Friday, July 31, 2009

208 rama-rama di perut ku

"I had butterflies in my stomach. I don't know why I was so nervous-maybe because I don't know how to pronounce half the lines I have to say today. They're in some made-up language." - -- Alyson hannigan

I'm nervous and anxious at the same time... why... :-/

  1. Contest Catatan Ibu akan UP esok.... keep wondering how the feedback will look like...?!!!
  2. I'm not yet finalising my accounting jobs on-hand.... :( I feel really sick looking at all the numbers & papers... my dateline already overdue... I know, there are people out there talking about my 'slowness' in finishing this job... ohyeah, I know no more job for me after this from them... * I rather not having any accounting job if the documents is teraburan & rekod is not proper *
  3. the next accounting job from this lady.. dunno know when to start.... arrangement untuk collect documents pun belum lagi, dah pikir bila boleh buat... ;) *too much thinking also not good*

So rasa2 nak pikir & cerita tentang hal lain lah.. konon2 nak hilang kan rerama diperutku ini..

beberapa hari lepas, kakyong rasa2 macam ade terbaca tentang dotdotdot.... tak ingat di blog saper, tapi it's part of the comments.. *daku kan memang suka skodeng komen2 diblog kawan2 walaupun yang beri komen tu daku tak kenal*

dotdotdot tu merujuk kepada isu ~~~ bila x-gf suami or x-bf isteri cuba2 nak skodeng @ bersilaturrahim semula dengan si-x nyer.... ;) ;) ;;) ;))

Agak2 apa kah reaksi kalian jika berada dalam situasi begini... x-gf suamimu tiba2 berminat nak bertanya khabar suami mu... adakah kalian akan melenting... cool.. buat2 tak kesah tapi sebenarnya kesah sangat... cuba berfikir positif & terbuka.... atau serang si-x. ??? :-/

bagaimana pula kalo kesah tu the other way around... ur x-bf plak yang nak bersilaturrahim dengan you... you dare.. agaknya apa yang kalian akan buat... buat2 biasa jer.. anggap macam kawan jer, lagipun you tak kesah sebab dah takde hati kat dia pun..... you rasa terganggu... you rasa bersalah dengan suami... you jadi tensi... pernah tak terfikir apa akan jadi kalo wife dia tahu... ntah2 wife dia akan serang you.. wife dia tetiba jadi kawan baik you.... haaahaaaa... banyak kemungkinan kan... :D

As for my case, it's has over for almost 17-18 years ago. Even as at now & today, there are still some old friends from MRSM *which normally communicate in FB* yang keep teasing me about it. SO, mau tak mau pun.. they 're still few friends yang keep updating me about him... where he works, where he live.. how his wife look like.. how many kids he have... actually takde lah nak amik tahu sangat pun, tapi dah orang bercerita.. kita dengor jer lah kan.

heheh... mengimbau cerita lama lah pulak... ade ke orang nak baca ni.. *please take it as a positive lesson okay* ;) ;) ;;)

Kalo dikenang masa memula break-off tu memang le sedey... bertahun jugak ku membawa hati.. :p masa tu masih di matrik lagi.. pastu masa 1st year kat UUM, kalo ade sesapa yang ala2 nak ngorat tu memang sengaja di jual mahal2... :))

masa 1st year tu, selalu gak ler layan hati dengan lagu2 Belinda Carlisle.. lebih2 lagi lagu ni.. 'Leave a light on for me'.. masa tu umur baru cecah 20... merana juga oooiii... :p

kualiti lagu ni tak sebagus seperti dalam tape.. tapi boleh la.. kalo you all dapat dengar la...

selain tu melayan juga lagu ni... klik pada link ni Heaven is a place on earth & Circle in the sand

untuk mengubat hati.. cheeewaaaahhh.... ku beraktif2 dengan segala aktiviti persatuan di kampus.. memula masuk AIESEC.. sampai dapat peluang jadi Pengarah Projek... glam tau bila budak melayu masuk AIESEC ni *masa zaman ku dulu tu laaa*

boleh kata life semasa di kampus dulu memang FULL dengan macam2 aktiviti.. lepas dah tak beraktif dengan AIESEC... kakyong aktif pulak dengan grup gamelan.. dapat peluang main gamelan untuk macam2 majlis universiti.. makan malam, konvo, perasmian kolej etc.. alat gamelan yang boleh main... gendang tu boleh lah sikit2.. kenong, peking & saron.. kromong boleh lah main sikit2 tapi yang kakyong kena main selama 2 tahun adalah gambang... alat daripada kayu yang panjang, ala2 macam xlophone (tak sure ejaan) gitu... merambu airmata nak belajor main gambang ni.. sebab alat lain pukul 1 kali jer.. tapi gambang ni kena 2 kali untuk 1 not.. alat lain 1 not dia 1 harkat tapi gambang ni setengah harkat jer... gitu lah perumpamaannyer... tak ke kena cekap gitu.. memang nangis2 bila disuruh main alat tu.. lelama kalo terlari not tu, hentam sajalah... heheh.. :))

nak tahu pasal alat2 muzik gamelan.. sila jengah sini.. dan sini

inilah alat yang dinamakan gambang... mau coba main...

Pastu ade lah lagi, kakyong jadi Setiausaha Kerja untuk JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej), jadi JKS (jawatan kuasa suaikenal).

Then ada lah lagi beberapa projek adhoc contoh DRATER (drama & teater) anjuran Grup estetika.. kakyong bukan ahli grup estetika tapi dipanggil @ diminta tolong untuk jadi Setiausaha... besar tau kepercayaan yang diberi.. lebih lagi nak buat DRATER inter-uni... best jugak lah, dapat tolong uruskan projek ni.. dapat kenal orang2 seni.. lain pesyen sket depa ni... hihiii.. :D lain lah cara student art ni berfikir berbanding dengan management student...

Kakyong beraktiviti 3 tahun jer... pastu 6 bulan praktikum.. then final year berehat2.. malas nak aktif2 dah...

ni ler foto gedik masa final year UUM, tahun 1996... umur masa tu umur 24 tahun....

well, back to topik... kalo terlalu ikutkan rasa putus cinta, frust menonggeng.. sampai makan tak lalu, mandi tak basah.. sebab terkenang2 kan si dia.. & terusan melayan jiwa & tertanya2.. "kenapa la dia tinggalkan aku" " apa salah aku" " sampai hati dia buat kat aku macam ni" .. memang tak akan berkesudahan...

Alhamdulillah, semasa di tahun 1 di pertemukan kakyong dengan beberapa pelajar tahun akhir yang berstatus 'public figure'.. tu yang di'basuh' @ ter'basuh' otak ku... mula belajar mengorak langkah.. masa tu memang berkobar2 nak membina jati diri yang berketrampilan untuk menjadi pemimpin masa depan... *masa tu tak terfikir pun nak jadi Akuantan*

Latihan membentuk diri semasa dikampus dulu memang akhirnya membentuk daku seperti daku sekarang ini... not looking back dah.. tapi selepas grad.. kerja.. kerja bagai nak mampus.. nak sara adik2 & membina kerjaya... sampai daku terlupa yang daku tak punya pakwe... ;;) *tak tahu lah kenapa masa tu fikir takde keperluan untuk ade boyfren... * sehinggakan ade kawan2 lama yang anggap daku masih menanti si dia... oohhh, tidak sama sekali... dia dah lama ku buang jauh2.. dah hilang semua rasa sayang.. sejak ku tahu dia sudah kahwin, walau ku tak tahu ntah bila dia kahwin... *baru tahun lepas ku tahu, dia kahwin pada penghujung tahun 1995.. hmm daku tak habis study pun lagi..* sekarang dia sudah punya anakdara umur 13 tahun, anak ku baru 3 tahun... ihikkk... :D

Kita tak boleh nak membuang tanggapan orang.. bila daku lambat kahwin.. orang kata daku menunggu si dia... :-/ bila daku berhubung dengan dia semula, orang kata daku nak imbau kesah lama... berhubung pun sebab dia adalah kawan sekolah yang satu batch.. lagipun daku ni jadi moderator untuk yahoogroup my batch.. so kalo dah terjumpa email or contact no ke, memang harus ku updatekan untuk pengetahuan semua... ;)

la ni kalo ade yang mengusik2 lagi.. ku anggap hanya bahan jenaka semata.. kadang2 kalo diingatkan semula masa kami di MRSM dulu.. lucu juga.. ntah lah... cinta budak2 barangkali...

Ni dah tua2 ni, masing2 dah ade keluarga masing2.. then tumpu pada keluarga masing2 lah kan... apa kes plak nak bersilaturahim erat2.. setakat contact2 4,5 bulan sekali tu, boley lah.. tanya2 khabar tak salah.. cuma kerisauan itu adalah bila ade yang salah sangka.. so sebaiknya.. dengan en ayah, hal ni memang off-topic... :)

panjang weiii... sampai daku pun dah out-of-focus ni..

.

p/s :

contest Insya ALlah kakyong UP kan hari Isnin.. 1 Ogos 2009 sabtu kan.. so I think better to kick-off on Monday... 3rd August 2009.

Juri2 daku... okay kan kita start on Monday... ;)


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

207 Award Kawan Ibu Terhebat ~ untuk semua Followers

ENTRI TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH YER

STICKY MODE

Buat semua kawan-kawan ibu

  • yang rajin singgah ke Catatan Ibu,
  • yang rajin membaca Catatan Ibu
  • yang rajin beramah-mesra di kotak komen Catatan Ibu
  • yang ada dalam senarai kawan ibu @ Followers

Sudilah menerima award di bawah ni Insya Allah, semoga perkenalan kita berkekalan.

* award itu saiznya agak besar, jadi pandai2 lah kecikkan nyer yer...

kakyong suka award tu nampak besar * /blush

TAMBAHAN

Award ini eksklusif untuk KAWAN-KAWAN IBU sahaja... tidak untuk di forward2 yer... Ibu expected at least 100 orang Kawan Ibu TerHebat kutip award ni, kalau boleh semua followers Catatan Ibu, sila ambil yer...

Award ini memang direka khas untuk Followers atau kakyong lebih suka sebut sebagai 'KAWAN IBU'.. org selalu buat award Great Fllowers etc.. tapi kakyong guna 'anda KAWAN IBU TERHEBAT'. Selepas ni, sesiapa jua yang jadi Followers Catatan Ibu wajib ambil award ini... ;)


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, July 30, 2009

206 Mama_Aqish Giveaway - My Cute Lil Prince & Princess (updated)

STICKY MODE
PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

Here is my cute lil princess, ALIYA NADHIRAH BINTI SHARUL AINAL, born on 18 JULY 2008, 9.17 PM at Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh Perak Darul Ridzuan.
Adakah anak ibu ni seperti puteri comel...??!! .. mestilah comel.. anak ibu & ayah kan... ;))
Ibu mempertaruhkan foto ALiya yang comel ini untuk contest mama_aqish. Ibu sebenarnya belum lagi pernah meroyan & menunjukkan taring berkongsi keramahan & menghulur persahabatan yang agak rapat di blog Mama_Aqish. Tapi demi contest @ giveaway ini, ibu akan cuba beramah-mesra & berharap mama_aqish sudi lah yer beramah-mesra dengan ibu. Insya Allah, ibu tidak hanya akan beramah-mesra di bulan Julai 2009 sahaja.. Insya Allah, selagi kemaruk berblog ibu belum pudar, ibu akan terus 'meroyan'..


* ibu sebenarnya tak faham tulisan cina pada pinky-gal smiley ni, tapi sebab ibu suka dengan emosi yang ditunjukkan, jadi ibu nak jugak tepek kan *
.
.

updated 4 Julai 2009
Jom kawan-kawan ibu yang ada baby GIRL & BOY berumur 1-2 tahun, meh join contest @ giveaway ni... klik kat banner ni yer untuk maklumat lanjut.


1 - 31 July 2009


Mama- Aqish telah menambah beberapa syarat baru, antaranya harus jawab 2 soalan ni: (adoiii.. susah juga nak jawab nih... okay, ibu coba ya..)

1. Kenapa anak anda harus mendapat award MY CUTE LIL PRINCESS??


Aliya masa dia masih baby, dia cubby sangat, pipi dia menggelebeh, tak comel langsung. Tapi semakin aliya membesar & menjadi baby yang selalu riang ria & murah dengan senyum, semakin comel aliya di mata ibu.. senyuman tulus itulah yang pasti melayakkan aliya menjadi puteri comel ibu.


2. Ape yang anda tahu pasal blog Mama_Aqish? (soalan ini direka bagi menguji peserta sejauh mana dia tau pasal blog mama_aqish ni)


Ini yang ibu faham sejak beberapa bulan dok ulang-alik ke blog mama Aqish. Blog Mama Aqish dengan tagline blog "Kau Tercipta Untukku" adalah blog yang didedikasikan khas untuk Damia Aqish, anak sulong mama Aqish (I believe adik2 Aqish pasti akan menyusul nanti.... ;;)). Walaupun kebanyakan n3 adalah tentang telatah Aqish, Mama Aqish juga suka berkongsi maklumat seperti terdapat juga catatan tentang percutian mama aqish sekeluarga dan juga update tentang promosi jualan murah @ jualan gudang.


Mama_Aqish juga sudah beberapa kali menganjurkan contest baby2 ni, yang pertama dulu Cute baby Contest, lepas tu Toddler Super Model & contest @ giveaway My Cute Lil Prince & Princess ini adalah yang ke3... * I think so, rasa2 baru 3, kalau lebih mungkin ibu yang tak perasan*.


Selalunya bila masuk blog mama_aqish, ibu jarang tinggalkan komen, ibu suka baca jer.. silent reader... hahaha :)) tapi ni ibu nak bagi tahu, yang bagus nyer tentang mama_aqish ni, dia akan ganti hadiah yang tak sampai dengan yang baru. Jarang le orang nak buat camni kan. In a way, if mama_aqish as a friend, then she will be the best friend to all, so jangan amik kesempatan plak yer dengan kebaikan mama_aqish. :D


Actually, apa yang ibu nampak (setakat ni ler) mama_aqish memang rajin meraikan kawan2 dengan buat contest & giveaway. Terima Kasih yer mama_aqish. Selain tu mama_aqish juga banyak join contest, tak kira lah yang dalam blog (alamaya) mahupun yang diluor, ni yang ibu cuba nak contohi & cuba2 nak dapatkan aura bercontest mama_aqish. ;)

Ohya, tak silap ibu mama_Aqish ade blog jual tight on-line, tapi baru ini ibu jengah, rupanya blog tu dah di'remove'.. mama_aqish ade buat blog baru ker.. hmm, mungkin ibu yang tak perasan kot. mungkin ibu yang termiss part tu kot, sebab ibu pun ade juga ter'miss' n3 mama_aqish.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

205 Idaman hati sudah sampai.. terima kasih Gabansite

N3 ringkas... heheheee.... ingat tak lagi dengan giveaway KedaiGaban.. kot ade yang terlupa, bleh rujuk kat n3 yang ini.

Dok mengidam sangat dengan apron tu.. akhirnya tiba jua. Terima Kasih Gaban..

En ayah yang mengambil sampul surat dari tangan posmen... bagus la puan Gaban hantor guna pos berdaftar., cepat juga sampai, kos pun murah. En ayah baca kad Thank You tu. En ayah terkejut, sebab sign nyer 'Gaban'.. *cantik tulisan puan Gaban*

En ayah terus tanya, "lelaki ke perempuan"... :)) cuak jer en ayah.. Ibu pun selamba jer cakap.. "perempuan".. takkan le lelaki jahit apron renda2 camni.... puan Gaban., awak perempuan kan.. :D
.

Terima kasih sangat2.. cantik sungguh apron tu.. beropol2 lagi,... warna pun pink ala2 nak ke maroon gitu.. maroon ker.. hmm, hentam ajer lah..



ni ler foto nya... apron & sarong tangan ... heheh, selama hari ni kakyong memang biasa guna apron. Kalo masuk buat koje kat dapur kalo tak pakai apron rasa macam lain macam jer. Kiranya apron tu memang uniform wajib pakai.. normally memang automatik, bila nak start buat koje rumah, mesti pakai apron.
.

Ade sesapa nak tweak @ adjust2 layout blog... meh le.. email kakyong. Kakyong cuba tolong2 apa yang boleh.. not that expert... tapi boleh lah bagi tunjuk ajar. ;) opppssss, at the moment, kakyong tolong2 jer.. no caj.. heheheh... nanti mama emma marah plak... tapi kalo nak yang professional assistant, boleh refer ke MBS.
.

Untuk menjawab beberapa pertanyaan tentang nak backup blog template.. ni kakyong tunjukkan sikit cara2 nya..
pergi ke dashboard blog masing2.. dan akan dapat view yang macam ni.. klik pada edit html. then follow jer step 1,2 & 3.

.
all this while, kakyong tukor layout hanya dengan edit @ ammend kod html jer... masa memula memang penin sket.. tapi kalo rajin jengah2 tutorial yang bersepah ade dalam internet ni.. dan rajin mencari, cari & cari... pastu belajor sket2 pasal html.. apa fungsi2 kod2 tertentu.. Insya Allah, lelama boleh faham.. yang penting, belajor slowly & jangan gopoh gapah...


sekian, semoga membantu.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, July 29, 2009

204 Pemenang teka foto

Ini adalah jawapan teka foto, mixer (hand mixer @ stand mixer) dan oven lama. :D

Saper yang kena...??? @ yang menjawab dengan tepat...

Actually masa tengok ramai yang jawab mixer & oven, kakyong dah mula nak listkan nama2 untuk dicabut undian. Tertunggu juga kot2 ada jawapan yang lebih hampir... & akhirnya dapat jawapan dari cikgu sya.....

hahhaaaa... :)) terus tak jadi buat undian. Tapi sebab sya jawap malam 27 Julai... so tunggu lah sampai tengahari 28 Julai 2009. Banyak pula yang teka toaster.. adakah oven lama ku ini seperti toaster... ;;)

so, pemenangnya cikgu sya... ;)

sya,... nanti emailkan alamat & contact no yaaa.... :D

Yang tak berpeluang meneka @ terlepas.. Insya Allah, nanti kalo ade rezeki.. kakyong buat lagi.. Pada yang telah bersama2 meneka.. Terima Kasih ya..... :D

Sebenarnya ade alkesahnya di sebalik oven lama & mixer tu. Dua2 barang ni memang dah lama bersawang.. lama tak digunakan.. so one fine day, fikri dok melalak2 "nak kek.. nak kek.. nak kek" Bila ibu cakap, 'ibu tak reti buat kek. nanti ayah g kedai, kita pesan ayah beli" tapi disebabkan ayah tak balik2.. *gila mancing punya hal* maka anak jantan ku sorang itu pun dah mula meroyan.. lagi kuat teriakan "nak kek,,.. nak kek.." fikri sampai berkurung di bilik tengah *bilik tempat sepahan mainan anak2 & librari mini ibu* sampai nangis tersedu2.... adooiiii...

sudahnya.. ibu pun slowly ler... kuor kan apa2 yang patut.. termasuk oven lama yang ibu beli masa tahun 2001., pastu cari resepi kat sini http://www.myresipi.com/tags/cupcake. Tapi masa n3 ni ditaip, link tersebut tidak dapat dicapai, sebab "Bandwidth Limit Exceeded"./p>

demi anakanda kesayangan... tak reti pun, ibu try le juga...

ni le budak yang first time merasa @ menjilat baki2 adunan kek... heheh.. :)) sian kat Aliya, dapat tengok jer.. teringat masa kecik2 dulu, berebut2 .... macam lah sedap sangat... tapi memang sedap pun... dulu la.. sekarang ni tak kuasa dah... ;)

rasanya kureng sket.. sebab ibu guna majerin biasa jer.. itu ajer stok yang ade.. susu pekat pun takde.. kalo ade mesti ibu main taruk jer.. janji rasa sedap.. satu adunan tu untuk sekali bakar jer...

Anis & Aliya memang teruja lah.. makan kek cawan panas2... hehehh... acuan tu memang kecik benor... cukup le untuk anis sekali ngap.... Ingatkan boleh le bagi jiran sebelah barang 5-6 biji.. tapi anak2 telah melicinkan nya.. sungguh pelahap anak2 kecik ibu ni.. fikri lagi lah.. non-stop dia makan.. *takut habis*

okay.. habis sudah citer pasal cupcake.. pasni harus berusaha supaya boleh pandai buat cupcake macam Bai @ mamaNazhan, siap boleh decor cantik2 lagi... ;)

p/s :

okay tak hasil tweak layout ni... siderbar seme di sebelah kanan... credit to mama zara... semalam sempat blogwalking ke blog mamazara & perasan layout nya dah tukor sket... saper nak buat camni.. sila ke sini.. slowly buat yer... kakyong spend dalam 15 minit untuk adjust2.. tapi yang tak familiar dengan html.. sila buat salinan@backup template dulu ya..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, July 27, 2009

203 Teka foto bersama kakyong

Salam buat semua kawan ibu,
Maaf tak sempat nak balas komen entri ini. Nanti dah lapang sikit kakyong akan balas yer.
Kakyong tengah penin nak finalise & siapkan kerja akaun *yang rasa2 seperti ingin ku campakkan ke lombong* yang telah hampir 3 bulan on-hands. Tu yang tak dapat nak blogwalking.. sambil melepaskan tensi di ladang @ kebun di Facebook.. thanks Eta @ MamaQaypo yang telah mengajak kakyong menjadi petani-maya... :))
Sementara kakyong fenin2 nak selesaikan kerja2 akaun ni... meh layan teka foto seperti yang kakyong ade mention di entri lepas.

Sila teka foto 1 & 2.
  1. Teka foto akan dibuka sehingga hari selasa, 28 Julai 2009, 12 tengahari.
  2. Setiap seorang hanya boleh jawab sekali sahaja
  3. Seorang itu mestilah kawan ibu yang juga follower ibu... ;)
  4. Jika ade beberapa orang yang meneka dengan tepat & jawapan sama, maka cabutan (human random) akan dibuat & bakal dicabut oleh fikri.
  5. Pemenang akan diumumkan pada hari rabu, 29 Julai 2009.. bergantung pada jam berapa kakyong dapat bersiaran.. :D
Hadiahnya...

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, July 26, 2009

202 Masakan simple ibu yang malas

Sebenarnya beberapa minggu ni memang ibu malas sangat nak masak.. tapi harus juga masuk dapur sebab anak2 ibu ni manjang je lapor cam anak burung.. lebih-lebih lagi si anis.. baru 2,3 jam dah goncang2 badan ibu... "bu.. mam... bu.. mamam..."

Kali ni ibu nak menepk jer foto2 masakan ibu yang sempat ibu snap... kawan-kawan ibu.. layan jer lah yer, sambil jamu2 mata.. kot2 malas sangat nak masak.. tiru jer lah masakan ibu ni... ;)

Anak-anak ibu ni tak berapa gemor makan nestum + susu.. jadi nestum yang ade tu ibu buat le lempeng.. makan dengan madu.. memang licin le anak2 makan.. nak masak pun senang.. kacau2 jer tepung + telur+nestum+ secubit garam... pastu masak atas kuali leper.. cairkan butter sket.. mesti sedap naik bau nya.... sesuai untuk sarapan pagi @ minum petang.

ini adalah cucur kelapa.. ibu rindu & teringat akan arwah onyang jenab (nenek makbonda). dulu masa ibu kecik2 (umur 4-6 tahun), onyang selalu buat cucur kelapa untuk ibu & pakNgah (suaminya puan miela). Hmm, kami berdua ni dari baby lagi dah dok dengan arwah onyang jenab. Senang jer nak masak cucur kelapa ni. Tepung+kelapa parut+secubit garam & kacau2... sukatan air ikut suka lah yer... asal jangan lembik dah ler.. kalo dah terlembek tu.. buat lembek jer lah... ;;) Kelapa parut tu bior le yang putih, kalo ade hitam2 tu.. kureng sket.. ;)

Anak2 suka.. cicah dengan mayonis + sos cili. Ibu suka kalo cicah dengan sambal ikan bilis.

Ni pulak lauk lunch... yang cepat & senang di masak.

ni rasanya semua orang tahu buat.. simple sangat2.. goreng telur mata kerbau 2-3 biji. pastu tumis bawang + cili api + buah tomato, dah naik bau.. masukkan kicap.. pastu sira jer atas telur... siap untuk dimakan.. makan dengan nasi panas2... tak yah lauk lain pun tak per. ;)

beehon sup untuk makan tengahari... :)) asyik makan nasi jer.. naik jemu juga.. so tengok stok beehon ade.. so ibu hentam lah masak beehon sup.. ni yang anak2 makan.. yang ibu & ayah harus le ade sambal kicap.. :D

ni pun one of our lunch.. kalo perasan kebanyakan masakan ibu letak buah tomato... buah tomato banyak khasiat.. baik untuk kulit.. ;) actually ibu memang suka makan buah tomato.. stok yang sentiasa ada dalam freeze.. walau sayur lain takde, tapi buah tomato wajib ade...

ni foto yang terakhir... cucur pisang.... anis memang suka dengan cucur pisang.. asal sedap dimakan, anis lah yang mengadap dulu..

p/s :

semalam semasa dok kemas2 lemari buku2... jumpa satu novel Air Mata Kasih, tulisan kakyati NB.. yang masih berbungkus. Rupanya ibu ade beli dua.. so yang satu tu memang terperam jer dalam lemari. So, ibu ingat nak bagi kat kawan blog ibu.. saper yang bertuah tu... ade yang berminat tak dengan novel lama ni.. ibu beli 6 tahun yang dulu... 2003. nanti ibu UP kan n3 teka foto... tunggu yer... ;))


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, July 24, 2009

201 bebelan hari ini

Lewat ibu dapat mengupdate entri hari ini. Banyak yang ingin di blog tapi masa untuk menaip agak terbatas.
kelmarin, kami bawa ALiya untuk check up 1 tahun.. & amik suntikan sekali. Yang buat ibu rasa sedey sket, sebab timbangan Aliya tidak le sehebat seperti Anis. Berat Aliya pada usia 1 tahun hanya 7.25 kg jer. Ringan kan. Dah termasuk ke dalam garisan kuning pun... uhukkk.. tapi doktor kata okay.. sebab ibunya pun kecik molek jer... heheheh... kurang2 terhibur lah juga hati ibu bila doktor cakap macam ni. Tapi tu ler, bila doktor tengah Anis yang kembang setaman ni... uhukkk... :p

ANis masa setahun berat nya 8.8 kg, abg fikri pula 9 kg. Dan berat terbaru (ni untuk rekod jer), anis masa umur 1 tahn 11 bulan++ berat 11.5 kg. Abng fikri, 3 tahun 5 bulan berat 13.5 kg. berat ibu... hhihhhiiii.. ibu masih menten berat 52 kg.. BMI 25. Ade kawan BMI dia 24 dah nampak plum... ibu ni memang tak nampak plum.,.. tapi dah pasti bonsai rendang... mujur le tak nampak cam pokok boabab.. :))

ni le bukti, budak kecik yang ringan... pas ni apa lah ibu nak bagi makan kat Aliya ni.. kan bagus kalo ALiya macam kakak ANis.. apa ibu masak seme kakak Anis sental.. tak memilh langsung..

Masa kena cucuk Aliya tak nangis langsung... siap tengok lagi masa doktor cucuk jarum kat bahu dia. Tak snap foto pun, sebab Aliya dalam gendong ibu & doktor cakap dok jer atas kerusi, lagipun ALiya memang relak jer masa tu. Nurse puji Aliya sebab tak nangis. Ibu cakap kat Aliya.. "doktor dah jampi2 ni, tu pasal tak sakit kan.." Actually, satu yg best (perasaan kakyong la) sebab doktor2 sini semua nya bukan setakat baca bismilllah semasa nak suntik pesakit, tapi siap baca selawat, tahmid & tasbih.

yang kelakar nya.. lepas sesi mencucuk ALiya selesai.. ANis plak yang naik dok atas kerusi.. siap selak bahu dia pulak... minta dicucuk... lucu sungguh... letih doktor pujuk ajar kuor.. :D
Kami sampai kat PRI (Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan) pada jam 4.15 petang.. beberapa minit selepas asar, jam 4.40 petang urusan pun selesai. Kejap jer, lagipun masa tu ade 3 pesakit jer. Yang buat lama tu sebab ibu yang sibuk beramah mesra dengan staff2 kat situ.. konon2 melepas rindu lah, dapat sembang2 dan bertukar cerita tentang anak masing2.. lagipun staff situ tak ramai, memang dah kenal.. walau nama ingat2 lupa, tapi memang kenal lah.. apa tak nya, dua-dua orang puteri ku lahir di PRI.

layan jer lah yer foto2 ni...
Baju yang Anis pakai ni pun opah santan (MIL) yang beli.. opah santan cakap saiz untuk budak 3 tahun. Tapi bila Anis pakai, sendat mendat.. macam sarung nangka jer... hmmm, pasni ibu kena beli saiz untuk budak 4 tahun kah... masa baru masuk umur 1 tahun pun ibu beli baju saiz budak 2 tahun untuk Anis.. tu pun rasa macam badan Anis ni cepat kembang... ;;)

Sebelum ibu mengakhiri entri kali ini... ibu nak ucapkan terima kasih kepada kaknik, Hanz & Aten... kiriman sudah diterima.. Terima kasih banyak2... terutama pada kaknik, tak sangka kaknik kirim lagi majalah muslimah. Dan pada Aten pula.. mekasih yer, tak sangka Aten ingat juga pada kakyong... :)


p/s :
  1. Insya Allah, contest akan ON pada penghujung minggu depan.. syarat2 sila jengah entri yang ini..
  2. kakyong baru UP kan entri baru di kakyong's shoppe.. ade yang berminat nak beli ring sling, sila lah jengah..

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, July 23, 2009

200 BreastFeeding photo contest 2009

Kawan-kawan, ibu masih lagi dalam mood bercontest ya... usahlah muntah darah ya.. Ibu sekadar ingin memeriahkan contest2 yang dibuat oleh kawan-kawan blog jer. :D
Butiran yang perlu disertakan untuk sertai contest.
  • Nama ibu : Habibah binti Yahya, panggil kakyong .
  • Nama anak : Aliya Nadhirah binti Sharul Ainal
  • Tarikh lahir anak : 18 Julai 2008.
  • Umur anak semasa foto diambil : foto diambil pada 12 Julai 2009, 6 hari sebelum Aliya cukup 1 tahun, jadi umur waktu itu adalah 11 bulan 3 minggu 1 hari.. :D

  • Lokasi foto diambil : dalam kereta, semasa sedang tunggu en ayah belikan pisang goreng di Taman Tasek Damai.. sebelum tu kami sekeluarga shoping kat Tesco. Aliya memang lapor sangat lah time ni, tu yang menyusu sampai terlena
Dan ini ibu kongsikan sedikit kisah pahit manis ibu menyusukan Aliya. *Belum pernah lagi buat catatan pasal BF dalam Catatan Ibu, ini lah kali pertama* semoga ade pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.
Semasa fikri dan anis (abang & kakak Aliya) masih bayi, ibu memang tidak berjaya *bukan gagal yer.. kalo gagal, maknanya langsung tak BF* untuk menyusukan mereka secara exclusive walaupun selama 6 bulan. Senang cakap, pada hari pertama lagi anis & fikri sudah diberi FM, sebab susu ibu tak mahu keluar, walaupun nurse datang membantu & mengajar ibu cara untuk mengeluarkan kolostrom pertama.. :( Fikri hanya menyusu selama 5 bulan lebih, anis pula hanya 3 bulan. Cerita lanjut, nanti ibu ceritakan dalam n3 yang akan datang. *kalo ade masa lah yer... *
Alhamdulillah, 2 anak tidak berjaya, tetapi lain pula kesahnya bila Aliya lahir. Aliya sejak hari pertama lagi sudah pandai reject FM. Sejak hari pertama ibu suakan nenein bu, aliya terus menghisap dengan kuat sekali, sampai opah (makbonda) yang berada di wad saat itu sempat bersuara. "Pandai nya menghisap ni, nanti ngopek jer lah sampai besor" Agaknya memang makbul pun kata2 makbonda, sampai hari ini Aliya masih lagi fully nenen ibu. :)
Aliya paling suka kalo nenen sambil baring, sebab nanti dia boleh lah nenen sambil membuat macam2 gaya.. kejap terkangkang luas kakinya, kejap ala2 menonggeng gitu.. sampai en ayah selalu cakap... 'nenen pun berlagak... dah expert lah tu, sampai nonggeng2 lagi...' btw, foto aliya nenen sambil nonggeng takde lah kami snap... * too personal, ihikkkss * Dan setiap sessi menyusu Aliya sekurang2nya 20 minit ke setengah jam... semasa dalam pantang hingga usia 6 bulan, Aliya akan menyusu sehingga terlena dan ibu akan biarkan Aliya lepaskan sendiri nenen nya. Jadi, Aliya jarang merengek sebab lapar susu. Ibu memang tak boleh faham & tak boleh tahan, kalo ade ibu2 yang menyusukan anak 2,3 minit sahaja. Lebih tak tahan kalo anak @ baby nyer mula melalak sebab tak puas menyusu.
Orang selalu kata, kalo anak 1st & 2nd tak fully BF, anak2 yang seterusnya pun sama lah juga nasibnya. Alhamdulillah, ibu berjaya menepis segala andaian itu. Mungkin kerana keazaman ibu sejak mengandungkan Aliya lagi. Kesungguhan ALiya menyusu sejak hari pertama lagi, lebih memberi semangat untuk ibu menyusukan Aliya, selama mana yang ibu mampu & ALiya mahu.
ALhamdulillah, setahun berlalu, rasanya tidak banyak masalah yang dihadapi, produksi susu sentiiasa ada walaupun pada hari2 ibu berpuasa. Untuk menambahkan susu badan, pada 3 bulan pertama ibu banyak makan sayur lobak putih, kemudian slowly ibu makan biskut IKO.. *maksima ibu hanya boleh makan 1 pack sahaja, kalo lebih.. merana badan... terasa bagai membawa 2 ketul batu besar .. ;;) *, selain tu tempe, dan sayur sawi batang putih juga sesuai untuk ibu menambahkan susu.
Ibu juga amalkan makan jamu kakyang 4 bahagia. Setengah jamu akan membuat susu badan susut, tapi jamu kakyang 4 bahagia membantu ke arah menambah susu badan, jadi kerana itu ibu memang tak boleh makan berlebihan biskut IKO & juga oat. Sebenarnya, lain orang lain kesannya.. Alhamdulillah, untuk ibu kebanyakan tips & makanan yang membantu ke arah susu ibu... memang memberi kesan yang sangat baik. Pada masa yang sama juga, ibu kurangkan minum minuman berkafein, yang berais, juga mengurangkan makanan yang masam2. Yer lah, untuk menjaga kualiti susu kan.
Selain itu belajar juga lah tips untuk mengurut supaya susu yang dihasilkan adalah susu yang pekat *penuh lemak berkrim* disukai Aliya. Cuma yang musykil nya Aliya tidak lah semontel mana pun.. namun Aliya seorang periang dan cergas. Boleh berjalan pada usia 11 bulan, berbanding kakak & abang yang berjalan pada usia 14 bulan. Insya Allah, ibu berhasrat untuk menyusukan Aliya sehingga Aliya 2 tahun.
Begitu lah serba sedikit pengalaman ibu dalam penyusuan susu ibu. Kalau nak cerita lagi, nanti panjang berjela2.. buhsan penganjur contest nak baca.
Kawan-kawan ibu sila klik pada banner di atas untuk ke link contest.
Sila maklum ya, tarikh akhir contest adalah pada 25 Julai 2009.


Pada 26 Julai 2009, sesi pengundian akan bermula, dan akan berlangsung sehingga 10 Ogos 2009. Jadi kan, ibu *dengan nada merayu* nak minta jasa baik kawan2 ibu... Nanti tolong vote ibu yer... ;;) . tetapi harus diingat yer, penganjur telah beri syarat, hanya boleh vote sekali sahaja... jadi, jangan lupa ya nanti vote ibu.. sebab contest ni 100% bergantung kepada UNDI. Btw, ibu berharap jangan lah 100% undian.. letih tau, sebab ibu ni tak pandai nak melobi... ;))

dan ini adalah hadiah yang ditawarkan :sangat menarik bukan...
Pakej Cloth Diaper sumbangan Ibu Az Shoppe Pakej Cloth Pad sumbangan My Luvly Pad Produk Kecantikan sumbangan rahsiacantik.com Pakaian kanak-kanak sumbangan redroses2u.net Produk kesihatan DCL sumbangan E-Anggun Sihat Voucher Pembelian produk HPA sumbangan Herbs n' U Produk Breastfeeding sumbangan Sayang Baby Ibu


Kawan2 yang belum join, mari lah join.. jom kita memeriahkan contest ini, tanda sokongan kita ke arah penyusuan ibu.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .