Monday, May 31, 2010

Giveaway by Mummy's Review

.
Salam buat semua,


Ibu mencuba nasib dengan giveaway ini pulak..




Giveaway ini anjuran Mummy's Review, yang juga merupakan owner kepada Moo Moo Kow

hadiahnya :
bernilai $40 (nilai wang Singapura yaa..)

Mint Green - SNAP
one Moo Moo Kow™ One-Size Cloth Diaper (boleh pilih mau yang aplix (velcro kot) @ snap)
DAN
Moo Moo Kow Bamboo Cloth Wipe
two bamboo cloth wipes,

Giveaway akan tamat pada 6 Jun 2010. Kalo teringin nak join, meh klik logo kat bawah ni.. direct link ke Mummy's review


Add caption

note :
1. Thanks to Hanz sebab sudi tinggal kan komen tentang giveaway ni di n3 yang lepas.
2. This is my 1st attempt hunting for cloth diaper value worth more than RM30.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

CD pun macam DD juga.. ada jenama, mutu & harga tersendiri

.
Salam hari Isnin buat semua..

Hari ini ibu cuba untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan cloth diaper ni.. actually ramai juga yang bertanya soalan-soalan2 ni.


24 May 10, 20:28










suhana shahril: kakyong,ritu ada tgk siaran nasi lemak kopi o,Lunatots promo brgan dia. Nak tanya lah, kenapa ada setgh CD reganya hampir mencecah RM50, ada plak yg jual dlm RM15-25 jer.Ada beza ker?

24 May 10, 20:29










suhana shahril: Dok tgk ada byk jenama dlm pasaran tp rega berbeza2,bole tak dpt penerangan serba ringkas ke kakyong ada tulih n3 psl ni tp ana terlepas pandang


okey, ibu high-lightkan biru-striking  point penting yang ditanya.

Actually, ramai yang bertanya ibu soalan yang sebegini. Jawapan spontan yang boleh ibu beri adalah - macam disposal diapers jugak lah, ade yang murah ade yang mahal.. yang takde jenama @ jenama tesco tentulah murah.. dalam 40 sen jer 1 keping. Jenama macam Mamypoko, Huggies - mahalkan?!! 1 keping boleh jadi RM1++ @ RM2.. sebab apa... tentulah kualiti bahan yang berbeza @ lebih baik & juga sebab jenama. Jenama pun ade harga tau.. boleh diterima ke jawapan ni....??!!!

Ibu ni sebenarnya tak pandai nak ulas dengan terperinci hal ni.. sebab pengalaman ibu dalam bidang cloth-diapers ni baru setahun jagung. Lagipun, ibu hanya guna cloth-diapers yang murah.. (CD yang dijual below RM30 adalah dalam kategori murah, okeh.. semua orang mampu-beli)). Belum pernah lagi mencuba CD yang kategori premium mampu-beli (range harga RM40-50), apatah lagi kategori eksklusif mewah (range harga RM50 keatas). 

Oppss, sila ambil perhatian kategori tu hanya definisi ibu ya.. orang lain punya definisi mungkin berbeza.. tengok poket masing2 lah yer.. Ibu ni kategori ibu-SAHM-yang-masih-berusaha-mengupgradekan-diri-menjadi-WAHM. Jadi, poket ibu masih 'kempis'.. kalo mencari baju pun, seme di deretan gerai pasar malam lagi.. 

Walaubagaimanapun, ibu cuba untuk memberi sedikit panduan untuk ibu2 yang belum ber'CD' tetapi berhajat nak ber'CD' & tak tahu pula nak bermula dari mana. Btw, please ya.. ibu pun masih lagi dalam tahap-belajar pasal CD ni, jadi penerangan ini mungkin tidak lengkap.


1. Ukur poket sendiri.

Dengan bahasa mudahnya, jika anda biasa DD kan anak anda dengan DD berjenama like Huggies @ Mommypoko.. jadi anda mungkin dalam kategori premium mampu-beli atau mungkin juga kategori eksklusif mewah. So, anda takkan berkira untuk berbelanja membeli CD yang berjenama @ nampak eksklusif. 

Jika anda memang jenis kedukut & sangat berhati2 dengan wang yang anda belanjakan, maka mari lah geng dengan ibu.. kita mulakan dengan CD yang mampu-beli dulu. 


2. Buat research tentang cloth diaper.

Macam yang ibu pernah mentioned dalam post/n3 yang INI
Jadi, pada yang baru2 nak menjebakkan diri dengan cloth diaper ni, sila buat kajian @ study @ research terlebih dulu ya.Bukan apa, ada baiknya cari ILMU tu dulu, supaya nanti tidak lah kita berada dalam kumpulan yang 'suka2 nak ikut2 orang, hanya kerana orang lain berCD, maka kita pun sibuk nak ber'CD'.

Macam mana nak mulakan research?

1. Boleh mulakan dengan mengenali material yang digunakan untuk membuat CD.

2. Kenali jenama CD. Sila juga ambil tahu jenama tertentu datang dari tempat berbeza, jenama murah seperti Coolababy/babyland/Rainbow BB adalah dari negara China, yang mahal2 harga lebih RM50-100 boleh jadi berasal dari negara Eropah/US. 

3. Kenali jenis CD - jenis poket ada yang berbutton & velcro. Ada yang jenis AIO (all-in-one) - insert sudah dijahit sekali. Cuba biasakan dengan term2 CD - button, velcro, AIO ini.

4. Kenali jenis insert, insert pun ada macam2 tau.. link ini mungkin menbantu.. sila klik type of insert
Sila membiasakan diri dengan term seperti mikrofiber, fleece, bamboo, hemp, cotton dsb. 

Bila dah kenal jenis2 CD & jenama.. jadi tentu dah boleh buat keputusan nak guna CD jenama apa.


3. Baca review tentang CD

Review CD ni boleh dalam pelbagai.. mungkin pro & con sesuatu jenama CD. Mungkin juga cara penjagaan, cara untuk menggunakan,  dsb. Anda boleh google jer dengan key-word 'cloth diapers review'. Macam2 yang kalian akan jumpa, so masing2 dah besor kan, dah jadi mak2 orang.. so sila buat penilaian & judgement sendiri, sambil minta pandangan kawan2 yang sudah otai ber'CD'.

Ibu selalu menjadi 2 orang kawan blog ibu ni sebagai inspirasi.. walau depa berdua ni tak sama kelas/kategori ber'CD' dengan ibu.. nak tahu lanjut.. sila ke blog ibu2 ni yang kedua2 nya memang hardcore on green-living-parenting... sila klik nama depa ya .. NAD & HANZ..
'


4. Kenali tempat anda ingin berbelanja

Ada banyak kedai online.. so, sebagai langkah bijak.. buatlah perbandingan harga. Banding harga ikut jenama yang sama tau. Jika ingin bermula dengan jenama Coolababy, maka search kedai online yang jual CD Coolababy. Coolababy pun ade bermacam jenis. Kalian akan jumpa lain kedai, lain harga nya.. walaupun ia jenis yang sama. Kenapa? boleh jadi harga tersebut sudah termasuk harga pos.. boleh jadi juga, empunya kedai mendapat stock pada harga kos yang sedikit mahal. Untuk belian yang berbaloi.. pilih lah belian pakej. 


Untuk menjawab pertanyaan Ana, kenapa ade yang dijual pada harga RM15-25
  • boleh jadi ia adalah CD preloved (sudah pakai, bukan baru)
  • boleh jadi juga ia CD jahitan sendiri yang perlu kepada CD-cover (seluar-getah), sebab dibuat daripada kain flannel/cotton yang kalis air @ boleh bocor.
  • bolej jadi juga CD jenama murah yang empunya kedai online mendapatkannya pada harga kos yang sangat2 murah. eg beli 500 pcs dapat harga dalam belasan ringgit. 

Jika anda masih tak puashati dengan penjelasan ini, sila lah bertanya soalan ya.. nanti ibu cuba jawab.. 





Create your own banner at mybannermaker.com!
akhir kata, jemput lah ke kedai ibu.. 





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, May 30, 2010

Poin Goveaway Catatan Ibu : Jan-Apr 2010

.

Salam semua,

Poin giveaway yang telah basi... huhuu.. sorry ya, amik masa lama baru nak announce kan... sungguh tak best kan, jadi penganjur macam ni..




klik utk imej lebih besar..
Ini adalah senarai poin terkumpul.. terima kasih semua.. Ibu cuma tayang 16 yang tertinggi jer ya..


Buat yang baru berkunjung ke kakyong-dot-com, giveaway ini dah lama anjurkan sejak Jan 2010.. berakhir pada 30 April 2010 yang lepas.. 


Jika ikut janji - hadiahnya adalah 1 keping bookmark cross-stitch, untuk 3 pemenang poin tertinggi. Insya Allah, dah nak hampir siap.. nanti akan diposkan.

Tapi sebab dah terlebih rajin, ada 1 extra cross-stitch bookmark.. 
jadi kak nza juga termasuk dalam senarai pemenang..

Ibu sudah ada alamat 3 pemenang teratas.. jadi hanya alamat kak nza jer yang belum ada.. nanti kak nza tolong emailkan ke kakyong72@gmail.com.

Tahniah pada yang berjaya..

Ibu akan teruskan aktiviti mengira poin, cuma dari May onward.. poin hanya untuk mereka yang meninggalkan komen di kotak komen sahaja. Mulai May tiada komen terkumpul, siapa yg komen tertinggi bulan tersebut akan dapat 1 cross-stitch bookmark. 


Tiada sebab istimewa kenapa nak teruskan .. just sekadar penghargaan kecil, juga untuk ibu supaya tetap rajin menjahit cross-stitch.










kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Oven mikrowave ku sudah jadi 'gajah-putih'

.
Salam hari minggu buat semua

Seharian hari ini, ibu & keluarga tiada di Ipoh.. kami hari ini berada di Lenggong.. meraikan adik sang puteri bertunang



Add caption

Mikrowave oven ini adalah hadiah kahwin.. pemberian syarikat.. pernah guna beberapa kali jer.. tu pun hanya utk nyahbekukan lauk dari freezer, juga untuk memanaskan lauk-pauk.

Kadang2 teringin nak buat kuih raya guna mikrowave.. tapi tak reti nak adjust... sayang betui bila menda ni akhirnya jadi gajah putih jer..

Jadi, ibu nak minta jasa baik kawan2 atau sesiapa jua yang melintas di entri ni..
SILA TOLONG KONGSI DENGAN SAYA, CARA-CARA NAK GUNA MIKROWAVE OVEN NI DENGAN BETUI.. 

Ibu suka masak, tapi yang simple2 yang mudah disediakan.. jadi ..
SILA TOLONG KONGSI DENGAN SAYA, RESEPI/MENU YANG MUDAH ITU... 

Pokok daun nya, saya akan sangat2 suka sambil senyum sampai ke telinga, bila anda sudi berkongsi TIPS untuk meMAKSIMAkan penggunaan oven mikrowave ini... 

Anda boleh tinggalkan komen di kotak komen @ buat entri di blog anda dan tinggalkan permalink anda di kotak komen ini. Saya tidak akan 'gam-gajah'kan entri ini.. tapi saya akan letak banner di side bar.. selagi side bar itu masih ada, bermakna saya masih menanti tips2 menarik dari anda..


Ada HADIAH... ya ya ya.. saya sekarang memang dalam mode untuk memberi hadiah... 






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, May 29, 2010

Jawapan teka foto CD

.
Salam malam minggu,


Susulan daripada n3 yang INI.

Jawapannya adalah :

13 CD + 11 insert @ 
11 CD pocket + 2 CD AIO + 11 insert






klik foto utk imej lebih besar
pada baris 1 (bawah sekali) ada satu CD AIO - yang warna oren tu
pada baris 3 : ada satu CD AIO - yang warna merah 



Memandangkan yang meneka hanya 2 orang sahaja. 
Maka 2-2 kawan ibu ini , Wan Anie & Yan, blog depa ibu akan review.
bermula minggu depan ya.. sebab weekend ni tak berada di rumah.. 


SELAMAT BERMALAM MINGGU UNTUK SEMUA.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

hari-hari mencuci CD (cloth diapers)

.
Salam ceria,


Ibu sekarang ni mencuci cloth diaper 1 hari 1 kali.. sekali cuci jumlahnya lebih kurang dalam gambar kat bawah ni. La ni Anis masih berCD.. Anis cuma 1 bulan jer CD-less... mulai 16 April Anis minta nak pakai CD semula. 

Baru dalam 1 minggu ni, ada masa2 tertentu Anis dia tak nak pakai CD.. pakai seluor jer.. jadi sekarang ni untuk Anis, pakai CD adalah atas permintaan dia. 



cuba teka berapa insert & CD pant yang ada dalam gambar ni..??? saper yang pertama teka dengan betul.. akan dapat 'hadiah' ... di review blog & dok dalam carta bergerak selama 1 bulan... suka tak?!!





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, May 28, 2010

Lucky winner giveaway.. lupa nak announce

.
Salam ceria semua kawan-kawan ibu,

hari tu ibu menang contest aliya makan comot-comot tu. dah kabo kan..

Ada lagi yang ibu baru menang, tapi asyik lupa jer nak buat entri... actually bukan lah menang , cuma berTUAh jer.. sebab terpilih...


Yang ini, ibu join Giveaway Haiza @ Mama Damia. Giveaway Haiza ni memang takde buat entri, cuma tinggalkan link blog jer.. dan pilihan telah dibuat oleh si cumil Damia... klik pada foto untuk tahu gelagat damia membuat cabutan bertuah...

Add caption
Ibu nak ucapkan TERIMA KASIh pada Haiza, sebab maklum kan di kotak sembang... result dah announce pada 12 May 2010.. & ibu cuma perasan pada 22 May 2010... huhhh, sebagai langkah pembaikan, ibu telah buat list giveaway & bila due date nya.. so bila sampai masanya, harus lah ibu follow-up.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Anak-anak melepak di rumah opah santan

.
Salam ceria,


Ibu sekarang ni dalam mode malas menulis... sila lah layan foto jer yer...

Add caption
ini le rumah opah santan Anis... cantik tak.. pokok bunga yang segar bugar mekar tu - hasil tangan atok-santan.. my FIL memang pandai jaga pokok bunga.. lebih lagi pokok orkid..


Add caption
pandangan dari sisi lain.. kat belakang tu atok-santan tengah bakar sampah... atok, pencemaran udara la tok... huhuuu



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, May 27, 2010

Sesekala bawa anak-anak makan pagi di kedai

.
Salam bahagia buat semua,



klik utk imej lebih besar
Kejadian ini berlaku bulan April yang lepas. En ayah bawa anak-anak sarapan di Batu 8 Ulu Kinta. (tak mandi pun lagi masa tu). Kedai ini sebenarnya terletak di sebarang jalan Institut Pendidikan Guru Ipoh, Ulu Kinta. Selalunya kalo hari minggu seawal pagi akan ramai lah bakal cikgu-cikgu juga komando & polis dari kem Ulu Kinta sarapan situ. 

Bila tengok foto tu... anak2 dok atas bangku.. ala2 cam zaman 80'an - 90án dulu... rasa macam kat kampung pulak... actually Ulu Kinta ni pun masih lagi kuat ciri2 kampung & kehijauan.





anis sibuk kan cat.. siap nak turun nak tengok cat.. aliya pula dia dok diam-diam, bangku tu tinggi.. takut jatuh.. 
ni le muka anak-anak tak mandi, tak sabar2 nak makan.. en ayah tapau roti canai dari kedai lain untuk anak-anak. Ibu makan keateow sup.. & en ayah makan keateow goreng. 




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Ranking hari ke5 - 6 & statistik seminggu

.
Salam buat semua,




here is another tayangan perdana  statistik kakyong-dot-com... suka suki jer nak rekodkan..

ini rank pada hari ke 5


klik untuk imej lebih besar

ini pulak rank hari ke 6.. sangat memberangsangkan..

klik untuk imej lebih besar


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

CUTE PINK BABIES CONTEST

.
Salam ceria semua,


Lewat malam tadi tengah fikir nak buat pasal fikri.. pastu selak2 foto lama ternampak foto Aliya ni.. terus teringat ade contest baby in pink... terus simpan dulu entri pasal fikri, buat entri contest dulu.. sebab tarikh tutup nya 28 May 2010.. ohhooo, memang sudah sangat2 last minute.


Add caption
nama : Aliya Nadhirah binti Sharul Ainal
umur : 1 tahun 10 bulan
tarikh lahir : 18 Julai 2008

PESANAN BUAT ALIYA
~ buat Aliya yang semakin hari semakin nakal, semakin riang dan semakin suka ajuk kakak & abang, ibu harap Aliya akan terus jadi anak yang riang, rajin baca buku.. rajin tolong ibu di dapur.. juga rajin solat ya... 



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, May 26, 2010

Graduate dah lebih 10 tahun, tapi hutang masih belum langsai

.
Salam petang Rabu semua..

Malam ni ada Roda-roda Kuala Lumpur.. anak2 memang tak pernah miss dengan drama Roda-roda Kuala Lumpur nih. Kalo nampak polsi trafik di jalan, sure jerit kuat2.. 'ibu, roda... roda... ' Bila ibu cakap, 'itu polis trafik lah abang'.. fikri 'bukan. Roda lah tu'

Berbalik pada tajuk entri ni..


... bosan laaa.. dah 10 tahun asyik terima surat ni.. ingatkan dah tukor alamat, xde lah surat ni lagi.. rupanya MARA pun pandai dah, trace guna MyKad..
Imbas kembali leblih 15 tahun yang lepas, MARA ada offer loan tambahan untuk beli lappy. Masa tu lappy mahal weiiihh, so MARA bagi pinjam antara RM5-6k. Tapi ibu tak amik, sebab pada ibu pc di lab komputer masih cukup.. walaupun lab selalu student ramai tapi belum pernah lah sampai ibu tak sempat nak taip assignment.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Ajar anak makan berjamaah

.
Salam ceria hari selasa,

Jika kawan ibu yang dah follow blog ibu ni sejak tahun lepas, pasti perasan, tahun lepas banyak foto anak2 makan di meja makan. Tapi tahun ni semua makan di bawah & acapkali nya makan berjamaah.



Add caption

Sebenarnya sukar juga nak mengajar anak-anak ber3 ni supaya boleh berkongsi makan sepinggan.. so far belum lagi beli dulang.. tapi pinggan yang besor ade le 2-3 biji.. jadi guna pinggan besor jer lah..



Add caption
Masa peringkat awal tu (ibu mula ajar makan berkongsi ni pada bulan Nov/Dec 2009.. masa tu aliya pun dah 1 tahun 4 bulan.. memang dah tahap nak makan @ nak buat semua sendiri. Memula tu memang bergaduh juga, nanti si kakak tarik pinggan, pastu abang pulak tarik pinggan.. sudahnya makanan jadi bertaburan.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, May 25, 2010

Jom Kenal Kawan Ibu : Daily rambling of Cybermummy™

.
Salam ceria & salam bahagia,

Hari ini mari kita berkenalan dengan kawan ibu yang berada di seberang tambak.. tambak mana lagi, Tambak Johor lah.

klik sini




Nick blog beliau adalah cybermummy. Ibu ni macam ingat2 lupa camana & bila ibu kenal cybermummy nih.. tak silap mungkin dalam bulan Jun @ Julai 2009. Ibu ingat masa tu ibu ada terbaca beberapa entri seram di blog beliau. Pastu jenguk lah on & off, best jugak kan dapat kawan dari Singapura.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Ranking selepas 4 hari kakyong dot com bersiaran

,
Salam bahagia untuk semua,


ini untuk rekod juga ya.. sila jangan muntah darah... sebab ini memang syiok-syiok sendiri semata-mata...


klik untuk imej lebih besar
ini ranking pada hari ke3 kakyong dot com bersiaran.. x tau camana dia kira...


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sejauh mana kita arif tentang pemakanan anak-anak

.

Salam ceria & semoga berbahagia selalu..


kerjasama makan sama-sama

Ibu actually google pasal tajuk/point lain.. tapi terjumpa artikel tentang pemakanan anak2 di Anakku.my -->Faktor pemakanan anak menjadi pintar. 

Ibu quote kan di sini bahagian yang penting.. mungkin ramai ibu bapa yang dah tahu.. tapi ini untuk peringatan diri ibu sendiri.. almaklumlah kadang2 kerap juga menyediakan makanan segera untuk anak2.. contoh burger, sosej,
Makanan terbahagi kepada dua kategori iaitu makanan neurofilik dan makanan neurotoksik. Makanan neurofilik adalah makanan yang akan merangsang perkembangan otak dan saraf. Manakala makanan neurotoksik adalah makanan yang meracun otak dan saraf.

Makanan neurofilik adalah seperti ikan, kekacang dan kekeras, bijirin, sayuran, buah-buahan, kismis, tamar, kurma, susu dan makanan dari susu, ayam, gula semulajadi (enau), koko atau coklat, belalang kunyit, majerin sayuran, minyak sayuran, beras warna coklat, roti mil penuh, ubi kentang, ubi keledek, madu lebah, daging tanpa lemak, makanan laut yang mengandungi iodin dan telur.

Makanan yang disenaraikan di atas adalah makanan yang boleh mencerdaskan fikiran, menjadikan seseorang itu rajin, mencerdaskan akal, meningkatkan daya fikir, kreatif, menajamkan tumpuan dan ingatan, menghilangkan rasa resah, runsing dan takut, meningkatkan semangat serta menghilangkan bosan.

Sementara makanan neurotoksik adalah seperti aiskrim, air berklorin, cuka, asam, jeruk, biji dan ulam gajus, biskut dan kek, buah pala, kepala ikan, kicap dan garam, gula, kopi dan teh, makanan yang berminyak, belacan, budu, cencaluk, dadah dan makanan segera serta makanan ringan.

Makanan-makanan di atas akan menyebabkan mengantuk, malas, hilang ingatan, lupa dan gangguan emosi. Ini bukanlah bermaksud anda tidak boleh mengambil makanan neurotoksik, tetapi adalah memadai anda mengambilnya dengan jumlah yang sedikit.

ulasan ibu :

1. untuk makanan neurofilik -- yang ibu warnakan oren itu belum pernah lagi ibu beri pada anak2.. terutama belalang kunyit. Kalau masa kecik2 dulu selalu la juga adik-adik dok cari belalang kunyit ni.. tapi ibu tak pernah terbuka hati pun nak makan belalang kunyit... tengok orang makan ade lah, tapi diri sendiri... uwaaa, tak rela.. baru tau rupanya belalang kunyit ni antara makanan yang bisa merangsang otak anak ke arah yang positif.. apa lagi.. mak2 ayah, lepas ni balik kampung, bawa la jaring (net macam tangkap rama-rama tu) siap2 ajak anak beriadah sambil cari belalang kunyit.

2. beras warna coklat/beras perang - ibu masa bujang dulu suka makan beras ni.. tapi la ni kalo nak beli, en ayah akan cakap mahal.. lagipun dia tak suka.. en ayah tak suka, tapi beras tu baik khasiatnya... pasni leh la kot pujuk2 beli kampit kecil..


3. Lepas ni harus la dikurangkan belacan dalam resepi nasi goreng.. dikurangkan bukan ditiadakan... huhhh, camana nih, en ayah kalo nasi goreng takdak belacan, jadi macam hilang selera jadinya. Sosej & burger, ni selalunya en ayah beli 1 kali dalam tempoh 2 minggu.. 1 kali beli hanya 1 pack 10 pcs tu.. agak2 kena berhenti terus ka... uhhhh...

4. Kicap -- rumah ibu ni kalo takde kicap memang tak sah.. en ayah memang 'hantu kicap'.. anak2 kurang makan kicap, tapi kalo en ayah yang amik turn suap anak2 makan.. memang ber'kicap'lah.. gulai kari pun berkicap, asam pedas pun berkicap... 

5. Biskut pula memang antara stock yang selalu ada, at least 1 tin 1 bulan. Kami biasa beli biskut jacob, samada high-fiber @ weatmeal. Biskut jacob ni tak manis, tapi termasuk dalam kumpulan neurotoksik jugak ke?... Kadang2 beli juga biskut Marie.. tapi biskut timbang jarang lah beli sebab manis. 

6. Kek memang sangat2 jarang.. tu pasal lah anak2 selalu minta sebab selalu dok nampak dalam iklan tv, tapi ibu selalu buat derk & asyik tangguh jer.. tapi kalo pandai buat kek sendiri, senang lah sket.. buleh adjust sendiri kandungan gula..

7. Kopi & teh --> ni memang minuman harian kat rumah. Selalu pagi2 ibu buat milo untuk Aliya. Anis & fikri pulak selalu request nak Teh.. & fikri pulak selera orang tua, kadang2 tu dia akan request nak minum kopi... kalo tak dilayan maunya ngamuk2..

8. Kismis & tamar - kalo kismis tu selalu beli 'kismis doa' tu.. beli kat pasar malam.. Aliya memang suka, Anis & fikri pulak terpengaruh dengan Aliya.. sebab Aliya suka makan, depa pun sama nak berebut.. Tamar/Kurma -- kenapa kalo bukan bulan Ramadhan susah sungguh nak cari..??!! Sapa nak tolong jawab... 


Panjang lah bebelan & repekan ibu nih...  supaya kita sama2 dapat didik anak dengan lebih baik & mencari panduan yang bersesuaian dengan pendidikan & pengurusan psikologi anak-anak..boleh saja layari website Ratuhati.com, Anakku sayang dan mungkin ada banyak lagi forum yang ibu sendiri belum explore.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, May 24, 2010

Fikri dapat kasut baru

.
Salam ceria hari isnin,



minggu lepas, en ayah kuor ke tesco dengan anak2.. ingatkan boleh lah 2-3 jam ibu kat rumah sorang2.. rupanya tak sampai 1 jam depa seme dah balik... huhhh, sempat kemas rumah sikit jer.. ibu rasa dah cukup panjang list barang yang ibu beli.. ayah kata anak2 dah tau kat mana nak cari barang.. tu pasal kejap jer dah selesai urusan shopping...

Add caption

.... dan ayah belikan fikri kasut.. dah hampir 2 tahun fikri pakai selipar/sandal jer... kali terakhir kami beli kasut masa dia umur 1 tahun lebih.. bila kasut tu dah tak muat, en ayah dah malas nak beli kasut baru untuk fikri...




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

bihun goreng singapura kah ini

.
Salam pagi isnin,


kalian dah sarapan..???


Ini sarapan minggu lepas... konon2 nak buat bihun singapura... jengah dalam freezer, udang takdak, sotong takdak.. ayam pun elek... ishhh.. yang ade 2 ketul sosej..




ini lah hasilnya.. anak2 kutip sosej jer... abis jer sosej depa pun berhenti makan... ish ish....


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, May 23, 2010

Tutorial : Masukkan kod Google Analytic

.
Salam ceria semua,



Sebelum ini (exactly pada tahun lepas), ibu pernah buat n3 tentang Google Analytic ni. Sila rujuk sini --> Analisa guna google analytical

So, kali ini ibu sambung tutorial untuk masukkan kod pulak. Memandangkan ramai kawan2 ibu yang bertanya, jadi ibu cuba untuk terangkan dengan cara yang mudah. harap2 mudah difahami.

**sila klik image2 ini untuk paparan lebih besar**



Okay kita mulakan tutorial dengan page Overview seperti diatas. Jika kalian sudah register dengan Google Analytic, sepatutnya anda familiar dengan page ini.

Jika belum create profile, sila klik no 2 tu. Add new profile tu maksudnya blog link anda, okey.

Jika sudah ada profile tapi belum lagi masukkan code GA, sila klik yang no 3 tu, klik Edit.



Sebaik klik Edit, page ini akan dipaparkan. Nampak tak hujung-atas-kanan : Check Status - ditepinya ada tulis Tracking not installed, --> maksudnya code GA belum lagi dimasukkan dalam blog.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Ranking selepas 2 hari kakyong dot com on air


.
Salam hari minggu..

Ini juga hanya untuk rekod semata2... just for my own tracking. 

Masa guna blogspot dulu tak buat tracking.. so kali ni sajer2 lah syok sendiri nak keep on tracking...




Record untuk day 1 bersiaran via kakyong dot com ada kat sini.



p.s
buat kawan2 yang baru follow, please keep your profile public.. or else memang tak leh nak nampak your link...



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, May 22, 2010

Sepetang di Pekan Lama Ipoh

.
Salam ceria semua,



suatu petang kami sekeluarga jalan-jalan ke Pekan Ipoh.. lama juga tak jengah pekan lama ni..
ini adalah Jalan Sultan Idris Shah.. Jalan sehala yang memanjang dari Bangunan Telekom di sebelah kiri, akan tempuhi beberapa traffic-light, akan jumpa bangunan Maybank hingga ke hujung jumpa Ipoh Parade.... lemah betui kalo dah jam 5 lebih ni.. memang time ni jammed.. di sebelah kanan adalah Bangunan Seri Kinta.. next time ibu snap foto bangunan Seri Kinta plak..


kami mengarah ke Pasar Besar Ipoh.. nostalgik tempat ni.. sebab dulu di situ lah terletaknya Supermarket yang happening di Ipoh.. iaitu Super Kinta... Superkinta ni dah jadi sejarah, dah tutup sepenuhnya tak silap pada tahun 2003/2004.. Bangunan warna biru sebelah kiri tu adalah Institut Informatic.. dulu ade staff yang belajor amik diploma CAT kat situ..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

KID’S FUN TIME CONTEST BY FUNZ-UNIVERSE & SIMFONIKASIH.NET

.
Salam tengahari sabtu..





Anak2 ibu memang suka main air.. rasanya dalam banyak2 aktiviti anak2 bermain ni.. main air lah yang paling seronok..
memang akan riuh rendah laman rumah dengan kerenah anak2 ibu yang bertiga ni..

btw, contest ni cuma cakap gambar anak (singular ya..), bukannya gambar anak2..

jadi ibu pilih foto Aliya yang ini..


penerangan foto :
dalam foto ni Aliya sedang golek2, main air dalam pool plastik di laman rumah.. seronok sangat.. siap jerit2 lagi... memang seronok main air dengan kakak & abang...

detail :
nama (for follower) : kakyong
nama penuh : Habibah Yahya
nama anak : Aliya Nadhirah binti Sharul Ainal
umur : 1 tahun 10 bulan
email : kakyong72@gmail.com

Jom lah sertai ibu meriahkan contest ni... due on 31st May 13 Jun 2010...



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Ranking sebelum bertukar ke kakyong dot com

.

Salam hari minggu semua,

Ini hanya untuk rekod semata2..


Ini adalah ranking terakhir Catatan Ibu - kakyong72.blogspot.com, beberapa jam sebelum berpindah domain. masih dalam lingkungan jutaan... tapi 1 juta ler..




Ini pula permulaan ranking untuk kakyong.com. 24 juta weiii, agak2 dalam tempoh berapa bulan buley sampai ke 1 juta...



p.s
semua post @ n3 lama masih ada kat blog sini.. tukor nama jer, tapi content masih sama..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, May 21, 2010

Bertukar ke kakyong.com

.
Salam ceria semua,

Akhirnya.. blog ini telah bertukar ke dot com.. lama dah memikirkan nya.. dan setelah dibuat timbangtara.. ibu akhirnya telah menjengah ke NetKl.com



Kalau berhajat nak bertukar ke domain sendiri.. tak kesahlah nak dot com, dot net, dot name (nama sendiri lah kot)... boleh jer semak dulu 'availability'.

Jika rasa mahu, boleh saja proceed... tapi sebelum proceed tu.. ni ade 2 option :

1. beli domain sahaja.. pelaburan RM29.95 untuk tempoh 1 tahun. atau


2. beli hosting, dapat domain free dan ade email a/c... pakej ni RM60 untuk tempoh 1 tahun.


Buat masa ni ibu rasa belum lagi nak ade email atas nama sendiri & masih lagi hosting under blogspot.com.. huhuuu.. kalo ade email dot nama sendiri best gak kan.. so, ibu beli domain jer..  btw, ibu dah pun bertanya dengan staff NetKL.. boleh live chat ya di website NetKL.. so sebelum buat keputusan apa, tanya la apa2 soklan yang nak tanya.. so far sangat membantu.



p.s
dah tukor nama ni, kenalah tukor header kan...

Note
untuk yang mahu beli domain dr NetKl & nak guna untuk blogger. Sila maklumkan/mesej staff NetKL, depa akan bantu you all untuk point kan domain ke blogger.. Kakyong tunggu 48 jam.. kalo tahu kena inform staff NetKL, by right dalam tempoh 12 jam kakyong.com dah boleh online. huhuhhh, tak per belajar dari kesilapan, lagi pun memang tak tahu.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, May 19, 2010

Tutorial : Bermain dengan font

.
Salam ceria untuk semua,

Untuk yang dah terer berblog, rasanya tutorial ni mudah bangat, so kalo dah tau, dok diam2 jer yer.. yang belum tahu @ yang agak2 tau tapi tak begitu pasti.. jom ikut.. memang mudah, hanya klik-klik jer. macam lah pandai sangat pun..

Actually, tutorial ni dedicated untuk Nadnye.. actually ibu yang cadangkan supaya Nadnye besarkan sikit font di entri blog... hehee.. bukan apa ibu ni yang bermata empat ni kadang2 gigih mengendap2 depan skrin untuk membaca entri.. kalo besor kan sikit pun rasa puas sikit membaca..


1. Masukkan ke blogger dashboard & create new post


klik untuk image lebih besar
 Ruangan yang dikotakkan oren itu, adalah semua fungsi yang berkaitan dengan font.. nak besorkan, nak warnakan, nak sengetkan @ nak potongkan, atau highlight kan perkataan dengan warna.

Untuk tukor jenis font.. klik jer yang di anakpanah-merah kan tu - Default Font .. pastu pilih la mana2 font yang kalian suka..



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Jom Kenal Kawan Ibu : Bicara hati

.
Salam ceria buat semua,

Sebagai pembuka kata, Insya Allah, selagi ibu terdaya & ade ilham nak menulis/menaip, selagi itu lah segmen Jom Kenal Kawan Ibu ini akan diteruskan. Ibu akan tulis ikut suka-hati ibu.. suka-suka jer nak citer @ gebang pasal kawan ibu.. hanya dari pandangan hati /  mata kasar ibu... Ibu pilih ikut random.. sapa yang terlintas di hati ibu.. so, dia lah yang terpilih..

Jika ikut jumlah kawan ibu aka Followers sudah ada 350++. Terima kasih ya pada kawan-kawan yang sudi jadi kawan ibu & follow blog ibu yang tidak seberapa ni.. http://www.emocutez.com

Di kakyong's bloggerlist ada lebih kurang 500++ blog list.. huhuuuhh.. hampir 300++ adalah blog list ibu-ibu.. memang tak daya nak jelajah ke semua blog... 1 hari dapat jelajah 10 - 15 blog pun rasa cam nak pengsan.. http://www.emocutez.com


Jom kenal dengan empunya blog Bicara Hati.


klik untuk image lebih besor

Ibu pun tak ingat camno leh terberkenalan dengan Nadiah.. mungkin melompat dari blog Dayah

Lama juga dah kenal dengan Nadiah ni.. kenal dalam blog ajer lah.. sejak penghujung Jun 2009.. nak hampir 1 tahun dah.. kejap jer masa berlalu kan.

Masa baru kenal tu, Nadiah baru jer sampai ke Lincoln.. kalo nak tahu Lincoln tu kat mana.. Nadiah buat apa kat sana..  & jika ingin kenal dengan Safiyyah yang comel,chubby, sweet, bijak.. sila lah jengah ke blog Bicara hati.

Nadiah ni kan memang sangat rajin beramah-mesra dengan kawan2 blog, rajin blogwalking.. kalo ikut rekod, sejak awal kenal hingga lah kini.. Nadiah memang among Top Komentar di Catatan Ibu... tengok jer poin Giveaway Catatan Ibu.. Nadiah masih ambil tempat teratas.. cuma bulan Mar 2010 tu surut sikit poin nya.. ada problem dengan internet connection kan masa tu Nadiah.. Jadi tak rugi tau jadi kawan Nadiah ni..  http://www.emocutez.com

Pasal layout or presentation blog --> takde komen.. okey jer pada pandangan mata ibu. Loading pun cepat. Yang penting boleh baca post & tinggalkan komen.

Hopefully persahabatan di blog ini akan berpanjangan & berterusan.. semoga dapat bersua muka suatu hari nanti.. ada 2 tahun lagi kan Nadiah di rantauan.. 

Jika suka baca kesah rakan2 di rantauan., sila lah jangan malu untuk jelajah ke blog Nadiah... ibu suka.. suka sangat, sebab tak pernah ada peluang kan.. so baca pengalaman pun terasa macam ada kat sana... ya lah tu...


foto ini di'kidnap'dari blog Bicara hati...


suka dengan foto ni.. baby & nature...
Safiyyah cari apa tu...??!! 



p.s
pasni sapa plak nak kena.. kena baling dadu kot..
jika mahu blog anda masuk dalam segmen ni.. sila lah bodek ibu ya... hihiii..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .