Friday, December 31, 2010

GA Teka & Menang Ibu3A




Salam ceria & salam bahagia,


Seperti yang dimaklumkan dalam n3 yang lepas. Mulai hari ni, 22 Nov 2010, ibu kick-off GA Teka & Menang.

GA ini adalah sempena 6 bulan ibu berdomain http://www.kakyong.com.

Kaedah nya senang jer… teka berapa nilai duit syiling yang ade dalam gambor ni..




Dalam gambor ni ade syiling 50sen, 20sen, 10 sen, 5sen dan 1 sen. Yang baris depan tu syiling 5 sen dan 1 sen. Hint : lebih dari RM50 dan kurang daripada RM100.

Pemenang : adalah mereka yang berjaya meneka nilai yang hampir @ tepat.

Kenapa ‘mereka’? Open-mouthed smile Sebab hadiah disediakan untuk 5 pemenang. JIka mendapat sambutan, Insya Allah, akan ditambah. Tapi hadiahnya bukan lah nilai ratus2-riban2 yer… sekadar seiklasnya dari ibu.. Red roseRed rose








Kaedah @ syarat2nya :

1. mesti ade blog, terpulang nak follow blog kakyong[dot]com 

2. Tajuk n3 “GA Teka & Menang Ibu3A”, tajuk lain tidak diterima ya. Winking smile

3. Letak banner dalam n3 dan backlink ke n3 GA Teka & Menang Ibu3A dan nyatakan jawapan anda dalam n3. Anda diberi peluang meneka sebanyak 2 kali, jadi dalam jawapan tu nyatakan 2-2 tekaan anda.

4. Letakkan banner beserta backlink di sidebar.

5. Listkan http://www.kakyong.com dalam bloglist anda.

6. Tinggalkan link di kotak komen dengan menyatakan url n3 & email anda. Yang bermasalah untuk tinggalkan link di kotak komen, sila emailkan penyertaan ke kakyong72@gmail.com dengan tajuk email  “GA Teka & Menang Ibu3A”.

7. Tambahan (update 23 Nov 2010) : Cabutan berTUAH akan dibuat untuk 2 orang peserta berTUAH... 

Senang ajer kan.. jadi selamat meneka lah yer. Winking smile Thumbs up




Perhatian untuk perserta :
Sila pastikan syarat no 4 & 5 dipatuhi.. jika tidak anda terlepas peluang untuk cabutan berTUAH.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Menukar header lagi

Salam bahagia dan salam ceria,


Header lama.. akan disimpan untuk sementara.. konon2 nak sambut tahun 2011 dengan imej lebih segar… hehehe.. segar lah tu.. Smile with tongue out


Header pertama hasil sentuhan photoshop.. ambil masa sungguh untuk membuat background.. belum expert lagi kan.. Asalnya dibuat dalam bentuk transparent. Tapi besar sangat file .png, maka dengan gigih dibuat background dan ke tukar ke file .jpg yang lebih ringan.


header-dec2010


Header ke-2, hasil sentuhan photoshop, corel draw (download yang percuma, tak banyak menu yang berfungsi, tapi tetap berguna) dan photoscape. Menggunakan corel draw untuk menghasilkan background ni.. ntah apa2 effect yang diguna… akhirnya dari biru terus jadi hampir putih… Winking smile







dan ini header, hadiah untuk Adyani.. (hadiah hasil dari sesi Jom teka-teka beberapa minggu yang lepas) telah disiapkan beberapa hari lepas.. ini juga hasil gabungan Photoshop, Corel Draw & Photoscape.



header-adyani1-test1



Ada sedikit pembaharuan di sini… konon2nya lah… tapi mungkin akan diubah lagi.. hasratnya hanya untuk meringankan blog.. blog Ibu ni dah semakin memberat... juga supaya sedap mata memandang... 

1. Ubah kelebaran menjadi 1200px.. dan tukor ke 3 column.

2. Nak revamp bloglist.. dan semua list blog akan disimpan terus di Senarai blog terpilih kakyong[dot]com©. Kecuali untuk mereka yang rajin beramah-mesra dan blog yang ibu suka terjah dan link penganjur contest, masih tetap disimpan di sini.

3. Nak buat background baru dengan idea sendiri… konon2nya lah… Winking smile


Sekian, sekadar catatan empunya blog, yang masih baru berjinak2 dalam mendesign header..


salam kasih sayang untuk semua

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, December 30, 2010

Contest si manja ku riang

Salam bahagia,



Kali ni nak join contest si manjaku riang anjuran blog contest adYna @ Ibu Aqimi. Hadiah untuk contest ni disediakan untuk 3 pemenang. Jika terpilih sebagai salah seorang, memang best.. semua pun akan rasa best bila dapat menang sesuatu kan. Smile with tongue out



Sila klik banner gambor si cilik Ahmad Adib Hakimi ni jika nak join.


NI foto yang nak dikongsikan.. kalo tak menang contest pun, tak kesah.. as long nak tunjuk gambor.. Aliya ni memang periang orangnya. Dia lah yang selalu memeriahkan rumah ni.. dia la yang suka ulang2 (imitate) cakap ibu… kalo ibu marah, lagi dia suka menyakat.. dia suka gelak ngilai2 tak hengat…


IMG_9717

Masa snap gambor ni Aliya memang sedang berlari nak menerpa ibu.. nak tengok foto2 kat kamera yang baru disnap masa dia pose kat pelamin comel ni..

nama anak : Aliya Nadhirah binti Sharul Ainal
terikh lahir : 18 Julai 2010
nama Ibu : Kakyong HY


Buat puan penganjur..
  • banner contest yang berakhir/due pada tahun 2011.. sila refer kat pages Banner Contest yer.. Winking smile
  • link untuk penganjur contest pula.. sila scroll hingga ke bawah yer..


salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sembang dengan ALiya pasal baby

Salam bahagia,

Pepagi tadi menjengah blog cikgu Isza.. kebetulan Aliya pun dah bangun.. dia pun sibuk nak tengok sekali, sebab nampak gambor baby.





Tahniah cikgu Isza.. ade cikgu Isza call ibu on 27 Dec 2010… dah ade alamat cikgu.. ntah bila la kami nak sampai sana ni… tak sabar juga nak tengok baby besor ni… semangat tak kome tengok baby dalam gambor ni…? baby boy lahir pada 23 Dec 2010 secara c-sec, berat 4.5 kg.


Sambil ibu baca n3, Aliya pula tengok gambor baby.

Aliya : Ibu, nak baby.. nak baby
Ibu : Eeya nak baby ker?
Aliya : ya (sambil angguk kepala)
Ibu : Eeya nak baby kecik?
Aliya : nak, nak baby..
Ibu : Baby nak susu dengan sapa?
Aliya : Ibu la
Ibu : boleh ke kongsi t*t*k dengan Eeya?
Aliya : boleh.
Ibu : betul ni..
Aliya : (angguk kepala berkali dengan wajah happy.)
Ibu : cukup ker susu?
Aliya : cukup. (dengan confident nya..)
Ibu : … senyum juga… Open-mouthed smile


Ibu sebenarnya belum ade plan untuk baby baru.. sebab sekarang ni fokus utama ibu adalah dalam hal mengukuhkan ekonomi keluarga dulu. Tak mampu rasanya nak mengandung & pada masa yang sama nak ke sana ke mari menguruskan hal kerja.

Masa mengandungkan Aliya dulu pun, ibu selalu jer tak sihat.. berjalan pun macam siput.. hatta buat kerja rumah pun semput2.. Mujur la hanya uruskan Anis jer, Fikri memang kerap di rumah opah santan. Bukan nak mengalah, tapi harus akur juga dengan usia yang sudah menghampiri 40'an.

MUngkin mudah untuk sesiapa jua menjawab, ‘rezeki anak itu ada’ Memang betul, setiap anak telah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Tapi rezeki tidak akan datang bergolek, jika tidak diusaha mana kan dapat hasil nya. Thinking smile

Tolong doakan yer semoga plan yang bakal ibu usahakan mendatangkan hasil untuk kehidupan kami sekeluarga. Amin.



p/s :
esok cuti umum kan.. sonok lah yer, dapat cuti panjang hujung tahun... ;)
tapi untuk ibu takde beza apa pun, yer lah dok rumah jer kan.. tak terasa lah impaknya..

1 Jan 2011 kami ade jemputan majlis bertunang lagi di Taiping,

3-5 Jan 2011, mungkin kami akan bermalam di ULu Kinta.. Fikri nak mulakan persekolahan kan... hmm, rasa macam tak bersiaran lah ibu untuk 3 hari nanti.. kalo kat sana ade line tenet, ade la ibu online.. jika tak.. memang sunyi lah blog & tak dapat nak ziarah @ BW dsb..



salam kasih sayang untuk semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Hadiah ginger & blackcurrant drinks

Salam bahagia,


Hadiah dari Ekin dah sampai dah beberapa hari lepas.


IMG_9802


IMG_9803


Terima kasih Ekin.



IMG_9819


Dah minum dah yang blackcurrant tu.. anak2 yang habiskan… sedap… memang licin anak2 kerjakan, ibu dapat le rasa seteguk.. Winking smile


Minuman halia tu belum minum lagi, tapi hari ni ibu akan habiskan.. sebab ibu memang suka minuman halia.. banyak angin leh keluor.  Smile with tongue out


p/s
beberapa hari ni hari lembap jer… mendung.. hujan renyai-renyai… kain baju pun banyak tak kering… nak meng’iron’ memang la teramat malas…. Smile with tongue out  Pagi2 ni pun hujan renyai-renyai.. & langit pun mendung jer.. huhuu, ibu siap bersweater pepagi ni… sejuk weiii… nak sentuh air pun segan..

masa sekolah rendah dulu, dok Ganu.. bila musim tengkujuh jer.. sure la kena tolong mak iron baju… bertimbun2.. lebih2 lagi lampin adik-adik… la ni dah tua2 ni, malas pulak nak menggosok…




salam kasih sayang untuk semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, December 29, 2010

Hajat nak perangkap lalat, tapi lain pula yang menyerah diri

salam bahagia,


Sejak 2 minggu ni lalat suka sangat singgah di rumah kami.. tensi jer dengan lalat ni.. ntah apa lah yang dicari.. ramai jiran yang kata sekarang ni musim lalat…


IMG_9668


Rasanya gambar ni dah menceritakan segala-galanya. Winking smile  dan ini bukan burung yang pertama terjebak dengan ‘perangkap lalat’ ni. Kesian burng2 ni.. dah sayap nya kena getah.. sebaik dilepaskan.. laju jer depa ni// berdesup dia melompat.. walau tak leh nak terbang lagi.. tapi kejap jer dah boleh terbang semula…. tak padan dengan kecik.


Jangan terperanjat.. burung ciak rumah ni memang sebahagian dari ‘ahli rumah kami’… kalo pagi2 memang gamat dengan kicauan depa jer… meriah weiihh…. so pagi2, kalo ibu membebel dengan burung ni adalah biasa. Manalah tak membebel, suka-suki jer depa nak berak merata2.. kadang2 atas sinki.. kadang2 kat meja makan pun ade… hangin hangin.. tapi kan kalo burung ni takde sunyi pulak rumah. Smile with tongue out



salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Cucur ku berkedut

Salam bahagia,


Selalunya kalo masak cucur, ibu jarang guna penaik.. guna telur jer.. then last week sebab dah masak sambal kacang segera tu kan, maka gigihlah buat cucur udang. Actually tergoda lepas baca n3 di blog Ayu yang buat cucur udang sampai meletup. Winking smile


Masa membancuh tu dah was-was, eh.. nak guna apa ni soda bikarbonat @ baking powder.. nak buka lappy (siap nak check online lagi.. ekekeke…) dah tak kuasa lah kan di pagi2 hari. Kebetulan hari tu en ayah tak koje.. tak pasal2 kena sound plak. Dok teringak resepi MG (Mat Gebu) guna yeast. Kat rumah nan-ado stock yeast. Maka belasah lah guna soda bikarbonat.


Cucur tu naik.. tapi yang sakit hati tu.. warna tepung bertukor jadi ala2 warna merah.. pastu berkedut pulak tu… bukan setakat berkedut, meletup lagi.. well, okay, 1st round goreng memang meletup, siap ibu berperisai dengan tudung periuk lagi… Smile with tongue out



IMG_9594


Nampak kan, ketara cucur tu berkedut.. tak cantik sungguh rupa nya… pastu soda bikarbonat ni meninggal 1 bau yang tak best. Masalah meletup tu ibu atasi dengan cara kambus udang tu dengan 1 lapis lagi tepung.. so ni namanya “cucur udang dikambus”. Actually kalo baca resepi kat blog MG, udang tu kena tapis bior air udang tu kering dan lap kering2 dengan paper towel. Bila air udang tu kena minyak panas, memang meletup ler..


Malam tu buat cucur lagi, tapi guna baking powder pulak… hehheheee, baru la cucur ku jadi cantik, tak berkedut lagi…


So, nak cucur comel gebu & cantik, guna telur & baking powder.. lepas dah bancuh tinggalkan sekejap untuk 30 minit sebelum mula menggoreng…



cucur-yg-ok


Cucur yang ni dapat sambutan hangit dari anak-anak… memang licin la.. sebab cucur pun lembut dan rupa pun cantik.. perasan la cantik… Winking smile  Lepas ni, untuk buat cucur guna baking powder, bukan soda yer…. Smile with tongue out  << pesanan masyarakat untuk diri sendiri, juga kawan2 (kot2 la selalu buat cucur yang tak berapa nak lembut macam ibu sebelum ni… ).





salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, December 28, 2010

Good & not so good news for 28 Dec 2010

Salam bahagia,


Yang good news nya :

yatie-300visits


dah ade kawan blog yang mencapai 300 kunjungan ke blog kecil ibu ni… Tahniah Yatie


yang not so good news nye… :


IMG_9664


cross-stitch bookmark untuk Nadiah masih belum siap lagi.. sejak balik dari kenduri lepas, tak pegang2 lagi koje menjahit ni… Sad smile  Thumbs down



p/s

GA Teka & Menang akan TUTUP pada 31 Dec 2010.. mana2 yang masih teringin nak meneka, sila la yer… klik SINI yer.



salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sibling rivalry…

Salam bahagia,


Anak2 ni ade masa nya depa akan main sama2, elok2 dengan suasana harmoni.. & ibu pun tak le fening.. Angel

Tapi ade masa nya… anak-anak akan bergaduh juga. Sila ambil perhatian yer kawan2 yang selama ni nampak cam okay jer budak ber3 orang ni.. deme ni macam2 adik-beradik lain juga.. dulu tu tak riso sangat bila depa bergaduh.. tapi sekarang ni, memang harus ibu masuk campur untuk leraikan anak2 ni..

IMG_9648


Bergaduh sampai meninggalkan calar macam ni memang harus dihindari… sebab tak mau anak2 pikir, it’s okay untuk sakiti sesama depa.. harus selalu cakap, it’s not okay sakiti @ cederakan adik. Kadang2 pengaruh berkawan ni pun susah juga. Sebab Fikri ni berkawan dengan anak2 jiran yang dah sekolah rendah (umur 7-10 tahun) dan budak2 tu kadang2 kasar bila bermain.. tolak2 anak orang ke jalan sampai luka lutut, budak tu sikit pun tak rasa takut…


Bercalar kat tepi mata Anis tu ibu memang tak tahu di calarkan dengan apa.. sebab masa tu ibu sedang buat urusan dalam ‘bank’. Sapa kata senang dok rumah ni, nak masuk toilet buat urusan penting pun susah.. kena mandi laju2.. semua urusan dalam bilik mandi memang tak leh nak lengai2 lah.. nanti akan ada kejadian tak diingini.


IMG_9613 

Senjata Anis yang paling ummppp… Fikri memang kalah kalo diserang macam ni.. si Aliya tu tukang tengok.. selalunya Aliya memang akan tolong back-up kakak.. kalo abang pukul kakak, Aliya pula akan amik turn tarik rambut… huhuu  Open-mouthed smile  jom tengok close-up sikit


IMG_9614


memang melalak buleh pecah satu rumah… tak senang kalo ade jer suara menjerit time ibu nak buat urusan di bilik air. Punca bergaduh adalah berebut mainan.. most of the time memang berebut mainan lah. Yang dalam 2 gambor Fikri sibuk pulak nak main bebear dan simba si lion… maunya tak si Anis hangin. Mainan kereta si abang langsung tak mau kongsi dengan adik-adik.. ni nak main bebear adik pulak.. bila si Anis nak amik si abang tak kasi.. apa lagi..


Boleh baca kat sini pasal Sibling Rivalry << klik ni.  malas nak copy paste…


DI link tersebut ada dinyatakan sebab2 punca anak2 bergaduh.. faktor penyebab.. dan cara2 untuk atasi nya..


Sebaiknya : awal2 tu usah masuk campur bila anak2 bergaduh.. kecuali dah berlaku aksi yang boleh membahayakan @ menyakitkan antara satu sama lain.. contoh macam dalam gambor tarik2 rambut ni ler..


Asing kan anak2 ni sehingga depa cool-down.. Anak2 ni cepat je depa cool-down dan cepat jer berbaik & main semula seolah2 tak penah bergaduh.. Thumbs up tapi ade masa tertentu, lambat juga depa nak cooldown.. idok le sampai berjam-jam.

Nasihatkan anak2, bagitahu betapa tak bagusnya tindakan pukul memukul ni.. tak baik sakitkan adik @ abang.. kena selalu sayang sama-sama., main sama-sama… Anak2 ni masa kita/ibu cakap, dia memang diam, angguk.. setiap kali bila ibu kata, “tak boleh buat macam ni, nanti adik/abang sakit” Mana2 pihak yang bersalah tu, cepat jer cakap “MAAF!”.. bila suruh salam @ peluk, tanda dah tak gaduh.. hmmm, ni kena tengok hangin.. kalo dia tak cool-down lagi, usah haraplah nak salam.


Kadang2 anak ni perlukan ruang masa & bermain tanpa gangguan adik2 @ adik-beradik yang lain.. yang ni ibu memang sukar nak arrange.. Pernah dulu letak Fikri dalam bilik belakang, so dia boleh main mainan dia tanpa di ganggu Anis & Aliya.. tapi si dara berdua ni tak leh tengok abang main sorang2, sure nak join punya.. Bila ibu buat aktiviti dengan Anis & Aliya, contoh ajar tulis2 ker, baca ABC kat lappy, dsb.. si Fikri pulak akan tinggalkan mainan dia dan join adik2..


IMG_9628

Tengahari bergaduh.. petang masih buleh main sama2 kat padang… anak2 memang macam ni kan… gaduh2 kejap jer…

IMG_9632


Yang tak tahannya budak2 ber3 ni, kalo depa bersembang sesama depa.. depa akan bahasakan diri sendiri “SAYA” “AWAK”… kadang2 gelihati juga.. kadang2 rasa comel jer.. bahasa standard. Thumbs up


Btw, setiap hari pun ibu masih berusaha supaya anak2 ni tak bergaduh teruk2.. Ada yang kata baik beri ganjaran untuk spend time dengan ibu.. tapi tak sesuai dengan situasi ibu yang 24 jam di rumah & most of the time memang anak2 dengan ibu jer.


Anak2 sangat suka ganjaran.  Thumbs up ibu tak boleh juga nak beri ganjaran yang pelik2 pada anak2.. contoh kalo sapa baik, tak bergaduh, nanti beri itu ke, ini ker. Ganjaran yang melibatkan RM@$$$ ni memang tak leh nak amalkan. Selalu ganjaran yang depa dapat adalah ‘dapat pergi rumah opah nasi lemak” @ “hari minggu boleh ikut ayah pegi rumah opah santan” Cuma pilihan ke2 ni kena tengok mood en ayah ler.. tapi kalo ibu tahu en ayah ade urusan nak amik kelapa ke kat Ulu Kinta, memang amik kesempatan supaya ayah bawa anak2 sekali. jadi tertunai lah janji ibu pada anak2…


Fikri dia suka request “hari ni abang baik, esok ibu kena masak kek @ masak sedap2 untuk abang” huhuuu.. Confused smile  Fikri ni memang suka request nak makan apa, si anak dara ber2 tu ikut jer apa abang cakap.  Selalunya takde lah dan-dan tu granted kan.. ibu kena slow talk juga dengan anak2, nanti ayah beli barang, baru ibu masak @ buat. Bila cakap macam tu., dan2 tu tunggu ayahnya balik, bila ayah sampai jer terus tanya ayah beli tak itu, beli tak ini… Smile with tongue out

Actually ada few tips yang dicadangkan jika kalian baca artikel Sibling rivalry tu.


Dan ini tips yang ibu dapat dari seorang sahabat juga seorang ustaz.
  • amalkan selalu solat bersama anak2… cium dahi anak2, baca selawat & usap kepala anak2 setiap kali selesai solat.  budak ber3 orang ni memang suka dicium dahi lepas solat.. berebut2.. Smile with tongue out
  • hafal surah yusuf ayat 1-5.. sila hafal yer.. ayat ke4 surah Yusuf dikatakan ayat pengasih. Smile with tongue out

surahyusuf1-5

credit pada ustaz Shahril Aidi

Btw, niat kita sebagai ibu adalah untuk anak2 agar mendengar kata, lembut hati  & mereka saling sayang antara satu sama lain.. walau apa keadaan, tetap ingat pada ibuayah.. caranya, boleh dibaca sewaktu memasak makanan untuk anak2… dibaca semasa membuat air minuman untuk anak2..

Cuma si ibu kena istiqamah amalkannya… tu pasal ibu cakap, hafal dulu betul2.. terkial2 juga ibu menghafal… tak tipu.. kalo tak gigih memang FAIL la..


p/s
kalo suami sedang badmood pun buleh juga amalkan ini… buat le air kesukaan dia.. & bacakan ayat ni.. tapi jangan le terkumat-kamit depan en suami yer.. baca dalam hati jer..  Winking smile niat kita untuk kerukunan rumahtangga, Thumbs up  bukannya nak mengikat hati suami macam orang yang main calit minyak senyonyong tu.

suami2 yang ade terbaca n3 ni.. buleh juga amalkan.. elok kalo si ayah yang amalkan untuk kebaikan anak2 & keluarga.. sebab mengasuh dan mendidik anak2 ini bukan tugas isteri semata2.. bukan apa, suami2 ni kadang2 lupa.. bila dah 5-6 tahun berkahwin & anak dah berderet, jadi terlupa dengan keperluan emosi & rohani anak-anak.




salam kasih sayang buat semua…

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .