian *semasa acara rebut-merebut siapa yang nak selak dulu*.. jadi buku itu telah ibu 'kuarantin' kan untuk sementara waktu, sementara ibu dapat obat utk 'menyembuh'kan bahagian buku yang tercedera.

Ramai yang cakap, susah nak handle anak2 yang rapat, macam anak2 ibu ni. Tapi rasanya, kalau kita tak jadikan anak2 tu sebagai beban. Insya Allah, pasti boleh ditangani. Yang penting, mesti enjoy semasa dengan anak2, tak kira dalam apa jua keadaan. Masa makan, masa mandi, masa pakai baju, masa nak ikat rambut, masa main, masa belajar... kalo dibuat dengan hati yang lapang & suka yang mendalam, Insya Allah pasti boleh.

Memang lah letih & kalo boleh nak belah 3 badan ni supaya setiap seorang dapat perhatian samarata. :D mungkin ibu ni bukan jenis ibu yang terlampau nak sempurna segala2nya, tak cerewet & tak amik port sangat kalau anak melalak minta sesuatu yang ibu tak boleh bagi. ;;)

Apa2 pun, sehingga ke hari ini, ibu nak enjoy setiap masa yang terluang dengan anak2 sebaiknya. Ibu tahu, ibu harus juga keluar bekerja nanti. Masa tu mungkin ibu akan rindu setiap saat yang telah diluang untuk anak2 ibu. :) Kalau ade orang kata 3 anak rapat2 menyusahkan, tapi pada ibu, ketiga2 anak ibu inilah yang memeriahkan hidup ibu & ayah.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

27 kawan ibu yang hebat:

♥cybermummy♥ said...

Kak yong it's not bad really with children that is born not far apart . Saya ada 4 yg mana jarak kelahiran cuma about less that two years apart . Ok je still standing :P Dia org kalau tak de kat umah cam sunyi pulak dan kalau saya rasa marah yg meluap2 kat dia org saya gi bertapa dulu :P:P

miela77 said...

Salam...iela mmg respek kat kak yong...tapi rasanya lasak2 anak fikri tu x leh calen lasak Amira n Bad....baru2 nie, iela beli sofa, mereka jadikan rantai buaian adik wat bergayut mcm tarzan dari sofa 1 ke sofa kedua...bikin mama meroyan tul...ahaks...

Zuhaini said...

best nya ada anak ramai! :) hihi.. meriah gitu..

alahai anis, rajin dia menggosok! :)

**saya rasa da besar nanti, bila depa masuk sekolah, mungkin time tu baru belajar ber sosial.. hihi.. don't worry lah.. :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kena redha jer kan KakYong.. Sya pun cam ni gak...mulut tak reti dok diam .. sampaikan anak yang no. dua tu tegur saya..kenapa ibu asyik nak marah jer...?? ahaks..budak2..

yatie chomeyl said...

biaser lah budak2 lasak kat umah, tandanya diorang aktif kan k.yong? kalau yatie, lg bagus kalau anak2 behave elok2 depan tetamu, takderlah lasak sangat depan orang, so takyah lah kita nak marah2 diorang depan tetamu ye dak?

Fid said...

meriah meriah
kat umah saya ada 1 kanak2 tapi gawat gawat....dia diam kalau ada guruh ja! hahaa

Hanz said...

Agree ngan YatieChomeyl, better anak2 lasak ngan kita tapi depan orang behave sajer. Itu low profile bagus, bak kata orang tua2, diam2 ubi berisi.. :>

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam yong.. lama sungguh tak jengah.
Kaknik mcm yong gak, biarlah anak2 nak explore. Takyahlah jd prim n proper sgt. yang penting jaga keselamatan dorang. Akan tiba masanya kita disiplilnkan dia.. usia setahun - 7 tahun masa kita memanjakan anak sambil mengajar dia! tp klu nak cepuk sesekali untuk tujuan mengajar tu tak salah kan??

ida said...

biasalah tu kak yong bebudak. ida ni lagilah anak 4 org. kadang tu kalau kat umah macam dah jadi tarzan. tapi kalau diaorang x der kat umah rasa sunyi sesangat. ida lak yang emo sendiri.

Mrs.Anne said...

Rasa kagum bila dgr cite para ibu yg ada anak ramai.Ni tengah berdebar2 juga tunggu kelahiran anak ke-2.

atty's said...

kty dulu akak ngn adik pun rapat..ngam2 setahun..
alhamdulillah takde masalah..yg penting..kita happy bersama diaorg,..

ummumishkah said...

paling meriah masa makan kan?
3 mulut burung yang mintak disuap.. hihihi

UmmiQaisara said...

meriah nye..mmg meriah! tgk gambar je pon dah rase kemeriahan nyer...tahniah kak yong sbb jadi ibu pada 3 org anak dah..ummi ni baru je sorang..

10 said...

bestkn bila dpt tgk ank2 mbesar depan mata kita.... bila ank2 dh besar mesti kita rindukn telatah depa masa kecik2 kn? anak2 lah pengubat kita waktu kesunyian...

Mama Shinta Musraika said...

salam kakyong..

rindu nak menjenggah & mengomen.. tapi tiap kali dah masuk sini.. pastu nuffnang tu kuar. maka ter'kaku'lah ku kat sini.. tu yg jadi maleh nak masuk..

ku seronok baca kisah kakyong dgn bebudak tu.. sonoklah kalau bayangkan shinta juga memain mcm tu.. kalau anak2 jiran dtg gi main dgn shinta dia akan teruja kesonokan.. ligat ke sana sini.. tapi bila anak2 jiran dah balik... mula la dia menrenggek kebosanan.. nak kita layan dia. masa tu apo koja pun x bleh buat :(

kakyong said...

cybermummy,
nak belajor ilmu bertapa dr cybermummy... ;)

iela,
rumah kami takleh beli sofa.. sbb sofa rumah mertua dah habis lobang2 dibuat dek cucu2..
mira & abg bad tu kena byk g belajor absailing... :))
tu la ayah dia dedulu pun kuat memanjat pokok, jatuh pokok bagai... :D

zuhaini,
ibu alia bila lagi nak menambah... hikhik :D
anis selalu nya akan amik masa sikit, kalo dah jumpa org yg sama setiap hari2 @ kerap2, lelama dia akan ramah.. siap duduk atas riba lagi.. fikri plak ikut angin dia jer..

azrina0307,
dlm dok cuba bersabar tu.. kdg2 jd tarzan jugak.. yg pntg, keperluan anak2 dipenuhi.. anak2 kecik ni, jaga makan minum, susu dia, masa main dia.. tu dah kira okay.. kalo buat derk jer, tu yg mula meragam, tunjuk perasaan... :))

mommy SN/Hanz,
heheh, ALhamdulillah, behave depan org tu, memang lega hati ibu.. kdg2 fenin gak bila tgk anak org yg tak reti dok diam & buat rumah org mcm rumah sendiri... :))
hrp2 anak2 menten behave sampai bila2.. tu pun nurturing process tak boleh berhenti...

Fid.
ohh, 1 org pun dah gawat.. kalo berdua, bertiga.. mesti pecah rumah... :))

kaknik,
hahah.. bila si ibu dah geram & si anak buat perangai melampau2.. memang kena cepuk juga... kalo tak dicepuk, depa ingat, seme boleh,.. so bila dah kena cepuk, si ibu siap meleter & ugut2 lagi.. 'tak baik buat camtu, Tuhan marah.. kalo abg/kakak buat lagi.. ibu malas nak baut susu.. nasi goreng abg pun ibu malas masak... cd pun takleh tengok..' :p
selalunya ugutan camtu menjadi.. saya memang 'denda', xleh tgk cd (kartun/abc), xleh lukis, xleh main (simpan menan dlm bilik)...
so anak2 ni, spashly fikri, dia memang akan jd 'baik' supaya boleh tgk cd, & boleh lukis2,.... :D

ida,
4 lagi lah meriah.. tp anak2 ida dah besor kan.. lain le plak kerenah nya.. lagi lah meriah.. dah bijak macam2... :)

kakty,
setuju sgt, yg penting hepi dgn depa..
anak2 hepi, baru lah ibu hati lapang... :)

ummumishkah,
waktu makan fikri & anis dah makan sendiri.. tp memang meriah lah, kejap fikri nak itu, anis plak nak itu.. tp kdg2 kakyong suap juga depa makan, time tu lah 3-3 org dok berebut... seme nak dulu.. sampai naik atas peha ibu, nak suap pun susah... :))
tp itu lah detik yg best...

UmmiQaisara,
Insya Allah, nanti ramai lah tu.. masa tu dpt lah merasai kemeriahannyer..

aten10,
Alhamdulillah, so far memang gembira sgt dpt dok rumah & jaga anak2 sendiri.. dah merasa tensi nya masa dok sibuk kerja, balik lewat mlm.. bila fikri & anis lebih rapat dgn opah & mak2 sedara nyer (belah suami).. hati ni terasa bagai diri dipinggirkan, walau daku ni ibu nyer...
dasat kan ade perasaan macam tu, tp memang itu lah hakikatnya, anak2 rapat dgn sesiap juga yg melayan depa spjg hari..
sbb kenangkan hal tu lah, rela dok rumah & stop dulu keinginan nak cari duit byk2.. lagipun biorlah masa anak2 kecik ni, ibu yg lebih dihati depa.. jgn org lain... *ibu yg mula tamak jiwa*.. :p

adianiez AIDA said...

memang best...

tapi, jgn la k yong anggap anak2 k yong tu problematic... may be mereka rasa tak selesa bila ada tetamu @ org luar.

dlm hati mereka - "pe hal diorang ni, dtg umah org, nak main pun susah. blah la!"

may be la...

anak2 dara aida berdua tu... few minutes yg pertama jek akan termalu-malu & terkepot-kepot. Then jadi ok... terutama bila ada budak2 juga...

adianiez AIDA said...

e'eh... terlupa nak add... nurin teringin sgt nak pool mcm anak2 k yong punyer tu. aida jek tak kuasa nak belikan. hi hi... tak kuasa melayan!

Precious said...

Kalu anak2 rapat ni, satu jer ... Bila depa besar, sumer sekaligus meninggalkan kita. Terkonteng2 ler tinggal berdua saja nanti ...

MatAhaRiKu said...

fiuh boleh thn nakl ank2 kyong nih ek..tp itu la ank2..memng time diorg tuk beljr..yg penting diorg happy..bl dh besr ckt akak ajar la diorg bersosial skit..cam bw g tmn n jpa kwn2 diorg nmain sm2..

syahadah said...

kak yong..mmg penat anak2 rapat ni..tp kalau mereka membesar..mereka mcm kawan..!!mcm anak saya mmg jarak ..tp yg tak best takdekawan nak main..adik tak sekepala..hehehe!!

ibu_umairah said...

biasalah k.yong..mencabar sedikit kalau ngan anak2 nie!!!tapi as tabik spring kat k.yong..k.yong pandai bahagikan masa antara keje/keje rumah n suami...!!masak untuk anak2...kalau sy lah beli kut tiap2 hari....

ummuabdullahsyaakir said...

Salam kak yong,seronknya tengok kehidupn sehari2 kak yong ngn ank2..alhamdulillah,kak yong pandai melayn apa yg diaorg nak n tak,tu yg blh diorg behave klu selain kak yong yg ada kat rumh..
Rasa teruja pulak nak ada ank ramai2 mcm kak yong ni..hehe ^_^

ummuabdullahsyaakir said...

oh yea maaf saya nak tanya boleh,kak yong punya lebar tempat posting entri ni berapa? (hehe terkeluar tajuk pulak??)

kakyong said...

Aida,
pool tu adik suami yg punya.. anak2 dara dia dah 10 & 9 tahun, so pass kat kami.. nanti anak2 kami dah besor sket, pass balik kat depa, sbb depa pun ade lagi 2 anak yg baru 2 thn lebih & 9 bulan..
beli kat giant jer tu...
layan jer lah, masa kecik ni bior le depa nak berseronok, kurang2 takde le kempunan bila dah besor2 nanti...

kak precious,
tu lah kan.. harap2 sempat lah melihat anak2 mbesar...

matahariku @ jun,
besor camni memang tau main jer kojer depa.. tunggu lah aqil besor sikit lagi... :D

syahadah,
penat tu normallah. ibu yg anak baru 1 pun penat jugak, sbb baru belajar nak adjust dgn mcm2 kerenah anak, tp bila dah ramai.. tahu lah camner nak handle.. asal jgn buat dek kat anak2 dah ler...

ibu umairah,
masak yg simple2 jer..
kdg2 beli juga 1,2 lauk..
tu lah tak sempat berkejaran dgn kerja rumah + anak2 + blog lagi... :))

ummu AS,
Alhamdulillah, baru jer dlm setahun ni merasa.. tu pun org dah sibuk suruh kita kerja balik... hahah, memang byk yg 'terkorban'.. tp rela dok rumah dgn anak2, walau hidup susah sikit tak per..

lebar n3 650px... lebor kan... :D

MiszMama@Haslinda said...

best kan kakyong jd SAHM. kite leh tgk sendiri perkembangan anak2. Sekarang jemmy dah say no to diapers. umurnya baru 2 thn 5 bulan dah pandai ke toilet sendiri selepas di train oleh saya dlm mase kurang seminngu je.

kakyong said...

miszmama,
memang best jadi SAHM.. tp la ni berusaha nak jadi WAHM semula... susah le xde duit poket sendiri... :))
bagus la jemmy, cepat juga tu dia dah bersedia.. macam fikri dulu 2 tahun 8 bulan baru ready utk diapersless... :D
Anis ni pun bila dia masuk 2 tahun nanti.. kakyong nak start slowly..

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .