Tuesday, June 30, 2009

177 Aliya 11 bulan

18 Jun 2009 yang lepas, Aliya telah genap 11 bulan. Dalam tempoh 18 hari lagi, ALiya akan sambut besday yang pertama.

Aliya masih lagi nenen susu ibu. Lewat malam hingga awal pagi, memang koje nya bergantung kat ibu jer lah.

Aliya baru tumbuh 2 batang gigi bawah. Alhamdulillah, Aliya tak demam.. la ni suka gigit2 ibu jari Ibu.

Aliya baru dapat berjalan 2,3 tapak. Sekarang (30 Jun 2009), sudah lebih 5 tapak. Tapi Aliya sangat malas menapak. Aliya tak setekun Anis. Anis dalam tempoh 2 minggu dapat berdiri terus berusaha berjalan semahu-mahunya.

Aliya sudah pandai panjat-memanjat, naik atas meja kerja ibu.. *meja kerja ibu ni ala2 meja jepun jer*

dalam foto ni memang Aliya naik sendiri. Ni baru 10 bulan lebih. Pandai naik & duduk atas tu, tapi tak reti nak turun sendiri.

Aliya dah pandai nak makan sendiri... :D tapi dengan kadar penumpahan yang maksimum.. setiap kali makan, harus sediakan piring kecil untuk dia. Dia dah tak berapa mau nasi blend. so ibu harus masak nasi lembut untuk aliya. sayur & ikan ibu carik2kan jer. Jadi la ni, ibu suap dia makan & masa yang sama dia juga nak piring sendiri.

Dalam foto tu, aliya makan roti canai telur dan kuah dalca. Kan main seronok lagi dia. Ayah lah yang melayan, ibu terkujat gak memula.. anak dara kecil ku baru 11 bulan dah ngada2 macam2 ni..

Ibu ada baca somewhere, lupa nak book mark link tu.. baby yang dah reach almost 1 year dah boleh mula makan makanan keluarga. Kalau nak bagi dia rasa kari, atau apa juga makanan, boleh aje, asal kan dia mahu & dalam kuantiti yang sedikit. Tapi takde lah ibu nak bagi aliya makan sambal belacan @ asam pedas ker... tengok juga lah kan, jenis makanan nyer.. kalo pedas2, mau melalak anak daku. ;;)

Aliya sudah mahu mandi berendam. :D Aliya memang dari kecil tidak diajor mandi berendam, tak macam fikri & anis. Jadi Aliya ni memang lambat lah 'menguasai' kemahiran berendam nih. Lately ni jer baru Aliya rasa sonok bila berendam. Masa memula introduce kat dia, dok melalak jer, langsung tak nak dok dalam besen. Asyik nak kuor besen jer.

Aliya juga sudah mula belajar conteng-conteng. Dah pandai pegang pen, walaupun cara pegang masih tak berapa betul, tapi dah boleh lah nak memulakan menconteng di dinding.. *ohhh.. ibu belum sempat nak snap foto aliya menconteng dinding * sebenarnya tak le betui2 menconteng, lebih kepada aksi meniru gaya si kakak menconteng... ;)

Foto atas tu, konon2 sesi melukis lah tu.... :D tu kira rutin xtvt harian. Sampai nak habis kertas A4 ibu yang 1 rim tu, mujur ade 1 rim lagi untuk ibu guna buat kerja akaun nanti. Perasan tak yang bertanda anakpanah merah itu.. itu adalah salah satu bantal busuk fikri. Jenuh ibu sarungkan, konon2 nak bagi Aliya guna.. tapi aliya pun tak hingin bantal busuk abang dia.. :))

Anis memang sangat tekun dalam apa jua aktiviti. Memanjat pun tekun. Memunggah laci pun tekun. Berendam pun tekun. Makan lagi lah tekun. Cara dia pegang pen tu memang kemas, walaupun letih dok ajor pegang cara yang betul. Dan cara dia menconteng pun memang tekan sehabis mahu, kalo pensil tajam memang boleh patah.

Ni adalah foto terakhir untuk catatan entri ini. Memula kan main hepi, sebab aliya ingat ibu nak amik dia. Tapi ibu tinggalkan dia main golek-golek dengan ayah, sebab ibu nak siapkan kerja kat dapur. Apa lagi, melalak la lepas tu. Ni yang ibu tak tahan nih, asyik nak melekap dengan ibu jer. Lawo tak tocang aliya yang tegak jegang tu.. ;)

Semalam pakcik Aju (adik kakyong yg dok KL), singgah rumah jap *sebab nak bertenet... :)) *, nampak jer pakcik Aju, terus ALiya melalak semahu-mahunya. Ibu pun tak tahu lah pakcik Aju ni aura tak ngam kot dengan anak sedara yang masih baby nih... dedulu fikri & ANis pun takut kalo pakcik Aju datang rumah. ke pakcik Aju ni kena kahwin cepat2 nih, bior cepat ade baby sendiri..

.

.

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

176 Notis : award & tag (STICKY MODE)

ENTRI TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH

Kawan-kawan ibu,

kakyong sudah tepek award di galeri TANDA KASIH.. sila lah jengah yer..

Lebih banyak award akan ditepek nanti *demi untuk mengurangkan hutang list KIV*


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, June 29, 2009

175 Big Eyes Pouch Sling GIVEAWAY

Kakyong memang suka menggendong (baca : babywearing) aliya. Kalo kuor jenjalan @ pergi shopping, memang akan gendong aliya. Tapi gendongan kepunyaan ku ini, gendongan yang murah ajer dan tak lah stylo atau nampak hebat. :D
Bila berada di khalayak ramai daku sering dipandang 'lain macam'. dan ada juga yang berbisik, 'ish macam Indon'... dan daku hanya membalas dengan senyuman. :) Pokoknya daku selesa & tak lengoh tangan bila menggendong Aliya. ;;) selain ALiya yang selesa dalam gendongan, mudah juga urusan ku dalam memilih2 barang & mudah juga untuk memulakan pelajaran baru untuk ALiya, sambil memilih barang, buah2an, sayur2an.. dapat juga ku mengajar Aliya jenis2 barang di pasaraya.



Teringin juga nak punya gendongan yang nampak lebih selesa dan menarik. Seperti yang ditawarkan dalam giveaway Big Eyes Shop.

Dan hajat ku pasti termakbul kiranya dapat kumiliki salah satu yang dalam foto di atas. Kalian minat dengan pouch sling...?? Jom klik pada foto untuk maklumat lanjut. Pouch sling ni hasiltangan tuan empunya Big Eyes Shop, Puan Shada. ;;)

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, June 28, 2009

174 Blog ranking

Minggu ni masih lagi minggu sibuk. Jadi entri pun memang ringkas2 jer.

Ini entri mendabik dada yang membahagiakan diri sendiri. Perasaan HEBAT datang tiba-tiba. /wahaha

Pernah tak kalian semak @ check ranking blog kalian? Atau kalian tak kesah pun, ade ranking ke tak, asal boleh berblog dan berkawan-kawan, dah cukup untuk kalian.

Daku masa memula aktif berblog (sejak Jan 2009), daku pun tak amik port sangat bab-bab ranking ni. Pastu lepas join MomBloggersPlanet, terbaca artikel pasal alexa ranking. *Alexa Traffic Ranking Tool * Tetiba ku mula rasa nak semak ranking Catatan Ibu. Masa kali pertama ku semak itu penghujung Mar 2009, ranking Catatan Ibu adalah 10 juta @ 10,000,000. mak aiiii, banyak nyer... :-L

Kemudian, bulan May kot, daku terbaca di blog mommy Lyna, artikel ni Overcoming Blogger Dilemma. Memang ade sentuh pasal ranking, traffic dan sebagainya.. so andai kalian jenis yang berblog setakat suka-suka, tak baca artikel ni pun tak pa. Takde sapa nak marah pun. Tapi alang-alang dah berblog & kemaruk berblog pulak tu.. apa salahnya kan isi kan sikit minda dengan knowledge pasal tips blog ni.. dulu daku tak minat juga. Tapi bila semakin kerap berblogwalking, semakin banyak yang daku jumpa..

ohya, daku tidak memilih blog sapa daku nak baca.. daku baca semua.. daku suka tinggalkan komen. Kalo blog tu mesra alam *mesra alam istilah daku adalah, kotak komen tiada WV (wordverification) , dan entri berperenggan & tak berjela macam novel,* memang suka sangat nak tinggalkan komen. ;)

dan ini adalah ranking pada penghujung May 2009 & Jun 2009.. satu peningkatan yang amat menyenangkan hati daku...

Ranking terbaru ini memang buat daku tersenyum hingga ke hujung telinga... /hmm

kenapa?

  • pertama : sebab ranking dah meningkat ke 1,800,000
  • kedua : purata masa yang diluangkan oleh kawan-kawan ke blog daku juga telah meningkat ke 5.2 minit. sebulan lepas hanya 2.7 minit sahaja.
Terima kasih ya kawan-kawan ibu, kerana menyokong blog Catatan Ibu. Rajin2 lah beramah mesra, Insya Allah, daku akan cuba lebih rajin untuk membalas ziarah. * sebaik kerja akaun ku selesai ya.. *
Thank You

Jika kalian mahu semak ranking blog kalian... sila klik sini... alexa.com/siteinfo

P/s :

Bulan ini harus mengira manual lagi jumlah komentar terbanyak.. sebabnya jumlah komen sehingga 28 Jun 2009 telah exceed 550 komen. Adakah kalian perasan, bahwa komen di Tanda kasih juga akan diambil kira sebagai sebahagian komen di Catatan Ibu. ;;)


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, June 26, 2009

173 My Chocolate Muffins's giveaway

Beberapa hari lepas kakyong blogwalking, dok tengok ramai lah kawan2 blog yang dok buat entri gievaway.

Tak tau masa kat blog sape, ternampak banner chomeyl ni.. * actually dah gantung banner giveaway ni di Catatan Ibu beberapa hari yang lepas, gantung jer dulu sebab takde mood nak buat entry *

jengah le blog ni... belek punya belek rupanya si empunya blog adalah anak gadis cilik yang masih berusia 16 tahun. Si gadis cilik ni nick nya Syazwi Al-Jabri *not so sure nama betui @ samaran* . Tag line blog nyer pun simple dan menarik. Bertuah lah ibu nya si Syazwi, muda2 lagi puterinya dah minat pada kerja2 tangan ni... sejuk perut ibu mengandung.
klik pada foto untuk ke link Syazwi Al-Jabri
memandangkan blog si gadis cilik ni masih baru, maka habis ku khatamkan semua entry blog beliau.. * tapi malas melanda tu yang hari ni baru rasa nak buat entri pasal giveaway si gadis cilik ni*
Mommies yang suka giveaway, jom join.. tarikh tutup 29 Jun 2009. * ada masa lagi ni... ;;) *
Tadaaaa... don't you think these is sweet & lovely... hadiah comel buatan tangan seorang gadis cilik, jika dijadikan 'headgear' untuk anak dara tecik ku Anis.. mesti HEBAT kan.... /hmm the giveaway inclusive beg yang tergantung di dahan kayu tu juga... ;)

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

172 mode busy

Salam kawan-kawan ibu,

Seperti yang dimaklumkan dalam post sebelum ini. Minggu ini dan minggu depan adalah minggu SIBUK. Tapi daku akan cuba juga untuk buka blog dan beramah mesra di kotak komen.

Pada kawan-kawan ibu yang baru follow blog ibu minggu ini, sabar ya. Ada yang kakyong tak sempat nak add link & membalas ziarah lagi. begitu juga dengan kawan-kawan yang lain yang sudah lebih seminggu tidak ku ziarahi. Insya Allah, dalam dok sibuk buat akaun ni daku akan selam-seli juga menjengah blog kalian.

Dulu ada kakyong mentioned, kalau you pandai Ms Excel @ skil pada tahap advance & sangat fasih dengan pivottable & pivotreport, definitely you boleh buat akaun yang simple. Tapi kalo betul2 nak buat sebagai kerja part time, molek juga melabur sikit dengan membeli accounting software seperti UBS, MYOB, dan sebagainya.

Buat masa ni kakyong menggunakan UBS, sebab ini jer yang kakyong betul2 expert... /wahaha

MYOB pun pernah guna masa kerja dulu, tapi staff yang buat kerja, kakyong masa tu retreive report jer.. so nak guna dari A to Z memang tak begitu mahir lagi.

Memandangkan kakyong sibuk dan harus dok adap laptop jer. Maka aktiviti fikri & Anis yang menggunakan laptop telah terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu...sehingga ibu nya selesaikan kerja akaun.

So la ni koje depa hanya belajar conteng2 & lukis2 jer. Ohya, ni nak maklumkan kat semua, istilah 'homecshool' yang digunakan dalam entri terdahulu, kini harus di baca sebagai 'pendidikan awal anak'.. :D Homeschool tu grand sangat kaedah nya, tak setara @ tak sesuai nak guna istilah tu.

Untuk lebih lanjut, boleh baca di blog Rizza & Puan Fid 1 & Puan Fid 2. :D

Lebih lanjut cerita perkembangan didikan awal anak2 daku, nanti akan di update yer. Tak dapat nak tulis panjang2 ni.. banyak gangguan. ;;)

p/s :

hari ini daku telah terlepas peluang untuk bertemu Sitisifir10. takde rezeki nak bersua muka lagi. harap2 cik siti, anak2 & kawan2 nya seronok bergumbira di Ulu Chepor.

.

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

171 Some blogging tips

Salam buat semua,

ni sekadar nak berkongsi beberapa tips, semoga bermanafaat, iatu berat blog, tepek nuffnang ads & buat favicon.

1. timbang berat blog

Pernah tak anda timbang berat blog anda,,? /wahaha

Jika anda rasa blog anda lambat loading atau mengambil masa yang lama untuk keluar semua perhiasan dalam blog... maka blog anda memang berat. Jadi wajar anda lakukan sesuatu untuk meringankan berat blog anda.

Tidak pasti samada blog anda berat atau ringan..??!!

Jom klik kat sini... blog berat

Kakyong dah timbang blog-blog kakyong... :D , ni dia hasilnya...

Tips yang diberikan oleh blog ady.via.my @ Ady Sham, jika berat blog lebih dari 200KB maka blog itu memang BERAT. Jika BERAT maka pengunjung mungkin malas nak berkunjung, sebab malas nak menanti blog yang lembab.

Blog ibualiya.blospot memang dah lama agak terbiar, daku pun tak sempat nak bersihkan sawang2 nyer... tapi daku suka juga blog tu mandom camtu.. so daku tepek artikel2 yang daku nak baca & tak berkaitan dengan isu anak2.

Blog Catatan Ibu juga sedang berdepan dengan masalah BERAT ni... nanti le, seminggu dua lagi, bila daku dah betui2 free, daku akan pastikan ku 'bersih'kan segala mala sampah sarap yang tidak perlu.

Sila abaikan blog wordpress itu.. itu hanya tempat back-up sahaja. :)

2. Nak tepek iklan Nuffnangs di blog

buat Miela77 & Wansteddy yang bertanya tentang nak tepek ads nuffnang tapi tak reti.. cuba jengah kat sini.. Nuffnang

Cuba baca tutorial tu & faham kan.. kalo tak dapat buat jugak, baru kakyong cuba explain cara kakyong pulak... :D

Bukan apa, tengah sibuk tahap gaban ni... tak sempat nak buat tutorial pasal tu..

3. nak buat Favicon

ini lah yang dimaksudkan favicon. foto kecil di tepi url blog..

jengah jer kat sini cara membuat favicon


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, June 24, 2009

170 Tak sempat join contest :(

nota untuk semua :
  • kawan ibu yang belum ambil award khas dari ibu, sila ambil di sini yer..
  • pada kawan ibu yang telah meng'award'kan ibu Amazing blog award, sudah ibu tepekkan, sila jengah di Tanda Kasih
  • Buat semua kawan ibu, sila lah menjengah Tanda kasih, ade pesanan di situ. Pesanan itu mungkin tidak akan diulang. :D

Baru semalam ibu teringat nak buat entri untuk contest aksi menarik anak tidur. Rupernya bila ibu jengah ke blog mama uzma, ku dapati undian sedang dibuat.. huhu... :(( rupanya, tarikh tutup contest telah diawalkan. * You all ni kan, kalo nak buat contest, stick ajer lah pada tarikh yang telah ditetapkan. /XD merayon plak daku dibuat nya... *

Ni le foto yang ibu plan nak masukkan untuk contest tersebut. Uhuk, takde rezeki.. tak per lah nak buek camno kan. Walaupun tak masuk contest ibu tetap akan tepekkan foto ni. Walaupun agak terkilan tapi nak buek camno kan.. dah ibu pun tak sempat nak jengah ke blog mama uzma, jadi memang ibu ketinggalan lah dengan makluman2 tersebut.

Dalam banyak2 foto anak2 tidur yang ibu ade, anis ajer yang suka tidur gaya camni. Orang tetua cakap kalo anak2 tidur camni, ade masalah kecacingan. Tapi anis takde plak masalah tu. Memang dia suka tidur camtu. Yang buat ibu musykil tu, bila ibu ajar buat aksi sujud, time training solat.. dia boleh keraskan kaki dia, sudahnya dia menerap jer, instead of sujud.

Ada beberapa keping lagi foto aksi anis tidur camni.. jenuh ibu cari2 tadi, tapi tak jumpa pulak. Lain kali ibu kalo ibu jumpa, ibu akan tepek.

Untuk kawan2 ibu ~ ibu nak kabo ni mungkin dalam tempoh 2 minggu ni, ibu terpaksa mengurangkan aktiviti berblogging. Mungkin tak dapat nak update entri setiap hari. /no

sebabnya : ibu harus siapkan kerja akaun terakhir. Terpaksa harus disiapkan dalam tempoh yang sangat singkat.. maka, jika daku menyepi, bukan bermakna daku merajuk @ bohsan berblog @ sudah lupakan kalian.. cuba daku SIBUK ajer...

/blush terima kasih diatas kesetiaan kalian... daku amat hargainya... /bye

p/s : buat wans & miela ~ nanti akan cuba ku buat tutorial cara2 untuk menepek ads nuffnang itu.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, June 23, 2009

169 Why I am not a good daughter to my dad.. p3

Nota untuk semua ~ bila sesuatu entri ditulis dengan cara yang negatif, memang mudah kita membuat andaian begitu dan begini.. Agaknya masih ramai lagi kah yang ingin terus berkawan dengan daku setelah membaca part 1 & part 2.. daku masih belum menghabiskan cerita, belum membuat apa2 kesimpulan.

Ohya, maafkan penggunaan bahasa dalam entri yang tidak konsisten. Kakyong memang ingin membahasamelayukan semua nya, tetapi Aliya asyik nak melekap ajer.. jadi takde ruang untuk membuat editing.

At UUm I took elective paper called social psychology. I did a lot of reading during my day in campus. I looked for a solution for the problem that I’m facing. I was trying to understand why ayahnde is like that & why makbonda being that way & yet stand still & strong. Why people behave strangely at certain period of time. I didn’t get the perfect answer but at least I understand something. I learn to accept it slowly over time. It has not been an easy job. I’m not looking for perfection but merely improvement in myself and my family.

Somewhere in year 1999, I have a big argument with ayahnde just because I suggested to makbonda & Ayahnde to put my siblings name to the house title. The house was bought using my partial of my study loan as deposit. Of course makbonda investment on the house is much more comparing to Ayahnde. Whatever it is, I think I’ll be considered as harta sepencarian ayahnde & makbonda.

Well okay, that was my big mistake. I shouldn’t have touched any of Ayahnde property. Memandai2 jer nak cadangkan hal2 yang menaikkan kemarahan ayahnde. But I am the one that paying the monthly installment. It’s only a small low cost house. I don’t see any harm if our name is in the title. But ayahnde said., I should not campurtangan dengan harta dia. And ayahnde even said, I would never get a single cent from him. I was chased out from the house, but I keep staying there until year 2001. Budak degil & keras kepala.

Well okay, I was not that hard-up with ayahnde property or his money. So I stop paying the monthly installment. But I know, end up makbonda will need to pay the installment. I still giving makbonda enough money to top up whatever expenses require. In year 2001, my youngest sister Ainun is just 4 years old, A’am is 8, Jijan is 12, Dekla is 14. But Jijan still with his bapak angkat family.

After few consideration on kakwani’s advise,” dok dekat bau tahi, dok jauh bau bunga.. “ so dengan berat hati, I leave my parent house. I start new life & having my own circle of friend. Thanks to my tamrin’s friend, kak wani, kak nor, kak finaz, kak ain, kak yati, zurim, amoy, najwa, tini, azie… you all the best friend I ever had. I miss you all. I miss our pot luck & get together time. I will write a special entry for the friendship I treasure with my tamrin’s friend.

** Actually, I have poured out my frustration in muslimat-net as early in year 1999… that was the turning point.. I love all the good advises I received.. I love the friendship extended to me… thank you for helping & guiding me to be a good daughter… I rather say being a good person.. now still trying hard to be good muslim.. ***

Actually, I try to retreive my writing on my dad in year 1999 in muslimat-net. But I could not go thru the arkib.. it’s need a password.. huhuhhh.. sedeynya.. kalo tak boleh tunjuk tulisan lama daku yang masa itu memang ditulis masa hati tengah frust & kecewa sangat2.

Kak wani & the tamrin team have given me a tremendous support. I love all the good words & encouragement. Thank you, you all really great.

I leave my parent house not just because ayahnde chased me out, but me also have some misunderstanding with makbonda. It’s really sad being in the position when you’re disowned by your parent. Upon knowing the news that I’m staying on my own, Ani is the 1st yang dok keep asking me, why, why, why..!! She suspected I have argument with makbonda. Hmm, tengok lah…

I once told her, ‘masa akan menjawab semua persoalan.’

I rented a room at a house near Pejabat Pos Kg Tawas in year August 2001. May be because of my bad relationship with Ayahnde, I became skeptical on men. Susah nak percaya lelaki, May be sebab tu lah semua relationship tak menjadi. Allah knows best. Until I meet my husband..

I moved to the new home with my friend Ummie Noor. Noor, If not because of you may be I’ll still staying in my parent house. Hari2 datang kerja dengan muka bermasalah. Thank you, you have made my day.

Noor & me working in the same company. Noor is a new marketing employee. She’s travelling from Mambang diawan to Ipoh, so to save duit minyak, she’s looking for a room to rent. So at last we end up being a roommate. We rented a room at RM80 per month. So sorang RM40 jer.

Alhamdulillah, dok berjauhan (tak sampai 2 km pun…) membantu memulihkan hubungan dengan makbonda & ayahnde. I did come back once in a while… But makbonda come to my house more often. I still give money to makbonda.

To some of my friend, I’ve been too much pampering my parent with my money. I don’t mind at all, whatever people wants to say.. let it be. May be, that’s the only chances I ever have to ease my mom burden. The most important is my brothers & sisters can go to school like their friend. At least they don’t need to have a bad life like the 6 of us. At least they have proper attire, nice food to eat & no need to think how to earn money.

I do have a friend that advised me, to save my salary instead of giving away to parent, as if I never think or plan for my future. “Ko bagi dua ratus sebulan udah lah Bib, selebih tu baik ko simpan, masuk bond ke, melabur saham ker.. ko ni bukan tak reti nak urus duit.. tapi ko asyik pikir hal adik2 ko jer. Ko ingat nanti diorang hargai ko ke sok-sok hari”

Hmm.. it’s really a dilemma? To give less or just maintaining the amount given? I’ve planning to buy a house & in year 2003 I’ve signed the agreement. The new housing area is just next to makbonda house. Rumah yang dok sekarang ni la. So at last, I make my decision ~ tak pe lah, selagi tak kahwin, bagi jer lah mak banyak tu.. nanti kalo dah kawin (kot iyer aku kahwin) takut plak tak dapat nak memberi. Alhamdulillah, I'm married in year 2005.

Well, back to my dad ~ why my Ayahnde be like that???

Ayahnde is the 2nd son of Opah sabariah. Ayahnde’s father, atuk Mahmud have 2 wife, opah sabariah is the no2. Atok Mahmud never raised ayahnde. Ayahnde have been staying with onyang timah since his childhood. Onyang timah is opah sabariah’s mother. So my ayahnde has not been raised by a father . My ayahnde never shared anything he has with others. Whatever he wants & need, onyang Timah will provide it for him. If ayahnde don’t have money, he will ask it from Opah Cu or Opah chik. Opah sabariah is often not around to look after my ayahnde.

Opah sabariah married again after divorced with atok Mahmud. I never knew atok Mahmud, nor seen his foto. Opah sabariah has 2 son with the 2nd marriage. One is pakcik Ery & the youngest is pakcik kintan. I don’t know their real fullname. This both uncle has disowned us from being their relative. Even dengan ayahnde also they declare putus saudara. Too bad. It's already 7 to 8 years.

Pakcik ery has a daughter. I think she is about 6-7 years younger than me. I never met her since she got married. Even I have forgotten her name. Too bad. May be if bertembung di mana2, mungkin daku sudah tidak kenal sepupu ku itu. Sedih nyer.

Pakcik kintan, he was adopted by his father relative. Opah sabariah never raised him. Mak said, pakcik kintan is 12-13 years younger from ayahnde. So as at now, may be pakcik kinta is in his early 40. I have not heard about him since opah sabariah passed away in 2002.

Sian kat kami, kalo tak mesti meriah lagi sambutan raya.. bukan setakat balik 40 rantai (Makbonda hometown), Changkat tin (ayahnde hometown) & changkat jering (Toksu house), tapi juga boleh ke Kuala Dipang (pakcik ery) & Bukit Pekan (pakcik kintan) or may be Kampung Gajah (anak2 atok Mahmud yang lain, yang kami langsung tak kenal).

I have no ideas what happened between ayahnde & atok Mahmud. But ayahnde never introduce us with any of his sibling from atok Mahmud’s 1st wife. Even we ask about it, ayahnde not interested to talk about it. So the story will just end like that, no futher conversation.

However, recently I heard that my father’s younger brother (from atok mahmud’s 1st wife) is looking for ayahnde. Ku tumpang gembira mendengar berita ini. I always want to get-to-know-closely with my ayahnde extention family. I hope ayahnde terbuka hati to renew the relationship.. I knew ayahnde has lot of relative in Kg Gajah. If ayahnde tak mau.. tak per.. but I want… I want to know who is/are my extention cousin..

As makbonda told me, adik-beradik ayahnde from the 1st wife yang masih hidup is 3. Total semua may be 5 or 6, I’m not so sure.

Make a simple calculation, say ayahnde ade 6 beradik, sorang ade 5 anak.. so, how money cousin that I have… the uncover cousin. Dah 30.. kalau separuh daripada 30 has been married & ade 2@ 3 anak, then how many 2pupu yang anak2 daku ade… kalau buat reunion anak2 & cucu2 atok Mahmud sajer… berapa da…. * this is only my angan2…*

Ok,berbalik kes ayahnde ku tadi.. & also let’s focus on being a good parent.

I personally think that to be a good parent not only need a knowledge but also determination. You have a good knowledge, but your bad memories keep hunting you, it will make you weak. But if you have knowledge, courage & very determine in every action, so I’m sure you can be a good parent. This is what I always tell myself. I will try & always want to give the best for my kids. That’s why I quit my job. Even I love my career very much, but I love my kids even more.

I can’t accept the reason ~ because my father neglected me, so I can’t be good father/parent. To me this is not a reason, but an escapism. Pity kan orang macam ni.. yer lah, pity my ayahnde.

Daku & adik-adik tidak memaafkan ayahnde?

We did forgive him.. we even has special session on it. But to make it come true, I took me years to get the rest to accept ayahnde the way he is. So, at as today, we has no say, Ayahnde want to stay at Ipoh or he want to work & stay at other place. We do not that mesra, but whatever he is, he still our father.

If he sick, we do whatever we can do, send to hospital @ bawa berubat kemana2.. satu jer yg daku tak tahan.. dalam keadaan daku tak kerja ni pun, ayahnde masih nak minta duit. Rasa2 antara adik ku yang menjadi banker ayahnde adalah si Aju. Aju ni memang baik orangnya. Tapi kadang2, ade juga Aju cerita padaku.. “kume gaji pun tak dapat lagi, ayah dah minta duit…”

Daku sendiri pun kadang2 tak faham, banyak mana pun kami bagi duit pada ayahnde, semua nya habis macam tu je. Daku tak kesah kalo ayahnde guna duit tu buat beli beras ke, beli ikan ke sayur untuk adik2 kat rumah makan.. kadang2 daku pun dah malas nak amik pusing, ntah apa yang ayahnde buat dengan duit tu. Gaji ayahnde pun habis camtu jer..

As the eldest, I always wants all my sibling to be united & care off each other. Even ayahnde never trying to improve his relation with us, but I encourage my siblings, specially Ee berbaik-baik dengan ayahnde. After all, ayahnde is still our father. We need to accept the fact.

Ee is the one yang paling susah nak terima ayahnde semula. (not apply anymore for 2009 situation) He keep blaming ayahnde for ignoring his education & future. I keep telling Ee (back to year 2002 or much more ealier), you are no longer a kid, you are adult. Ade akal, boleh berfikir & dah ade kemampuan untuk mencari sendiri ilmu yang tak dapat dulu. Jadi, cari ilmu tu sendiri, tak guna nak salahkan orang tua dah.

But as for education & responsibility.. I think ayah has not being fair to us. Onyang Timah sekolahkan ayah sampai ayah masuk King Edward V. King Edward V bukan calang2 sekolah. Ayah dapat biasiswa persekutuan, mungkin Allah lebih tahu apa yang tersirat di sebalik semua yang telah kami lalui, terutama untuk kami berenam, me, kebet, Ee, Johan, Aju & Ani.

Masa kami kecik ayahnde always said that we only make his life difficult. He always blames us. Sian kat kami. Tapi hanya kerana ayahnde buat kami macam ni, takkan lah kami pun nak jadi macam ayahnde. I know very well, all my siblings (whoever married) always want the best for our kids. And kami pun tak pernah pulak nak ajar anak2 benci atok depa.

But why I write this..

supaya anak-anak ku boleh menerima cerita ini dengan berlapang dada. Supaya dapat menjawab pertanyaaan yang sepert "ibu, kenapa atok tak dok dengan opah?" "kenapa otaok dok jauh"

Ibu juga bukan yang terbaik. Tapi ibu cuba buat yang terbaik untuk fikri & adik2. Dalam hidup ni, ada ketika kita harus juga mengetahui hakikat yang pedih. Hmm, mungkin cara ibu ni tak seperti ibu2 yang lain.. yang hanya nak cerita yang best2 sahaja.

Yang lepas & dah terjadi memang tak boleh nak diganti. Tapi hati2 yg dah ditakik ni tetap berbekas juga lukanya. Kami cuba jadikan teladan dengan apa yang kami lalui. Ayahnde sampai sekarang pun tak duduk dekat dengan mak. Ayahnde tetap biarkan mak cari duit sendiri. Sekarang ni A’am masih di Form 4 & Ainun pulak tahun ni UPSR.

Tahu tak.. masa di kampus dulu, ade sorang kawan ni sanggup putus kawan dengan daku bila dia tahu adik2 daku SPM pangkat 3, dan ade yang SRP pun takde. Dia ingat selama ni daku anak orang senang & seme adik-beradik pandai2 macam daku. Kesian kan, suka2 jer orang nak buat andaian gitu gini tentang daku & sesenang jer dia nak kawan @ tidak dengan daku. Nasib daku lah kan..

Kebet, my 1st brother yang sekarang ni sedang bergelut antara study, kerja & rumahtangga. Setelah umur mencecah 36 baru dapat peluang untuk menggengam ijazah. Insya Allah, rezeki anak-anak tu sentiasa ada untuk mereka yang berusaha.

Yang sedikit terkilan dihati, sebab dah tak dapat nak bantu ringankan beban kewangan makbonda. Rumah yang ayahnde dok rebut2 kan tu, tahun 2009 ni makbonda dah bayar habis guna duit EPF makbonda. Urusan seterusnya, daku serahkan pada makbonda & kebet. Daku dah tak mahu nak mencelah apa2 pasal rumah itu lagi.

Baru2 ni (bulan lepas) ayahnde ade balik, sempat juga singgah ke rumah daku. Aliya melalak semahu-mahunya sebab tak kenal atoknnye. So, daku pun hint2 jugak lah, balik ajer lah duduk di Ipoh, dekat dengan anak cucu.

Ntahlah, kalo berjauhan itu lebih baik, then daku tiada apa nak kata. Sebab daku pun dah biasa hidup tanpa ayah, tak pernah rapat, tak kenal pun erti rindu, biasa2 ajer.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, June 22, 2009

168 Special featured in MomBloggersPlanet

Ini hanya sekadar untuk kenangan diri sendiri atas penghargaan dari MomBloggersPlanet.. masa awal2 entri ini keluar di MomBloggersPlanet, kakyong lupa nak ambil & simpan di blog Catatan Ibu. Terima Kasih LittleMama @Rose of MomBloggersPlanet. Terima kasih atas inisiatif yang HEBAT ~ mengumpul ibu-ibu blogger dan menyediakan flatform yang HEBAt ini . ;)

Featured Mom Blog – Kak Yong

Let’s meet our April ‘09 Featured Mom Blogger, Kak Yong! Her wonderful blog with the title ‘Catatan Ibu’ is located at http://kakyong72.blogspot.com/. Kak Yong is a wife to Sharul Ainal and a proud mother of 3 kids – Fikri, Anis and Aliya. She currently live and blog from Ipoh, Perak.

Kak Yong

Q: Tell us a bit about yourself and your family.

Kakyong adalah Akauntan yang telah mengubah profesion kepada pengurus rumahtangga sepenuh masa (SAHM) sejak setahun yang lalu. Ibu kepada 3 orang anak comel (setahun seorang), Fikri (3 tahun 2 bulan), Anis (21 bulan) & Aliya (10 bulan). Isteri kepada Encik Sharul Ainal dan baru menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke4 pada 30 April 2009. Berkahwin pada usia 33 tahun dan agak lewat memegang title seorang ibu. Agak berat bila setiap tahun melahirkan, namun kini anak-anak lah penyeri hidup kakyong & suami.

Q: How did you first discover blogging? When did you start? Why do you blog?

Pada tahun 2007, selalu membaca blog cik puan sitisifir10. Beliau pandai menulis macam-macam artikel tentang kehidupan berkeluarga dan juga sosial.

Kakyong mula menulis blog kali pertama pada 6 Januari 2008. Sekadar hanya nak buka akaun blogspot, tidak pernah terfikir akan serius berblog seperti sekarang. Sesekala ade la juga buat entri, sekadar untuk rekod sendiri. (tak pernah terfikir orang akan berminat untuk membaca blog kakyong)

Mula menanam tekad untuk menulis satu entri sehari pada awal tahun 2009. Itu pun selepas sudah tidak terikat lagi dengan kerja-kerja part time. (kakyong membuat kerja-kerja akaun sebagai menambah pendapatan sejak jadi SAHM). Ada sesapa nak upah kakyong buat akaun?! ?

Asalnya kakyong berblog adalah untuk mengasah semula minat menulis. Kini kakyong berblog bukan setakat ingin terus menulis, tetapi berharap dapat terus saling berkongsi dengan kawan-kawan lebih-lebih lagi kawan-kawan yang bergelar ibu. Pada kakyong berblog adalah TERAPI untuk ibu-ibu seperti kakyong yang 24 jam 7 hari seminggu terperuk di rumah.

Q: Is this your original blog that you started with? If so, have you made any changes since you began? What types of changes?

Ya, ini adalah blog yang pertama, diberi nama Catatan Ibu, Catatan Ibu sudah berusia hampir 1 tahun 5 bulan. Telah 2 kali menukar header, dan penampilan blog juga telah 4@5 kali ditukar. (sentiasa tidak puashati dengan penampilan heheheh), dari 2 kolum dijadikan 3 kolum.

Q: What blogging platform are you using (eg: Blogspot, Wordpress, TypePad etc)? Why do you choose this platform?

Blogspot, sebab mudah, mesra-pengguna dan yang penting percuma.

Q: Do you consider blogging your hobby or a business? If it’s a hobby, do you ever think of ways to make money from your blog?

Lebih kepada hobi, belum pandai bab-bab hendak menjana pendapatan melalui blog. Tapi ada lah tampal Advertlets (pendapatan yang sangat pasif).

Q: How often do you blog and why?

sejak 1 jan 2009, bertekad untuk membuat sekurang-kurangnya 1 entri 1 hari.

Q: Do you think blogging communities or social networking communities like MomBloggersPlanet are important for bloggers? Why?

jaringan social ni penting sebagai perujuk @ platform untuk ibu-ibu. Selain dapat pelbagai maklumat di MomBloggersPlanet, boleh juga mendapat kawan baru.

Q: Does the term ‘mom blogger’ bother you? Why or why not?

Tidak sama sekali. Pada kakyong momblogger adalah ibu-ibu hebat yang berkongsi pelbagai cerita-cerita hebat (walaupun sengal).

Q: What’s your advice for moms who want to learn more about blogging or start blogging?

Sabar & rajin belajar cara untuk berblog. Beri masa pada diri belajar cara untuk membuat entri yang sedap dipandang mata & sedap juga dibaca. Cuba menulis sesuatu yang boleh dikongsi oleh semua, sebab ibu-ibu hebat memang punya bakat hebat tersendiri. Dan rajin-rajin lah bermesra di kotak komen, bila anda mesra anda pasti disenangi, Insya Allah pasti boleh mendapat ramai kawan.

Q: Do you think there’s a special talent needed to become a blogger?

Tidak. Yang penting minat & kesungguhan.

Q: What types of blogs do you read regularly? What kind of information do you seek from bloggers?

80% blog kawan-kawan/kenalan blog adalah ibu2, selebihnya adalah pelajar & kenalan yang selain ibu. ?

Catatan Ibu by Kak Yong

Catatan Ibu is such a wonderful blog to visit, read and follow. And, if you have any trouble doing your own accounts, go get Kak Yong to help!

Thanks Kak Yong for being such a great mom blogger. Here is the Featured by MomBloggersPlanet badge to be showed off on your amazing blog.

mama_featured

Technorati Profile

There Are 10 Responses So Far. »

  1. i read kak yong and she has been great in giving comments to my blog. kak yong rocks :D :mrgreen:

    [REPLY]

  2. saya suka baca blog kak yong juga!p/s: word veri ‘kaku’ terpaku I!

    [REPLY]

  3. cik fid,

    memang terpaku mjawab QnA di kala mlm sambil diganggu oleh anak2..

    p/s: pesanan penaja.. ingin kenal kakyong jemputlah ke Catatan Ibu :smile: :razz:

    [REPLY]

  4. salam.. yanpun baru lagi mengenali kakyong.. sebenarnye yanpun igt2 lupe cemane yan buleh terjebak kt blog beliau.. err kakyong igt tak?? mungkin yan bloghopping kot mase tu.. ntahla..

    tp yan suke baca blog kakyong yg yan rase byk info mengenai kekeluargaan.. klu bukan infopun.. cerita-cerita menarik yg tak jemu tuk dibaca..

    pastu kakyong sangat mesra dgn komentarnyer..

    ermm yg pasti yan paling igt.. yan mula tertarik ms kakyong wat entry pasal MIA.. coz yan pun dlm accounting field.. nak jd akauntan.. smpai 2-3 komen yan bg dlam entry tu punyela tertarik menarik ms tu.. penah terpk nak wat partime buatkan akaun orang.. tp tak tau nak market cemane..

    [REPLY]

  5. Yan,

    kakyong rasa kita kenal masa MamaAqish buat contest cute baby tu kot.. sbb kakyong dpt gak ramai kawan baru lepas join contest tu..

    Yan, kalo nak cari buat a/c, g jer tanya kat kedai2 mamak ke @ restoren mamak, tanya jer ade tak org buat a/c.. kedai2 runcit pun byk yg tak rekod a/c.. percaya lah.. kalo rajin memang boley buat duit..!! kakyong masa tgh sarat pregnant Aliya, org offer buat a/c Mee Rebus Ramli (MRR). MRR ni femes la kat IPoh.. tp tak daya nak amik, lepas pantang terus tak menang tgn dgn anak2.. kalo tak bleh le RM1-2K sebulan, sbb RMR ade 3 cawngn…

    kalo u advance in Excel, lagi senang.. manipulate jer pivot report utk buat report a/c…

    [REPLY]

  6. salam saya pun suka baca blog KakYong..Kakyong pulak rajin gak mengomen di blog saya..walaupun saya ade kesukaran nak komen di blog kakyong sbb guna IE>.saya akan cuba sedaya updaya…

    terus memblog ye kakyong…

    [REPLY]

  7. Mmm….k.yong dah menjadi contoh teladan kepada saya juga….jgn mention k.yong follow saya sedangkan saya yang sdg mengekor k.yong…kiki…

    [REPLY]

  8. Saya pun suka baca blog kakyong…dia tak lokek berkongsi ilmu & jujur bagi komen…kalau boleh hari-harilah saya mesti masuk blog kakyong ni…he,he…

    [REPLY]

  9. Salam,kak yong memang blogger tegar-suka sangat baca blognya dan kak yong pun mesra pembaca. apapun tahniah utk kak yong yea-ku akan jadikn dirimu contoh..hehe:0

    [REPLY]

  10. kak yong best..friendly sesangat..apatah lagik dgn blogger yg baru seperti saya..sangat ramah..!!

    [REPLY]


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .